Selamat Datang

Selamat Berkunjung Kepada Semua Pengunjung Setia Blog Saya.Still Enjoy With Me K.

Kumpulan Nasyid DG-Wa

Persembahan di Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 2009.

Selamat Menyambut Hari Raya AidilAdha

Salam IdulAdha Kepada semua Pengunjung setia Blog saya,Klik gambar Untuk Panduan Solat Idul Adha.

Salam Nuzul Al-Quran

Bersamalah kita mengejar Malam LailatulQadar...Moga Kita Memperolehinya.

Waksjournal2

Still Enjoy With Me.

Tuesday, November 30

Hujan Dan Doa

Kekadang terdengar bebelan orang-orang di sekeliling Kita,
“Cuaca buruk je akhir-akhir in ye..” Soalnya, kenapa hujan dikatakan cuaca buruk?

Berapa ramai di kalangan Kita yang mengeluh bila Hari hujan?



- Iskk, tak kering la baju kalau asyik hujan je..
- Alahai, hujan laaagiiii
- Tiap-tiap Hari hujan…susah la mcm in
- Payah na
k buat apa2 kalau Hujan

- Tak boleh balik lagi, hujan!


Bukankah bebelan-bebelan itu lebih baik digantikan dengan DOA : “Allahumma syaiyiban nafi’a” (Ya Allah, Ya Tuhan kami! Jadikan hujan ini bermanfaat buat kami).

Hakikatnya, hujan itu rahmat dan kita juga patut bersyukur dengan apa yang Allah kurniakan.


“Dan Dia lah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang menggembirakan sebelum kedatangan rahmatnya (iaitu hujan),hingga apabila angin itu membawa awan

mendung, Kami hal akan dia ke negeri yang mati

(ke daerah yang kering kontang), lalu Kami turunkan hujan dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai jenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan semula) orang-orang yang telah mati, supaya kamu beringat (mengambil pelajaran daripadanya) .” (Al-A’raf : 57)




Sedarkah Kita? Bila hujan turun, rahmat dilimpahkan buat manusia.

Sebab itu, Nabi pun pernah pesan, bila hujan turun, DOA mustajab. Sekarang ini, di tempat Kita hampir tiap-tiap Hari hujan. Tiap-tiap Hari Ada masa untuk DOA menjadi mustajab. Kenapa lepaskan peluang dengan keluhan sia-sia di saat pintu-pintu langit sedang terbuka?



“Maka Kami bukakan pintu-pintu langit, dengan menurunkan hujan yang mencurah-curah”

(al-Qamar : 11)


Maka, BERDOALAH. Semoga Hari ini lebih baik dari semalam. Dan semoga, Hari esok akan lebih baik. Dalam ilmu tasawwuf Dan ilmu-ilmu fardhu Ain lain pun Ada juga mengingatkan Kita tentang kebijaksanaan Allah.

Lihatlah firman Allah yg bermaksud : “Dan Kami turunkan hujan dari langit dengan sukatan yang tertentu, serta Kami tempatkan

dia tersimpan di bumi; Dan sesungguhnya Kami sudah tentu berkuasa melenyapkannya.”

(Al-Mukminun : 18)


Rupa-rupanya Allah turunkan hujan ADA SUKATAN. Baru Hari ini Kita tahu, bahawa Allah turunkan hujan lebat kepada Kita sekarang ini Ada sebabnya, Ada sukatannya. Kemudian, air itu akan disimpan di bumi. Selama mana? Itu semua rahsia Allah.


“Dan Kami hantarkan angin sebagai pembawa air Dan pemindah benih; maka dengan itu Kami menurunkan air (hujan) dari langit, kemudian kami berikan kamu meminumnya; Dan bukanlah kamu yang (berkuasa menurunkannya atau) menyimpannya.” (al-Hijr : 22)


“Dan Allah jualah yang mengetahui rahsia langit Dan bumi Dan kepadaNyalah dikembalikan segala urusan. Oleh itu, sembahlah akan Dia serta berserahlah kepadaNya. Dan (ingatlah), Tuhanmu tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan.” (Surah Hud : 123)


Wallahua'lam

Masjid Putra, Putrajaya



Dewan Solat Utama Masjid Putra mempunyai ciri-ciri rekabentuk yang ringkas dan menarik. Ia amat luas dan tidak mempunyai dinding dalaman, sebaliknya ia mempunyai 12 tiang seri. Dewan Solat Utama yang berada di Aras G boleh memuatkan sehingga 8000 jemaah lelaki manakala di Aras 1 pulaboleh memuatkan sehingga 2000 jemaah wanita dalam satu-satu masa.

