Selamat Datang

Selamat Berkunjung Kepada Semua Pengunjung Setia Blog Saya.Still Enjoy With Me K.

Kumpulan Nasyid DG-Wa

Persembahan di Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 2009.

Selamat Menyambut Hari Raya AidilAdha

Salam IdulAdha Kepada semua Pengunjung setia Blog saya,Klik gambar Untuk Panduan Solat Idul Adha.

Salam Nuzul Al-Quran

Bersamalah kita mengejar Malam LailatulQadar...Moga Kita Memperolehinya.

Waksjournal2

Still Enjoy With Me.

Friday, December 31

“KESEDARAN BENCANA KESEJAHTERAAN BERSAMA”

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

KESEDARAN BENCANA KESEJAHTERAAN BERSAMA

(31 DISEMBER 2010 / 25 MUHARRAM 1432H)


Muslimin Yang di Rahmati Allah,

Di kesempatan berada pada hari Jumaat yang mulia ini, saya berpesan kepada diri saya dan kepada sidang Jumaat sekalian marilah sama-sama kita meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah SWT dengan bersungguh-sungguh melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita memperolehi keberkatan dan keredhaan serta perlindungan Allah SWT di dunia dan di akhirat. Mimbar pada hari ini akan menyampaikan khutbah yang bertajuk: KESEDARAN BENCANA KESEJAHTERAAN BERSAMA

Muslimin Yang di Rahmati Allah,

Mutakhir ini beberapa negara di dunia digemparkan dengan kejadian bencana alam yang meragut ratusan ribu jiwa dan kerugian berbillion ringgit harta benda dalam masa sekelip mata. Kita masih ingat lagi, berapa ngerinya bencana Tsunami di bandar Aceh, Indonesia yang berlaku pada 26 Disember 2006 yang telah mengorbankan 200,000 jiwa dan menjadikan kawasan tersebut seperti padang jarak padang tekukur.

Negara kita juga tidak terlepas daripada berdepan dengan kejadian-kejadian bencana alam seperti banjir, tanah runtuh, jerebu, ribut, kemarau dan ombak besar Tsunami. Terbaru sekali, kejadian banjir besar di utara Semenanjung tanah air yang telah mengorbankan 6 nyawa yang kebanyakkannya adalah anak-anak kecil.

Muslimin Yang di Rahmati Allah,

Dalam al-Quran Allah SWT telah menceritakan banyak tamadun manusia dimusnahkan oleh Allah melalui bencana alam. Antaranya kaum Nabi Nuh dimusnahkan dengan banjir, kaum Nabi Luth dimusnahkan dengan gempa bumi dan kaum 'Aad dimusnahkan dengan ribut taufan tujuh hari tujuh malam. Jelasnya, bencana alam yang memusnahkan kaum-kaum tersebut adalah kerana hukuman Allah SWT atas kekufuran dan kemungkaran mereka.Firman Allah SWT dalam surah al-Ankabut ayat 40:

Maksudnya: “Maka masing-masing Kami binasakan dengan sebab dosanya, iaitu di antaranya ada yang Kami hantarkan angin ribut menghujaninya dengan batu; dan ada yang dibinasakan dengan letusan suara yang menggemparkan bumi; dan ada yang Kami timbuskan dia di bumi; dan ada pula yang Kami tenggelamkan di laut. Dan (ingatlah) Allah tidak sekali-kali menganiaya mereka, akan tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri."

Peringatan Allah SWT tersebut hendaknya menjadi pengajaran bagi kita bahawa akibat daripada kekufuran dan perbuatan maksiat yang dilakukan, akan menjadi penyebab datangnya kemurkaan Allah. Ketahuilah bahawa setiap bencana yang menimpa manusia mempunyai beberapa pengajaran yang berbeza. Bagi mereka yang terselamat daripada bencana, maka bencana yang menimpa orang lain merupakan peringatan bentuk kasih sayang dari Allah agar mereka kembali pada jalan-Nya. Sedangkan bagi orang yang tidak beriman, maka bencana yang menimpa merupakan azab dan siksa dari Allah yang disebabkan oleh kekufuran dan kedurhakaan terhadap perintah Allah dan rasul-Nya. Dengan bencana juga, Allah hendak menunjukkan kepada manusia, mana antara orang yang benar keimanannya dan mana yang tidak.

Muslimin Yang di Rahmati Allah,

Perlu difahami bahawa bencana alam juga boleh berlaku disebabkan daripada kesilapan dan kerakusan manusia kerana mengejar kemewahan dunia. Demi wang ringgit bukit-bukau ditarah dan diruntuhkan, pembangunan dilaksanakan sesuka hati, pembakaran terbuka berleluasa, pembalakan haram menjadi-jadi dan pembuangan sampah di mana-mana. Akibatnya sistem ekologi dan keseimbangan alam semesta tergugat . Insafilah peringatan Allah dalam surah ar-Rum ayat 41:

Maksudnya: Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan buruk mereka, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)”.

