Selamat Datang

Selamat Berkunjung Kepada Semua Pengunjung Setia Blog Saya.Still Enjoy With Me K.

Kumpulan Nasyid DG-Wa

Persembahan di Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 2009.

Selamat Menyambut Hari Raya AidilAdha

Salam IdulAdha Kepada semua Pengunjung setia Blog saya,Klik gambar Untuk Panduan Solat Idul Adha.

Salam Nuzul Al-Quran

Bersamalah kita mengejar Malam LailatulQadar...Moga Kita Memperolehinya.

Waksjournal2

Still Enjoy With Me.

Thursday, February 24

Jalan2 Cari Teh lagi!!


ermm....cam biasa...Dato'2 fasilitator nie memang xleh kalo xbelanja kteowg urus setia ni makan...so lets follow us...kite tgk kedai mana kami singgah kali ni...ermm...


Kemana laa destinasi kalian kali ni ek....gigih melintas jalan yee..papepn hati2 ek..


Tercari-cari kedai nampak...kedai mana kita nak pekena teh hari ni yee...hurm~~


Middle East namenye...ade ke Teh Tarik???


nie laa menu kami...restoran arab rupenye....ni pn xingat nak ambik gambar...tnggal separuh baru nak amik...huhu...separuh lagi dalam perut sudah...=)



ni laa natijah nye bawak kami makan...mmg habis dikerjakan....cme sayur jela kami xlarat nak telan...huhu..


Tenkiu our sponsorship...Dato'2 sekalian...huhu..ust Majdi pewut dh kekenyangan dh tu...sampai nk senyum pn dah xbley dh..huhu..



gambar nie saje je amik...kalo nak taw cite pasaipe gambar ni di ambil tgk la entry sebelum ni...huhu..

Papepn...terima kasih yang tak terhingga kepada Dato' Muhamad bin Hasri & Dato' Salehudin bin Omar atas kesudian belanja kami...laen kali belanja lagi la ye...huhu..

p/s: setakat ni kalo bengkel ngan dieowg xpenah lagi dieowg miss nak belanja kteowg makan...=)

Wednesday, February 23

Satu Iltizam

erm...tgh borink sebenarnye...so saje laa nak upload sikit video xberapa nak klip laa..huhu..so lets layannnnn k...



Lagu : Mohd Taufik bin Nordin
Lirik : Muhammad bin Muhammad Tawil

:::::SELAMAT MENONTON:::::

Tuesday, February 22

Penyelesaian Lapar...hehe!!

erm seperti semua orang taw...aku skang di kuching sarawak...ada bengkel ....dipendekkan cite disebabkan pewut lapar tadi (gara2 tak makan tengahari) Fasilitator2 memPELAWA aku tuk join die pi jalan2 cari teh tarik...kebiasaannya kalo ade bengkel ngan Dato'2 Fasilitator ni memang tak sah kalo tak pi minum2 "MANJA"...huhu....so pelagi..aku n the geng follow jelaa...kteowg gerak by LEG je....dekat je pun..so lets tengok...dimanakah destinasi kami...heheh...


our journey pn bermula...eyaahh!!


ermm..kat sini ke...bukan2...next....huhu..


adakah disini destinasinya...hurmm..


yeah...betul...welkam2...si zizi dah xsabaq nk makan...huhu


thats our menu...+kek indulgence ngan makaroni pe ntah...huhu..


masing-masing balik ngan hati senang dan perut kenyang..lalala.(bukan maen suka si pungkok)


masing2 berjalan ngan kekenyangan...huhu..


perghh...ske ar tue..dapat bergambar belakang hotel...ish3...


tak lupa pada our sponsorship.....huhu...berbatik kuning.....tenkiu Dato'...


p/s:dalam perjalanan balik kami dikejutkan dengan ini..