Saturday, November 27

Memberikan Nama Yang Baik


Daripada Ibnu Abbas r.a katanya, sabda Rasulullah s.a.w: ”Tanggungjawab bapa kepada anaknya ialah memberikan nama yang baik dan memperelokkan adabnya.”


Riwayat al-Baihaqi



Huraian :

1. Nama umpama doa ibu bapa kepada anak-anak kerana ia boleh memberikan kesan psikologi kepada orang yang dipanggil.


2. Rasulullah SAW amat mengambil berat tentang penggunaan nama sehinggakan apabila baginda berjumpa dengan para sahabat yang mempunyai nama yang kurang baik, baginda akan segera menukarkannya dengan nama yang baik.


3. Seseorang yang mempunyai nama yang baik dan faham tentang makna nama nya sewajarnya merasa malu untuk melakukan perbuatan yang buruk yang tidak sesuai dengan namanya. Contohnya orang yang bernama Muhammad sewajarnya merasa malu untuk melakukan perbuatan yang terkutuk memandangkan maksud namanya ialah insan yang terpuji. Begitulah sepatutnya.


4. Oleh itu disarankan agar para ibu bapa berhati-hati memilih nama untuk anak-anak agar terserlah peribadi yang mulia di sebalik maksud nama yang tersurat.




Friday, November 26

:::::fRidAy sTorY:::::



KESAH SATU

Sepasang suami isteri baru bercerai dan mereka bertengkar untuk tentukan hak penjagaan anak tunggal mereka. pas tu mereka pun pegi ke pejabat agama, jumpa kadi nak minta nasihat.

kadi tanye kat pompuan tu... . "kenapa awak rasa awak yang paling layak bela anak tu?"



pompuan tu jawab... "saya yang mengandungkan anak tu. saya yang melahirkan anak tu ... dia keluar dari perut saya."

si jantan (suami) terkedu sebab dia tau pas ni kadi akan tanye dia lak. ahhh... sudah... mende aku nak goreng kadi ni... .kadi pun tanye si jantan...

"hah... kamu... .bagi alasan kenapa anak tu kamu yang patut bela"

"tuan kadi... kalaulah saya ada syiling seringgit, dan saya 'masukkan' dalam vending machine, pas saya 'tekan satu butang pilihan, maka keluarlah setin air minuman. saya nak tanye tuan..air tin yang keluar dari mesin tu hak saya atau hak mesin?"

jawab kadi.."hak kamu le.."

jantan tu kata lak.. "hah... sama le kes ni pun. Kan tuan... kan... kan "

P/S :

1. Jgn samakan isteri anda macam vending machine.
2. Jgn samakan anak anda macam air tin
3. Jgn samakan 'anu' anda cam duit syiling ... hehehehehhe "


Thursday, November 25

Alhamdulillah Selesai~~


Selesai sudah meeting kat De'Palma Hotel Shah Alam ni...Overall meeting kat sini 'OK' laa...Makanan die leh tahan...Kalo bab bilik ni biasa2 jelaa...3 star je katekan....sodie more focus pada cafe die...bilik die kre sesuai utk tido jela...yg lain susah kot..huhu..lagipun die tgh promosi Masakan Pantai Timur bermula dari 22 November - 17 Disember 2010...so kepada sesiapa penggemar masakan pantai timur leh la "acu try test"...gerenti baek punyer..huhu

Kata2 Hikmah 4


Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah.

50 Langkah Menjadi Suami Mithali..


1. Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa.


2. Bersyukur kerana mempunyai pasangan hidup. Yakinlah bahawa isteri anda adalahpasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.


3. Suami mithali menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa. Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh dibanggakan oleh isteri anda.


4. Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat. Apabila suami tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah.


5. Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari. Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit yang anda luangkan unutk berbual dengan isteri setiap hari ?


6. Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang anda sayang ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronok dan bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut.


7. Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan yang mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami isteri.


8. Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja. Ramai suami membazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan.


9. Amalkan makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan nasihat menasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan mengeratkan hubungan. Elakan berbual perkara yang melalaikan semasa makan.


10. Ajak isteri mandi bersama sekali sekala. Bergurau senda semasa mandi bersama adalah sunah yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri.