Ayat ini menyatakan bahawa bencana alam yang berlaku di muka bumi ini ada kaitannya dengan perilaku manusia yang tidak berhemah kepada alam semesta. Tindakan manusia yang mengganggu dan memusnahkan keseimbangan ekologi adalah satu tindakan yang akan membawa manusia ke arah kemusnahan. Ini kerana, hubung kait antara manusia dengan alam begitu rapat sekali.

Menyedari bencana alam adalah sebagai hak mutlak Allah SWT yang tidak diduga, maka kesedaran tentang peranan dan tanggungjawab semua pihak dalam mengurus dan mengurangkan kesan bencana alam perlu dipertingkatkan. Di negara kita, Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri adalah agensi utama yang bertanggungjawab menyelaras segala tindakan menangani bencana alam, namun usaha tersebut perlu diperkukuhkan melalui sokongan dan kerjasama padu semua pihak baik daripada syarikat swasta, badan bukan Kerajaan dan tidak lupa juga daripada masyarakat dan orang ramai.

Perlu disedari bahawa apabila bencana berlaku, masyarakat adalah merupakan kumpulan pertama yang akan berhadapan dengan musibah tersebut.Persoalannya, wujudkah kesedaran kita terhadap bahaya bencana yang berlaku ini?. Justeru itu, penerapan terhadap kesedaran bencana di kalangan masyarakat adalah amat penting bagi mengurangkan impak sesuatu bencana sama ada dalam bentuk kehilangan nyawa dan kemusnahan harta benda. Masyarakat perlu melibatkan diri secara aktif dalam pengurusan bencana sama ada sebelum, semasa dan selepas berlakunya bencana.

Muslimin Yang di Rahmati Allah,

Besempena dengan kedatangan 2011 yang bakal membawa lembaran baru bagi setiap kita yang mana sedikit sebanyak ia akan memberi kesan dalam kehidupan seharian. Dalam meniti ambang tahun baru ini, seharusnya menjadi satu kesempatan ruang dan peluang untuk kita bermuhasabah dan seterusnya berusaha mencari jalan bagi memperbaiki serta meningkatkan lagi kualiti diri dari masa ke semasa dalam semua aspek kehidupan dengan membina azam dan semangat baru.

Sepertimana yang diketahui umum, sambutan malam tahun baru ini lazimnya akan disambut dengan berbagai aktiviti. Orang ramai diajak berkumpul di tempat-tempat tertentu samada terbuka mahupun tertutup. Mereka di sajikan dengan hiburan dan pertunjukan yang pastinya banyak mengundang perkara yang negatif dan mencemarkan dengan pelbagai kegiatan maksiat dan tidak bermoral.

Mimbar ingin menegaskan bahawa budaya yang sebegini bukanlah budaya Islam. Budaya sambutan sebegini adalah budaya yang dipropagandakan oleh musuh-musuh Islam melalui serangan ideologi agar umat Islam terpesong daripada peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT dan Rasul-Nya. Maka sempena dengan kedatangan tahun baru 2011 ini, mimbar menyeru marilah kita sama-sama membina azam dan semangat baru yang berlandaskan ajaran Islam dengan mengamalkan sepenuhnya, iaitu dengan mendekatkan diri kepada Allah, cinta kepada Rasul-Nya dan tidak melakukan perbuatan yang keji seperti rasuah, menganiayanya kaum yang lemah, memfitnah, memeras ugut, suka mengadu domba dan perbuatan-perbuatan keji yang lain. Dengan cara ini insyaallah kita dapat menjana bangsa yang bermaruah dan membangun ummah yang gemilang. Mengakhiri khutbah pada minggu ini marilah sama-sama kita merenung firman Allah SWT di dalam surah ar-Ra’d ayat 2:

Maksudnya: " Allah jualah yang meninggikan langit tanpa tiang sebagaimana kamu melihatnya, kemudian Ia bersemayam di atas Arasy; dan Ia menundukkan matahari dan bulan; tiap-tiap satunya beredar untuk suatu masa yang ditetapkan. Allah jualah yang mentadbirkan urusan; Ia menerangkan tanda-tanda kekuasaan-Nya satu-persatu, supaya kamu yakin kepada pertemuan Tuhan kamu untuk menerima balasan."

ayat 6

:::Angkasawan:::

MOSTI sedang mencari angkasawan utk dihantar ke marikh. Walaubagaimanapun, mereka hanya boleh pergi sahaja, dan tidak akan pulang ke bumi.

Calon pertama, seorg engineer di tanya berapa banyak wang yg dia mahu."Sejuta" jawapnye "Saya nak sumbangkan utk anak-anak yatim."

Calon seterusnya adalah seorg doktor. Dia juga di tanya soalan yg serupa. Dia menjawap, dua juta ringgit. "Sejuta saya nak bagi kat family saya. Yg sejuta lagi saya nak derma utk buat research dan experiment."

Calon terakhir adalah seorg peguam. Bile ditanya berapa banyak yg dia mahukan, dia berbisik ke telinga panel temuduga, "3 juta ringgit."

"Kenapa lagi banyak dari yg lagi dua calon?" penemuduga bertanya.