erm...xtaw laa...demonstrasi pasai pe??SBEU...Who Know??huhu

Laparrr =(


erm...gara-gara letih sangat tadi...pas habis bengkel jam 12.30 tghari tadi aku terus bergegas ke bilik utk TIDUR...ngantuk sangat kot...terkejut kat ngan kol 2.00 siap2 solat semua bergegas la turun ke Cafe...skali tgk dieowg dh kemas dh...bley...hurmm...tulaa laen kali makan dulu...ni tak...tapikan owg cakap pas makan terus tido pewut leh BUNCIT...xmo laa kalo gitu...habistu perut leh tahan lapar gak ni...berkeroncong+ghazal dah ni...=(

Monday, February 21

21/Feb/2011---Di Kuching Sarawak....

hari pertama di Grand Continental Kuching, Sarawak....erm sblom tu nak cite cikit...Air Asia tadi delay kat 30 minit...pastu sampai kat kol 2 ptg tadi...tnggu beg+kotak2+cop imigresen...kol 3pm bru gerak ke Hotel...


So bermula lah aktiviti pertama...'susun silang kata' huhu
steady laa rajin...huhu...



Menu Dinner tadi...not bad laa...ayam masak black pepper+ikan tenggiri masak pe ntah+sayur kobis goreng..pastu ngan sup cendawan...yummy~~


nie dessert nye...kuih apom+macam kuih bakar...tapi warna putih..yg penting die tak manis....dan buah limau untuk potong lemak...opss!!



erm tu jelaa....so malam ni sessi taklimat....nak chow sin chi dlu...kalo rajin pakcik update lagi yer...

Friday, February 18

VOTE 4 RAQIB!!!

ermm..jgn lpe ek..VOTE 4 My frens k....u just Follow this step...

01 : Daftar ASTRO kat sini

02: Pastu satu email akan dihantar kepada anda untuk pengesahan

03: Kemudian klik pada link tersebut.

04: log in

05: Kemudian ke pautan ini

06: Klik 'saya nak undi'

07: dan Cari RAQIB dari MELAKA k...

p/s: Undian Hanya boleh dibuat sekali sehari...so meh laa ramai2 vote 4 my frens HARI-HARI k...tenkiu all.....




Thursday, February 17

Punch Kad Akhirat



PUNCH KAD AKHIRAT DAN KETIDAKADILAN MANUSIA KEPADA ALLAH

Assalamualaikum

Kita selalu risau dan cuba untuk menghindari agar punch kad tidak berwarna merah kerana ianya mempengaruhi prestasi kerja kita kepada pihak pengurusan.Oleh sebab itu kita sanggup datang seawal yang mungkin walaupun ketika pergi kerja, anak masih tidur lena. Ada juga yang ketika hujan lebat kita sanggup meredah hujan dalam keadaan basah kuyup semata-mata tak nak mencipta rekod punch kad merah..ALHAMDULILLAH.. inilah ciri-ciri orang yang menjaga amanah demi mencari rezeki yang halal..

TETAPI

Adakah kerisauan kita terhadap situasi di atas sama dengan kerisauan kita jika terlambat menunaikan SOLAT DI AWAL WAKTU??. Adakah kita risau jika tidak mendatangi solat berjemaah untuk meraih 27 fadilat?? Tidakkah kita risau suatu hari kelak Allah menilai prestasi solat secara detail dan lebih detail daripada pakar-pakar audit yang selalu kita takuti. Mungkin selama ini kita selalu melambat-lambatkan solat dengan pelbagai alasan. Sekiranya alasan-alasan itu jujur dan benar, maka itu adalah hujah di dihadapan Allah kelak. Seandainya alasan itu dusta, maka orang yang sengaja melambat-lambatkan solat ( tanpa keuzuran/masyaqqah ) kelak dia akan dihumbankan ke dalam neraka WAIL…Maksud firman Allah “Celakalah orang-orang yang Solat. Yakni orang-orang yang lalai dari solatnya” ( Surah Al-Maun:5-6 ) . Sila rujuk tafsir makna lalai dari solat.

SOLAT ADALAH AMALAN YANG PALING UTAMA DIHISAB DI AKHIRAT KELAK. Sila rujuk hadis dalam laman web JAKIM . Ingatlah! bahawa Solat Keutamaan Utama ( SKU ) di akhirat.

Untuk diri saya yang ingin dikongsi bersama..

Tuesday, February 15

Muhammad SAW...