11. Bantu isteri melakukan kerja rumah. Ini adalah sunah yang dapat meringankan beban isteri, mengeratkan kasih sayang dan menbahagiakan pasangan anda.


12. Amalkan mesyuarat keluarga sekerap yang mungkin. Amalan bermesyuarat menarik hidayat Tuhan,mengeratkan hubungan dan menyelesaikan banyak masalah.


13. Pastikan penampilan anda anggun, kemas, bersih, wangi, sihat dan ceria. Ramai suami inginkan isteri yang mengancam, tetapi mengabaikan Penampilan diri sendiri. Mana adil ?


14. Didik isteri dengan memberi nasihat dan perigatan secara hikmah. Jadikan tindakan dan amalan anda sebagai contoh teladan yang cemerlang. Elakan cakap tak serupa bikin.


15. Berikan nafkah kepada isteri mengikut keperluan keluarga dan kemampuan suami. Ramai suami mengabaikan nafkah kerana isteri bekerja. Ramai suami yang kedekut dan berkira. Ini menyebabkan isteri derita dan rumah tangga terancam.


16. Jadikan penawar hati kepada isteri. Ambil berat keperluan dan kemahuan dan peka kepada emosi dan situasi isteri. Isteri yang bahagia membentuk keluarga sejahtera


17. Sentiasa taat kepada semua perintah Tuhan dan memastikan keluarga juga patuh kepada Tuhan.


18. Suami mithali sentiasa menyimpan rahsia isteri. Ramai suami secara sengaja ataupun tidak sengaja menceritakan keburukan isteri kepada orang lain. Ini wajib dihentikan.


19. Muliakan keluarga isteri seperti keluarga sendiri. Ada suami yang menbeza-bezakan antara keluarganya dan keluarga isteri. Ada suami yang memusuhi keluarga isteri. Anda bagaimana ?


20. Bentuk sifat cemburu yang positif. Cemburu tanda beriman, sayang dan endah. Suami yang tidak cemburu adalah dayus. Isteri amat suka apabila suaminya ada sifat cemburu. Dia rasa dihargai.


21. Jadilah suami yang pemaaf. Syurga isteri di bawah tapak kaki suami. Maafkanlah isteri setiap malam sebelum tidur supaya rumah tangga bahagia dan isteri mudah masuk syurga.


22. Tegur kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih sayang. Isteri merajuk bukan sebab ditegur, tetapi cara ditegur yang kasar. Apabila suami kasar, isteri jadi takut, bingung, hiba dan memberontak.


23. Gunakan Nabi Muhammad sebagai model. Hidupkan amalan sunah dalam rumah tangga. Sebut nama rasul apabila mendidik dan menasihati keluarga bagi mendapat hikmah.


24. Mendahulukan keperluan isteri daripada orang lain. Ini adalah tertib memberi khidmat. Ramai suami yang melebihkan orang lain daripada isterinya. Elakan kesilapan ini.


25. Suruh isteri dirikan sembahyang dan ibadah lain. Apabila berjauhan, telefon ataupun SMS bagi mengingatkan sembahyang.Wasiatkan isteri untuk sembahyang fardu dan sunat. Buat pesanan ini sehingga suami meninggal dunia.

26. Cintai isteri sepenuh hati. Cintai tanpa syarat, bertambah mengikut usia, penuh kemaafan, memberi tenaga,tidak pernah sensara serta berteraskan iman dan takwa.


27. Sentiasa berubah secara positif. Sebelum cuba ubah isteri dan keluarga, ubah diri dulu. Apabila suami berubah, keluarga akan turut berubah. Apabila suami cemerlang, isteri akan gemilang.


28. Pamer keprihatian yang tinggi terhadap keluarga. Ramai suami tidak ambil kisah dengan keluarga mereka.Cuba tanya apa lagi khidmat tambahan yang patut berikan kepada keluarga.


29. Pamer kematangan yang tinggi. Orang yang matang tenang, sabar, waras, bijaksana, dapat membuat keputusan dan cekap menyelesaikan masalah.


30. Memuliakan semua perempuan bukan sekadar isterinya. Ramai lelaki cuba hormat wanita tertentu sahaja.Ramai isteri yang kecewa terhadap suami yang menghina atau tidak hormat sebarang wanita termasuk pembantu rumah.


31. Bentuk beberapa sifat wanita yang terpilih dalam diri suami. Nabi Muhammad amat pemalu, pemaaf, peka,endah dan mudah menangis. Sifat wanita yang ada pada lelaki menaikkan martabat lelaki dan lebih disayangi wanita.