Peguam itu menjawap, "Kamu bagi saya 3 juta. Saya bagi kamu sejuta, Sejuta saya amik. Kemudian yg sejuta lagi tu, kita guna utk hantar engineer tu ke marikh

Penjagaan Tayar

1. Penting sekali memilih tayar yang bersesuaian dengan keupayaan kereta. Jika kereta berenjin 1.3, cukuplah jika menggunakan rim sport bersaiz 14 inci (35 sentimeter). Jika anda menggunakan sport rim bersaiz 15 inci, kekuatan pecutan kereta akan menurun, speedometer tidak merekodkan bacaan yang tepat, memendekkan jangka hayat peralatan penyerap hentak dan meningkatkan penggunaan petrol.

2. Selepas mendapat pilihan yang sesuai, cuba perhatikan di bahagian tepi tayar. Terdapat satu rangkaian nombor yang seperti dicetak tenggelam ke permukaan tepi tayar. Sebenarnya rangkaian nombor ini memberikan kita maklumat mengenai tarikh tayar di kilangkan (minggu dan tahun) dan batch pengeluaran di kilang. Jadi apabila tayar tidak memenuhi spesifikasi , maka senang bagi pihak pengeluar menarik balik tayar di pasaran. Maklumat ini kita boleh gunakan untuk tujuan keselamatan. Mengikut piawaian tayar antarabangsa, tayar hanya boleh bertahan selama 2 tahun selepas di kilang (selepas tempoh itu getah tayar akan mati (keras) dan tidak selamt digunakan). Saya beri contoh rangkaian nombor yang ada 4001 bermaksud tayar tersebut di kilang pada munggu ke 40 tahun 2001 dan tarikh expired tayar tersebut sepatutnya minggu ke 40 tahun 2003. Jadi sekiranya kita dapat ada kedai yang menjual tayar dengan harga yang luarbiasa murahnya, cuba periksa tarikh tayar tersebut di kilang, mungkin tayar tersebut adalah tayar yang telah tamat tempoh penggunaannya. Dari pengalaman yang pernah diceritakan kepada saya, tayar yang telah tamat tempoh ini akan lebih senang meletup semasa kelajuan tinggi.

3. Mengenai saiz tayar, perhatikan pula rangkaian nombor dan huruf yang bercetaktimbul pada permukaan tepi tayar. Sebagai contoh, cetakan 205/50 VR 16 membawa maksud tayar itu mempunyai kelebaran 205 milimeter (mm), ketebalan tayar daripada rim ke permukaan jalan adalah 50 peratus dari kelebaran 205 mm dan untuk kegunaan rim berdiameter 16 inci. VR bermaksud tayar sesuai untuk kelajuan sehingga 240 kilometer per jam (km/j) tanpa menjejaskan kekuatan dan ketahanan tayar.

4. Terdapat pelbagai jenama dan harga ditawarkan dipasaran seperti Michellin, Yokohama dan Falken. Penting untuk pembeli memikirkan pelbagai kebarangkalian dan faktor cuaca serta jangka hayat kereta. Biarpun sesetengah tayar dijual sedikit mahal, amat berbaloi untuk berbelanja lebih jika mengambil kira faktor kualiti dan iklim. Tentang jenis tayar pula, kebanyakkan kita lebih suka memilih tayar import terutama dari Japan. Harganya lebih mahal dan dikatakan lebih lembut. Memang benar, tayar seperti michelin, yokohama, falken etc. lebih lembut kerana, tayar tersebut dibuat berdasarkan iklim sederhana yang kurang panas dan apabila digunakan di Malaysia yang sememangnya panas terik, tayar tersebut akan mempunyai jangkahayat yang pendek (cepat habis bunganya). Kebisingan tayar adalah bergantung kepada bunga tayar. Lebih senyap sesuatu tayar, maka lebih rapat bunga tayarnya dan tidak sesuai untuk permukaan jalan yang basah. Lebih bising tayar, lebih mencengkam dan sesuai pada permukaan yang basah. Jadi kalau kita hendakkan tayar yang senyap, kita terpaksa lebih berhati-heti semasa hujan.

5. Tayar sepatutnya di tukar kedudukannya setiap 3 bulan. Caranya, tayar depan kiri ditukarkan ke kanan belakang dan tayar depan kanan ditukarkan ke kiri belakang (untuk 4 tayar sama saiz). Lebih baik sekiranya tayar simpanan/ganti juga di masukkan ke dalam rotation tukaran tayar. Caranya, masukan tayar ganti ke kanan belakang, belakang kanan ke depan kanan, depan kanan ke belakang kiri, depan kiri ke dalam boot ganti, belakang kiri ke depan kiri. Semua rotation ini bergantung kepad jenis kereta, sistem pacuan dan sistem suspensi kereta.

6. Perhatikan juga keadaan bunga tayar sekali-sekala. Jika bunga tayar pada bahagian tepi tayar lebih cepat haus (menipis), ini bermakna tekanan udara dalam tayar tidak bersesuaian. Jika bahagian tengah lebih cepat haus, maksudnya tekanan udara terlalu tinggi dan jika haus pada bahagian luar saja, ini bermakna keselarian tayar perlu diperbetulkan. Jika bunga tayar yang haus tidak sekata (turun naik), maka penyerap hentakan (absorber) perlu diganti.

Thursday, December 30

Kisah Mat Rempit

Zaki seorang Mat Rempit sejati. Dia sanggup tidak bekerja semata-mata untuk menjadi Mat Rempit sepenuh masa. Kerjanya setiap hari hanyalah menunggang motor secara berbahaya di jalan-jalan sekitar kampungnya sambil menyergah dan mengurat anak anak gadis di kampungnya.

Pada suatu hari, malang tidak berbau, Zaki terlibat di dalam satu kemalangan di hadapan kubur cina kampungnya. Akibat terkejut, Mak Limah yang kebetulan di dalam lori yang disergah oleh Zaki telah melatah sehingga tangannya membaling sebatang lembing tepat-tepat terpacak di dahi Zaki sehingga tembus ke belakang tengkuk Zaki.

Bergegas Pak Amin ayah zaki ke hospital sebaik sahaja mendapat berita tentang anaknya yang cedera itu. Sebaik sahaja sampai di hospital, Pak Amin bertanya kepada Doktor tentang keadaan anaknya,

Pak Amin: Bagaimana keadaan anak gua doktor?
Doktor: Harap bertenang Pak Cik, anak pakcik cedera parah.

Pak Amin: Bagaimana keadaan kecederaannya Doktor?
Doktor: Sebatang lembing terpacak di dahi anak Pak Cik tembus ke belakang tengkuknya. Kami takut sekiranya lembing itu terkena otaknya, anak pak cik boleh mati.

Pak Amin: Kalau tak terkena otak dia, dia mati tak doktor?
Doktor: Kalau tak kena tak matilah! Tetapi dalam keadaan sekarang keadaan itu adalah mustahil.

Pak Amin: Oh begitu.... Alhamdulillah selamat anak gua...
Doktor: Kenapa pak cik? Pak Cik tak bimbang ke lembing tu terkena otaknya?

Pak Amin: Anak saya tu Mat Rempit Doktor, Mat Rempit mana ada otak!


p/s: Mat Rempit Tak de Otak ke??

Gulivers Travel

Hurm Cite Gullivers ni dah lama ditayangkan kat pawagam....kalo tak silap aku 23/12 die kuar...cme aku je baru berkesempatan nak story2 sikit pasal citer ni...bkn pe baru teringat..huhu..Setakat ni semua cerita omputih tak mengecewakan aku la...mmg puas hati tgk...berbaloi-baloi....huhu..

Sinopsis Citenye~~

Film Gulliver's travels ini dibintangi oleh Jack Black (lemuel Gulliver), Jason Segel (Horatio), Emily blunt (Princess Mary). Film ini diproduksi oleh studio besar Twentieth Century Fox Film Corporation.

lihat Gulliver's Travels movie trailer.

Lemuel Gulliver (Jack Black) bekerja sebagai penjaga ruang surat pada sebuah kantor surat kabar di New York. Setelah Gulliver berbohong mengenai tugas menulis tentang rahasia Segitiga Bermuda, ia menuju ke pulau yang belum pernah ditemukan, Lilliput. Di dunia baru tersebut, Gulliver adalah raksasa - baik ukuran tubuh maupun ego - terutama setelah ia mulai mengambil keuntungdan dari penemuan terbesarnya dan menempatkan dirinya sebagai pusat perhatian.

Posisi Gulliver makin penting saat ia memimpin teman-teman barunya dalam pertempuran melawan musuh-musuh lama mereka. Namun saat Gulliver kalah dan menempatkan Lilliputians dalam bahaya, ia harus menemukan cara untuk mengembalikan semua seperti semula.

Gulliver hanyalah raksasa sejati di antara manusia kerdil ketika dia menyadari bahwa yang terpenting adalah seberapa besar hati Anda.

Film ini direlease pada bulan desember 2010 dan menjadi film box office 2010.

Jenis Film
- Comedy dan adventure

Pemain :
- Jack Black (Lemuel Gulliver), Jason Segel (Horatio), Emily Blunt (Princess Mary), Amanda Peet (Darcy Silverman), Billy Connolly (King Theodore)

Produksi :
- Twentieth Century Fox Film Corporation, Davis Entertainment, Electric Dynamite

Sutradara :
- Rob Letterman

sumber : 21cineplex.com

Siapa Bilang Indonesia Kalah...Indonesia menang tapi tak juara....


lagi rentetan Piala Suzuki....Mesti Korang terkejut kan ngan statement kat atas tu kan...bkn pe....em aku pn malas la nak komen bnyk2...kalo korang nak taw Klik untuk berita lanjut Siapa Bilang Indonesia Kalah dan Indonesia menang tapi tak juara....layan la k...

Petua Kempiskan Perut












1. Mula-mula, anda bancuhlah segelas air teh tanpa gula. Ya, teh TANPA gula tau.

2. Kemudian, perahkan sebiji limau nipis ke dalam segelas teh tadi.

3. Amalkan meminum air tersebut setiap hari sehinggalah perut anda yang buncit tu kempis.

Selamat Mencuba!!

p/s:sebenarnya aku pn lom cuba lagi...hehe...insyaAllah akan dipraktik...