32. Mahir dalam menguruskan keluarga. Peka dengan masalah dan karenah ahli keluarga, cekap mencari punca masalah, mencari alternatif penyelesaian dan memilih penyelesaian yang optimum.


33. Membaiki diri secara berterusan. Tingkatkan iman dan takwa, cuci hati dengan sembahyang taubat, istighfar,memaafkan dan minta maaf, berkawan dengan orang yang baik, pendapatan yang berkat dan baiki amalan dan tindakan.


34. Jadi contoh atau model terbaik untuk keluarga. Doa dan usaha supaya setiap perbuatan anda dapat dicontohi dan dibanggakan ahli keluarga. Apakah sifat dan amal anda yang dapat dicontohi oleh ahli keluarga ?


35. Jadikan diri anda pendorong dan motivator berkesan unutk keluarga. Sentiasa beri galakan dan belaian. Elak marah, kritik ataupun hina keluarga. Fikir positif dan bersangka baik terhadap keluarga.


36 Tingkatkan ilmu berkenaan agama. Lazimnya, suami yang mendidik keluarga berkenaan agama. Belajarlahilmu agama dengan niat mendidik diri dan keluarga.


37. Sentiasa menegakkan kebenaran. Tegas menyatakan apa yang buruk dan apa yang baik. Elak mengenepikan kebenaran semata-mata bagi menjaga hati ahli keluarga. Tegakkan kebenaran dengan hikmah.


38. Bertindak tegas dan lemah lembut mengikut situasi. Tegas dalam menyeru ke arah kebaikan. Lemah lembut dalam menegur dan memberi nasihat. Tegas sangat orang memberontak, lembut sangat orang pijak.


39. Latih diri memuji dan menghargai isteri. Ramai suami yang pandai kritik tetapi tidak tahu memuji. Belaian merawat emosi dan fizikal isteri dan membuat dia terasa disayangi. Cari peluang untuk sentiasa memuji.


40. Cari peluang untuk bertindak romantis terhadap isteri. Ini termasuk senyum, lemah lembut, sebut sayang tiga kali sehari, buat sebelum disuruh, sentuhan sayang, pujian dan memberi hadiah.


41. Fahami yang isteri ingin selalu di sisi suami. Suami pula berjauhan dengan isteri sekali sekala. Apabila berjauhan, telefon, SMS ataupun e-mel unutk bertanya khabar, berikan maklumat dan mengubat rindu.


42. Bentuk kerjasama yang mantap dengan isteri. Pamer kesatuan hati dan pendapat kepada anak-anak dan orang lain. Wujudkan kerjasama melalui mesyuarat, berbual, tolak ansur, bermaaf-maafan dan banyak berdoa.


43. Nilai diri daripada kaca mata isteri. Buang sifat dan amalan yang isteri benci. Berusaha keras melakukan perkara yang isteri suka. Apabila isteri bahagia, suami akan bertambah bahagia.


44. Apabila suami melayan isteri seperti mana dia melayan kawan, pasti isteri bahagia. Bayangkan cara anda melayan isteri sebelum kahwin. Ulangi layanan itu sekarang. Pasti hebat kesannya.


45. Suami wajar belajar jadi mengikut setia. Patuhi cadangan, Pandangan dan pandapat isteri yang betul. Jangan bangkang perkara yang baik. Kawal macho dengan saksama.


46. Buat undang-undang dalam rumah tangga. Apabila suami marah, isteri mesti senyap. Apabila isteri marah,suami mesti senyap. Ini mengelakkan daripada bergaduh. Orang tidak boleh bergaduh sendirian.


47. Latih gerak batin anda supaya serasi dengan gerak batin isteri. Serasikan gerak batin dengan berdoa, patuh perintah Tuhan, maafkan isteri, bersangka baik dan lakukan perkara baik untuk isteri mengikut sebarang lintasan dalam hati.


48. Pimpin isteri dengan nasihat dan kasih sayang. Pesan selalu dan nasihat sekali-sekala. Waktu terbaik nasihat adalah semasa rehat, minum petang, waktu bersiar-siar dan semasa hendak tidur.


49. Seimbangkan hidup dengan sempurna. Rajin di tempat kerja, Rajin juga di rumah. Peramah dengan kawan, peramah juga dengan isteri. Disiplin di pejabat, disiplin juga di rumah. Sabar dengan orang, sabar juga dengan isteri. Di luar dan di dalam rumah serupa.