Suzuki Cup-MALAYSIA Win Agreget 4-2

Alhamdulillah...Syukur3...Tak Sia2 Memenuhi Dataran Putrajaya tadi...Memang hapening gile...pada mulanya memang rasa malas nak gi...bukan pe sebab hujan lebat td...pastu disusuli ngan renyai2...so terpaksa la aku layan feel tgk bola sorang2 kt umah....tetiba bunyi yg teramat riuh kedengaran sampai ke rumah aku mase penalti Indon x berhasil...aku pn tgk kt balkoni umah aku..rpenye bunyi gamat tue dengar dari Dataran Putrajaya...pergh Kencang laa korang...hujan still renyai2 lagi korang still semangat.....cayalaaa...tanpa berlengah aku pn bersiap siagalah berderum ke sana....memang dh dijangka....ramai yg amat manusia disana...pak2 indon kelihatan gak...tp mereka tgk bola dari tapak pembinaan jelaa...


semangat berkobar2 aku terhenti setelah ade Polis @$%#%$& carut kat aku....nak marah2 tak tentu pasal...wey...lek laa...bukan aku merempit pn...aku nak park moto je kot...agak kasar la bahasa ko....kerana ko sorang habis semua Yg Beruniform macam ko aku dh x respek laa...alasan die jgn park dekat2...motifff??sedangkan dh ade moto pn park kt situ...die maki aku


Polis ~@!##$#%^$&: Wei ko xreti bahasa kee...tak faham arahan lalulintas ke...kan dh ade kon kt depan tu....


Aku: Lahh...Dah tentu laa Polis kt depan tu bagi masuk.....saya pun masuk laa...saya nak parking kat sini...dekat sikit...lagipun hujan ni...


Polis@!!$#@%$%^: Mana boleh parking sini....


Aku: Malas nak membantah aku pn turutkan laa ckp si polis #%@W%$$& tue....


Polis: pastikan Parking kt belakang dari tong sampah hijau tu...


Panas ati aku tak terkire laa...nak je aku jawab...LAEN KALI WAT LA SIGNAGE PARKING SAMPAI HAD INI SAHAJA....YENADEEE....memang angin aku...terus potong mood aku nk tgk bola...dahla xde budi bahasa....Damn...tapi bodoh gak laa Polis!$#!#$@%$ tu...aku lalu kat belakang...n then aku park kt tempat yg aku nak park td...baru puas hati aku.....hahahaha...


Papepn semangat aku kembali pulih sebab tgk ramai gile rakyat Malaysia membanjiri Dataran Putrajaya....Masing2 dgn berjesi kuning bagai....mmg tabik laa.....erm...masa MAlaysia dapt gol pertama memang riuh yang amat laa...aku rasa Suara tu boleh dengar sampai Stadium Bukarno kot..haha...memang kuat dengan tiupan wisel+gendang...Mmg Terbaik laa...huhu.....trus hilang rase moody aku tadi....hurmm...Alhamdulillah Malaysia menang juga akhirnya....Sekalung Penghargaan wajar diberikan kepada Khairul Fahmi...Keeper Malaysia....Anda Memang Terbaek!!!Semua Player Malaysia TAHNIAH!!!Nak Tau Berita Penuh KLIK k...



p/s : PM Bagi Cuti hari Jumaat ni??Btul Ker??

Rakyat Malaysia harus berterima kasih pada player malaysia....Tenkiu!!!

Wednesday, December 29

Lagi Sejarah Bola Sepak

Menurut FIFA, permainan-permainan yang mempunyai ciri-ciri bola sepak telah wujud di negeri China sejak abad ke-3 SM. Berbagai-bagai jenis permainan bola juga telah diperkenalkan pada Zaman Pertengahan Eropah.

Pada abad ke-19, permainan bola di sekolah-sekolah United Kingdom (yang mempunyai cara permainan yang berbeza mengikut sekolah) menjadi lebih popular.Lantaran itu, cara permainannya juga lebih teratur. Undang-undang awal diperkenalkan bagi menyeragamkan cara permainan yang berbeza-beza itu dan memudahkan pemain-pemain. Persatuan Bola Sepak England (The Football Association) telah ditubuhkan pada 1863 oleh beberapa kelab bola sepak. Persatuan ini berjaya menggubal undang-undang formal bola sepak yang pertama di dunia. Undang-undang ini kemudian berkembang menjadi undang – undang bola sepak hari ini.

Kini, urusan Undang-undang Bola Sepak dikendalikan oleh Lembaga Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (International Football Association Board). Lembaga ini ditubuhkan pada 1886 dan mempunyai lapan ahli empat wakil FIFA, empat wakil persatuan bola sepak England, Scotland, Wales dan Ireland Utara. Segala pemindaanUndang-undang Bola Sepak perlu diluluskan oleh Lembaga melalui undian majoriti. Populariti bola sepak telah meningkat terutamanya pada abad ke-20. Kini, bola sepak

menjadi satu industri yang lumayan melalui pendapatan hak siaran televisyen dan penjualan tiket di stadium-stadium. Permainan ini dimainkan pada peringkat professional level di seluruh dunia. Berjuta-juta peminat biasanya pergi ke stadium bola untuk mengikut pasukan pilihan mereka, manakala berbilion-bilion pula melihat perlawanan bola sepak di televisyen. Sebilangan besar pemain juga bermain bola sepak pada peringkat amatur.

Mengikut kajian yang dilakukan oleh Fédération Internationale de Football Association(FIFA), badan pentadbir bola sepak, yang diterbitkan dalam musim bunga 2001, lebih daripada 240 juta orang biasanya bermain bola sepak dalam lebih daripada 200 negara

Sejarah Bola Sepak

Menurut Bill Muray, pakar sejarah sepak bola, dalam bukunya The World Game: A History of Soccer, sepak bola sudah dimainkan sejak awal Masehi. Saat itu, orang-orang di era Mesir Kuno sudah mengenal permainan membawa dan menendang bola yang dibuat dari buntalan kain linen. Sejarah Yunani Purba juga mencatat ada sebuah permainan yang disebut episcuro, permainan menggunakan bola. Bukti itu tergambar pada relief-relief di dinding museum yang melukiskan anak muda memegang bola bulat dan memainkannya dengan paha.

Sepak bola juga disebut-sebut berasal dari daratan Cina. Dalam sebuah dokumen militer disebutkan, sejak 206 SM, pada masa pemerintahan Dinasti Tsin dan Han, orang-orang sudah memainkan permainan bola yang disebut tsu chu. Tsu mempunyai arti "menerjang bola dengan kaki". Sedangkan chu, berarti "bola dari kulit dan ada isinya". Mereka bermain bola yang terbuat dari kulit binatang dengan cara menendang dan menggiringnya ke sebuah jaring yang dibentangkan pada dua tiang.

Jepun pun tidak mau ketinggalan. Sejak abad ke-8, konon masyarakatnya sudah mengenal permainan ini. Mereka menyebutnya sebagai Kemari. Bolanya terbuat dari kulit kijang berisi udara.

Yang menarik, ada legenda pada abad pertengahan. Konon saat itu, seluruh desa mengikuti satu permainan bola. Bola yang terbuat dari tengkorak, ditendang satu diantara warga ke arah desa tetangga. Kemudian, oleh si penerima bola di desa itu, bola dilanjutkan ditendang ke desa selanjutnya. Ooo..macam itu rupanya..huhuhu

AFF Suzuki Cup 2010



Malam Nie Penentuan Juara Piala AFF Suzuki bakal dirangkul oleh Malaysia atau Indonesia...Yang Pastinya perlawanan malam ini pastinya hangat...DiDoakan agar semua Player Malaysia dapat bermain dengan bersungguh serta dijauhkan dari malapetaka....yelaa...risau gak ngan ketaksuban saudara kita di seberang...Harap2 semuanya ok...Pape pn tak sabar nak tengok perlawanan di Dataran Putrajaya...Ayuh Warga Putrajaya dan Kawasan yg Sewaktu Dengannya kita Meramaikan Dataran Putrajaya Malam ni...Ayuh!!!

Cara2 Utk Menghilangkan Stress

Setiap hari kita berhadapan dengan pelbagai perkara dan pastinya stress tak dapat dipisahkan drpd kita kan… semua org punya stress tersendiri tapi ada setengah org boleh sampai jadi gila sbb stress…stgh org pulak lepak je… tenang je…mcm mn org tu boleh tenang je hadapi stress dalam hidup dia? Tak jeles ke kita? Aaaa itu kerana mereka2 yg tenang ini punya cara tersendiri untuk hilangkan atau kurangkan stress tu… dalam sedar atau tak, kadang2 kaedah nak ku

rangkan stress ni kita sendiri pon buat cuma mungkin tak bersungguh2 atau tak usaha utk keluar dr stress tu jd kesannya kurang

kita rasa… jd mau tau apa atau bagaimana caranya kita bleh ilangkan stress? aaa Meh sesame baca

1. BERJALAN (hilangkan 30% stress) – Dengan berjalan kita sebenarnya boleh hilangkan 30% stress yg kita hadapi… dan kalau kita ganda kan perkataan “berjalan” tu ianya akan jadi “berjalan-jalan”

atau bersiar2… jadi peratusan mengurangkan stress tu akanlebih tinggi andainya kita meluangkan sedikit masa untuk berjalan-jalan dan menggembirakan diri… tapi yg ni dapat hilangkan 30% drpd stress sahaja… cara ke-2 dapat hilangkan 50% stress… nak tau apa? Ermm

tengok kat bawah ye…


2. CINTA(hilangkan 50% stress) –

Cinta terbahagi kepada dua… CINTA PADA DIRI SENDIRI & CINTA NAFSU… apa yg nak ditekankan d