50. Urus stress dengan sempurna supaya keluarga tidak terjejas, lakukan riaadah, berdiet, hentikan merokok,bercampur dengan orang positif, bermain dengan bayi, tengok ikan di akuarium, menyanyi, sembahyang taubat dan maafkan semua orang.


Wednesday, November 24

Meting...Meetung..Meetong..=STRESSS~~

Salamun alaik...

erm...seperti biasa...harini bermula meeting kt de palma shah alam....buhsan pun ade gak la...erm...nak kate banyak keje xla gak...yelaa..kire sempat update blog ni kan maknenye xdelaa sesak sangat time meeting ni...hurmm...maybe aku buhsan sebab selaloo sgt meeting nie...sampai naek jemu dh..hahahah...k.laa...tu jela kot aku nak mengomel hari ni....kte tgk pe plak cite sok k...

chow si chii...

salam sayang:::::Abe Mus

Kata2 Hikmah 3


:::::JIKA KEJAHATAN DI BALAS KEJAHATAN, MAKA ITU ADALAH DENDAM. JIKA KEBAIKAN DIBALAS KEBAIKAN ITU ADALAH PERKARA BIASA. JIKA KEBAIKAN DIBALAS KEJAHATAN, ITU ADALAH ZALIM. TAPI JIKA KEJAHATAN DIBALAS KEBAIKAN, ITU ADALAH MULIA DAN TERPUJI:::::

Tuesday, November 23

Kata2 Hikmah 2

HADIAH TERBAIK KEPADA

* KAWAN - KESETIAAN

* MUSUH - KEMAAFAN


* KETUA - KHIDMAT


* YANG MUDA - CONTOH TERBAIK


* YANG TUA - HARGAI BUDI MEREKA DAN KESETIAAN.


* PASANGAN - CINTA DAN KETAATAN

* MANUSIA - KEBEBASAN



Kata2 Hikmah 1

Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itusumber hikmah, menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.

Tuesday, November 16

:::::Salam AidilAdha:::::

.....klik utk besarkan image.....


Monday, November 15

Traffic Light~~

Tak guna Traffic Light2 banyak2...tapi tak praktikal...

ni la traffic light nyee....




Dalam Perjalanan nak gi lunch tadi..aku terserempak ngan sepasang pasangan mat salleh dengan gigih berjalan kaki melintas jalan raya yang menghubungkan antara presint 8 ngan presint 9...dalam suasana yang boleh tahan terik panasnya....gigih betol....mcm biasa laa die dgn penuh disiplin menekan laa button utk melintas jalan melalui laluan pejalan kaki...tapi not funtion...mmg agak memalukan laa..yela die pnye la disiplin sampai sanggup patah balik n then lalu depan kiteowg..naseb baek laa lampu isyarat pejalan kaki time tu mmg berfungsi secara automatik..kalo tak...naya gak laa...sian pn ade malu pn ade...so kpd pihak yang berkenaan...dapat la mengambil tindakan yang sewajarnya dengan SEGERA....bukannya ape...sian kat pelancong yg nk melancong ke negara kita ni..ok....layann~~

Makan..


Dh Nak time lunch dh nie...xtaw nak makan pe plak...bley??bkn pe...kt cafe opis nie lauk semua cam same je taste die..em..akhirnya aku putuskan utk melunchkan diri di kantin sekolah member..makan nasi lemak+ masak lemak ikan patin + ikan keli goreng dan Milo ais kaw2 punye...huhu...besh2~~

"Kabhi Kushi Kabhi Gham"


Pergh...Ngantuk gile mata nie...Mana tak nye...semalam tido kol 3.30 pagi...dek penangan cite Hindustan....bley..."Kabhi Kushi Kabhi Gham"...mula2 ingat saje je nak buka sambil melayan mata alih2 memang betol layan...tapi yang pelikkan dh tengok cite die nie...kre bnyak kali la gak..tp stil ade lagi bende yang termiss...semalam tgk baru aku taw yg si Shah Rukh Khan tu anak angkat..ish3...lagi la bertambah excited aku nk tgk..huhu...mau 5 kali aku tangkap leleh...almaklumlaa sedih kot...tp mmg terbaek laa cite hindi ni...huhu...



Berikut adalah sedikit sinopsis citenye...