gn perkara yg dapat hilangkan stress ni ialah CINTA NAFSU… cinta nafsu sememangnya dapat hilangkan 50% daripada stress… seandainya kita dapat memuaskan nafsu2 kita yg bermacam2 ni dengan penuh rasa cinta…maka stress itu akan hilang separuh…contohnya bg org perempuan, kalau yg suka shopping tu kan, sekali dia dapat shopping, mmg puas rasa kat hati tu kan…segala stress pon hilang… bg lelaki yg suka mencantik n mempowerkan kereta pulak contohnya… kalau dapat powerkan ngauman enjin kereta mesti puas kan? Tak kira la duit abes beribu riban pon.. sure rasa tenang je hati tu…bagi su

ami isteri pula katanya… bila dapat spend masa bersama2… dapat share itu ini bersama2…semua stress tu mmg akanhilang sekurang2nya 50%…tengok betapa hebatnya cinta bila adanya perkongsian… nak pulak bila pasangan suami isteri ambil masa untuk berjalan2 bersama2… pergi picnic ke.. bercuti kat mana2 ke…yg ada anak bawak anak2 sekali kan… peratusan stress yg boleh dihilangkan akanjadi 80%(30% jalan2 + 50% cinta)…

waaa banyakkan? Makanya hubungan kekeluargaan dan CINTA suami isteri tu yg paling sangat2 perlu dijaga… bila CINTA suami isteri dijaga… anak2 p

on akan bahagia punya ibu bapa yg penyayang dan saling menyintai sepenuh hati…dalam masa yg sama stress yg banyak pon bleh hilang bila kita tau n yakin keluarga kita sentiasa bersama kita…

sayang dan cinta keluarga boleh hilangkan 80% stress kalau kita tau mcm mn nak “gunakan”nya… tapi kan… ada lagi satu cara…cara terakhir ni boleh hilangkan 100% stress…



3. BERTERIMA KASIH(menghilangkan 100% stress) – Apabila kita tahu berterima kasih, maka stress akanlari dari hidup kita… maka berterima kasih la dengan org2 disekeliling kita kerana bila kita belajar untuk sentiasa berterima kasih, itu bererti kita sedang dalam sesi melatih diri untuk redha dan menerima apa sahaja seadanya dgn ikhlas hati… rasa redha akanbg kita ketenangan dan ketenangan itulah yg akanmenghambat segala stress2 yg datang…

dan yg terpaling penting… sentiasalah BERTERIMA KASIH kpd PENCIPTA YG SATU… kerana dengan berterima kasih kepadaNYA, bererti kita sentiasa mensyukuri apa jua nikmat, dugaan dan ujianNya…

Ya… apa jua yg terjadi, itu semua untuk kita hadapi, maka untuk hadapi apa jua yg datang dengan tenang dan senyuman, terpenting sekali kita belajarlah untuk BERSYUKUR KEPADA tuhan, kemudian sentiasa berterima kasih kepada org2 disekeliling kita…

Selamat Beramal....

Work!!

Hurm...Setelah Sekian Lama bercuti...Gara-gara menghabiskan Cuti ganti..Harini memulakan kerja dgn mo0d cuti lagi...bley...hurm...kerja2 dh mula ada...persiapan utk majlis sambutan maulidur rasul next year...persiapan dh pn bermula...kad2 dh pn mula dicetak...Arghhh.....tetiba rasa kusut je kat kepala.....nnti laa sambung blk....ade keje plak nie....

Tuesday, December 28

Korean Movie..My Girl..

My Girl is a romantic comedy. Joo Yoorin (Lee Da Hae) is a tour guide in a small company in charge of running mini tours in the Jeju Island of

South Korea. Ju Yu-rin lives with her father, who is

addicted to gambling. Yu-rin’s life is all lies and crises because of her father and his debts. When her father escapes the island to avoid his debtors, Yu-rin goes to work. She is determined to support herself and clear up the debts by selling oranges illegally picked from a hotel orchard and working as a tour guide on the island. Then, one day, she meets Seol Gong-chan, the sole heir to the L’Avenue Hotel fortune. To grant his grandfather’s dying wish, Gong-chan employs Yu-rin to act as his grandfather’s long-lost granddaughter. Offering a monthly salary plus a bonus, he asks her to do what she does best - to put on an act. Not wishing to lie to a dying man, yet desperate for the money, Yu-rin takes the offer and starts playing the long-lost granddaughter. Through a strange twist of fate, however, finding his granddaughter makes the grandfather so happy that he makes a complete recovery. Since they have claimed to be cousins, Gong-chan and Yu-rin are forced to live together under one roof, and as time passes, the attraction between them grows. However, love is forbidden for these two, who must pass as cousins.

Is a nice movie. Highly recommended!!



Haram Memakai Pakaian Santa Claus




-KLIK UTK BESARKAN IMAGE-

Wednesday, December 22

:::::Festival Nasyid Kebangsaan::::





Festival Nasyid Peringkat Kebangsaan Telah berlangsung dengan jayanya....Tahniah Kepada Semua Pemenang....

Thursday, December 16

Empat belas perkara sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram):

1. Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.

2. Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.

3. Menahan marah. Fadilatnya - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.

4. Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.

5. Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.

6. Bersedekah. Fadilatnya - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.

7. Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.

8. Mandi Sunat. Fadilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."

9. Bercelak. Fadilatnya - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.

10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000X. Fadilatnya - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.

11. Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala." Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11X.

12. Membaca "has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer". Fadilatnya - Tidak mati pada tahun ini.

13. Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.

14. Puasa. Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala." Fadilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

Wednesday, December 8

Majlis Perhimpunan Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1432H/2010M Disambut Meriah

Majlis Perhimpunan Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1432H/2010M telah berlangsung dengan jayanya pada 7 Disember 2010 di Dewan Planeri, Pusat Persidangan Antarabangsa Putrajaya (PICC). Seri Paduka Baginda Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah telah berkenan berangkat dan merasmikan majlis seterusnya menyampaikan hadiah kepada Tokoh Maal Hijrah 1432H.


Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bertitah bahawa peristiwa hijrah adalah detik bersejarah yang telah mengubah seluruh lanskap kehidupan umat manusia ketika itu. Di dalamnya terkandung semangat perpaduan, kasih sayang dan toleransi kaum dalam sesebuah negara. Perancangan pembangunan negara pasti akan terbantut sekiranya perpaduan dan keharmonian rakyat tidak dipertahankan bersama. Negara akan terdedah kepada kemunduran dan kehancuran sekiranya masyarakat saling curiga mencurigai serta saling bertelagah. Adalah menjadi tanggunjawab bersama bagi memastikan negara dalam keadaan aman dan berjaya untuk diwarisi oleh generasi akan datang.


Turut hadir memeriahkan Majlis Sambutan Maal Hijrah pada tahun ini YAB Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak dan YABhg. Datin Sri Rosmah binti Mansor, YAB Tan Sri Dato’ Hj. Muhyiddin bin Hj. Mohd. Yassin dan YABhg. Puan Sri Datin Hajah Noorainee binti Haji Abdul Rahman, YABhg. Tun Abdullah Bin Haji Ahmad Badawi, YABhg. Tun Dato’ Sri Ahmad Fairuz bin Dato’ Sheikh Abdul Halim dan isteri, YABhg. Tun Dr. Ahmad Sarji Bin Abdul Hamid dan isteri, dan dif-dif kehormat yang lain. Dewan Planeri dipenuhi lebih dari 3000 orang penonton yang terdiri dari kontinjen Jabatan Kerajaan, Badan Berkanun, Agensi Swasta dan orang awam.


Tema yang telah dipilih bagi sambutan Maal Hijrah pada tahun ini iaitu “1Malaysia 1Ummah”selaras dengan konsep “1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”. Bagi mengulas tema tersebut, YB Senator Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir bin Haji Baharom (B); Menteri di Jabatan Perdana Menteri selaku Pengerusi Jawatankuasa Induk Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1432H/2010M menyatakan dalam ucapan beliau bahawa teras perpaduan umat Islam haruslah sejati, tulus dan penuh dengan toleransi.

Nilai dan ideologi yang terkandung di dalam Rukun Negara perlu dijadikan kerangka utama rujukan paradigma dan integrasi seluruh rakyat Malaysia. Manakala Perlembagaan Persekutuan pula menjadi asas nombor wahid (satu) kepada kita semua.


Beliau juga menyatakan bahawa apabila persetujuan dan kefahaman sebegini dapat dimantapkan, baharulah kesinambungan kemakmuran dan kestabilan sosial, ekonomi dan politik negara akan terus mekar dan kekal.


Acara kemuncak bagi sambutan ini adalah pengumuman tokoh Maal Hijrah oleh YBhg. Dato’ Hj. Wan Mohamad bin Dato’ Sheikh Hj. Abdul Aziz; Ketua Pengarah Jakim dengan menyaksikan YBhg. Tan Sri Dato' Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz; Gabenor Bank Negara dinobatkan sebagai Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan bagi tahun 1432H/2010M.


Acara sambutan ini dimeriahkan lagi dengan bacaan doa yang disampaikan oleh gabungan Imam Besar Masjid Putra dan adik Muhammad An-Naim Yasim (finalis program realiti Adik-Adikku musim pertama), bacaan ayat-ayat suci al -Quran oleh Encik Wan Ainuddin Hilmi bin Abdullah (Naib Johan Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa ke-52 Tahun 1431H/ 2010M).


Majlis seterusnya diserikan dengan persembahan khas gabungan peserta program realiti Adik-Adikku musim pertama dan kedua seramai 47 orang serta persembahan qasidah oleh Ustaz Mohd Farid Ravi Abdullah. Antara bentuk persembahan yang dipaparkan ialah kisah kelahiran manusia, persembahan puisi, nyanyian dua buah lagu iaitu Tobat Maksiat dan Insya-Allah dan diakhiri persembahan lagu tema Maal Hijrah yang telah menyentuh perasaan semua hadirin yang hadir.


Barisan Dif Kehormat.


SPB YDPA sedang menyampaikan titah ucapan sempena Maal Hijrah 1432H/2010M.


Bacaan doa oleh Imam Besar Masjid Putra dan adik Muhammad An-Naim Yasim.


Antara tetamu VVIP yang hadir.


Persembahan khas :- adik Muhammad Qayyim Nizar Sarimi.




Antara kontinjen yang hadir.

Barisan artis persembahan.



Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More