Ternyata usaha sang sutradara berhasil karena "Kabhi Khushi Kabhie Gham" yang dirilis pada akhir 2001 ternyata berhasil menyamai jika tidak bisa dikatakan melampaui kesuksesan film "Kuch Kuch Hota Hai". Kisahnya sendiri berputar pada sebuah keluarga seorang pengusaha kaya yang sangat terpandang, Yashorvardan Raichand (Amitabh Bachchan). Yash, begitulah sang pengusaha biasa dipanggil, bersama istrinya, Nandini (Jaya Bachchan) membesarkan dua putranya, Rahul (Shahrukh Khan) dan Rohan (Hrithik Roshan) dengan penuh kasih sayang. Hanya beberapa orang yang tahu bahwa Rahul sebenarnya adalah anak yang diadopsi oleh Yash dan Nandini ketika Rahul masih sangat kecil.

Rahul sendiri pada awalnya tidak tahu jika ia diadopsi, namun ia secara tidak sengaja menemukan rahasia dirinya itu pada usia 8 tahun. Sejak itu ia bertekad berbakti dan menuruti semua keinginan orang tuanya terutama Yash. Sayangnya kebahagiaan keluarga Yash terganggu setelah kepulangan Rahul dari London setelah menyelesaikan pendidikannya. Semuanya bermula ketika Rahul jatuh cinta kepada seorang gadis yang dianggap Yash tidak sesuai dengan putranya karena kelasnya berbeda. Jika Rahul dari keluarga kalangan atas, maka gadis cantik yang dicintai Rahul, Anjali (Kajol) hanyalah salah seorang putri dari pengasuh yang bekerja kepada keluarga Yash.

Apalagi Yash ingin menjodohkan Rahul dengan Naina (Rani Mukherjee), seorang gadis cantik yang merupakan teman sepermainan Rahul semasa kecil. Tentu saja Naina dianggap Yash pantas menjadi jodoh Rahul karena statusnya setara dengan mereka. Walau Rahul akan menuruti semua perintah ayahnya, namun untuk masalah cintanya, Rahul nekad menentang perjodohannya dengan Naina. Bahkan ia tetap melanjutkan kisah cintanya dengan Anjali. Yash sangat marah sekali mendengar penolakan putranya. Dalam kemarahannya, Yash mengingatkan bahwa Rahul bukanlah anak kandungnya. Akibatnya Rahul sangat terpukul mendengar ucapan ayahnya. Iapun meninggalkan rumahnya bersama Anjali.

Kepergian Rahul dari rumah sangat membuat sedih hati ibunya, Nandini. Walau bukan darah dagingnya sendiri, Nandini sangat mencintai Rahul dan bahkan punya ikatan batin kuat dengan Rahul. Ketika adik Rahul, Rohan yang juga disekolahkan di London, kembali ke rumah dan mendapati keluarganya tidak bahagia setelah ditinggalkan abangnya. Seperti halnya Nandini, Rohan pun sedih kehilangan abang yang disayanginya. Sebenarnya Yash juga mengalami perasaan sama, tetapi tidak mau mengakuinya. Secara tidak sengaja Rohan jatuh cinta kepada Pooja (Kareena Kapoor), yang merupakan adik kandung Anjali. Mereka berdua pun bertekad untuk meluluhkan hati sang ayah Rahul dan Rohan dan mempersatukan kembali keutuhan keluarga mereka.

sumber http://www.indosiar.com/sinopsis/835/kabhi-khushi-kabhie-gham



Sunday, November 14

BoriNk!!

Salaam..Semua...Harap semua sehat walafiat la yee...Walaupun tak ramai yang follow blog nie...tp papepn thanks la kepada yang sudi mengfollowkan dirinya...lama dah rasenye tak hupdate my blog nie...almaklum laa...aku ni bkannye blogger yg tegar...just for fun je...tp tengok laa....kalo sampai seru utk jd blogger sepanjang hayat barulah hari2 aku hupdate blog ni ek...

Saje nak kongsi...xde yang menarik sangat...cme little big busy je lately nie...almaklum laa...nk hujung taun nie mcm2 bende nk kene settlekan..nak kejar SKT(Sasaran Kerja Tahunan)...minggu nie baru habis funtion kat Melaka..Melaka Bandaraya Warisan Dunia..Just Persidangan je...Thanks La kat Org Melaka ye...Next Year Kat Sarawak Plak....emm...
Esok dah hari isnin...hari permulaan kerja...macam malas je rase nk gi keje sok..huhu papepn selamat Bekerja ye semua.....Ayuh Segarkan Hari Anda Dengan 100 Plus....huhuh...

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More