Monday, February 14

Raptai Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan 1432H/2011M

Alhamdulillah..settle sudah Raptai Maulid tadi..ade banyak sudut yang kene perbaiki lagi bagi melancarkan perjalanan majlis...so layan laa sikit beberapa gamba yang aku sempat snap...k

pandangan pentas yang
belum siap sepenuhnya lagi...



perbincangan yang giat diadakan
bagi memastikan majlis berjalan lancar



perbincangan lagi...


persiapan terakhir dari Adik-Adikku siri 1 dan 2
bagi memastikan persembahan mereka tidak terganggu

p/s
so kepada semua kontinjen yang terlibat...anda dinasihatkan agar bersiap-siaga awal k..semua warga putrajaya ayuh sama2 kita memeriahkan majlis Sambutan ini

Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan 1432H/2011M

:::Klik Image utk :::

Orang Ramai Dijemput Hadir bagi memeriahkan Majlis

Sunday, February 13

Bermula Raptai Maulid Nabi..


Erm...Sok dah Stat Raptai Penuh Majlis sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan 1432H bersamaan 2011M..so kepada semua yang terlibat jgn lpe ye sok...
P/S...jgn lpe yee..pastikan anda sudah mengambil pas2 yang berkenaan k..utk memudahkan orang mengenali anda..huhu..


Friday, February 4

Syurga Orang Kafir; Penjara Orang Mukmin

Riwayat:

(Muslim)

Kategori:

Akidah

Hadith:

Dari Abu Hurairah r.a katanya:Rasulullah s.a.w bersabda:Dunia penjara bagi orang mukmin dan syurga bagi orang kafir.

Huraian Hadith:

Dunia ini harus kita nikmati dengan mengikuti segala perintah Allah dan menjauhi larangan-Nya. Dikatakan bahawa dunia adalah penjara bagi mukmin kerana di dunia manusia terdedah dengan pelbagai macam godaan dan ancaman yang mencabar keimanan. Bahkan apa yang dilarang oleh agama itu selalunya menjadi kesukaan nafsu manusia. Namun hakikatnya laranga-larangan itu adalah demi kebaikan dan kesejahteraan manusia itu sendiri agar tidak terjebak ke lembah kebinasaan. Berbeza pula bagi golongan kafir mereka bebas melakukan apa sahaja sehingga akhirnya mereka merosakkan jiwa dan diri mereka sendiri. Inilah hakikat dunia yang akan menjadikan manusia yang alpa tenggelam di dalamnya. Sebab itu kita selaku orang mukmin diseru agar memanfaatkan dunia dengan bijaksana iaitu apabila kita berusaha memanfaatkan kehidupan dunia sebagai jambatan menuju kebahagiaan akhirat, maka Allah akan memberikan kedua-dua-nya (kebahagiaan dunia dan akhirat). Namun sekiranya kita hanya mengutamakan kehidupan dunia dan melupakan akhirat, maka Allah hanya akan memberikan satu kenikmatan sahaja iaitu dunia semata. Sedangkan di akhirat kelak kita mendapat kerugian yang banyak.

Sumber:Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Pelajar Malaysia Di Mesir Pulang

KUALA LUMPUR: Pesawat pertama dalam misi membawa keluar rakyat Malaysia dari Mesir dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 5 pagi esok.

Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Shahlan Ismail berkata penerbangan pertama membawa 309 orang termasuk pelajar serta mereka yang uzur dan wanita mengandung itu akan berlepas dari Kaherah, pada 1 tengah hari ini waktu tempatan (7 malam waktu Malaysia).

Beliau berkata satu lagi penerbangan akan turut berlepas pada waktu yang sama dan akan membawa 345 orang pelajar Malaysia namun pesawat itu akan mendarat di Jeddah sebelum berpatah balik ke Kaherah untuk menyambung misi.

Shahlan kini berada di Kaherah untuk memantau keadaan di negara yang bergolak itu atas arahan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata esok kerjasama antara Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM), Air Asia dan Sistem Penerbangan Malaysia Berhad (MAS) akan melakukan 12 kali penerbangan membawa pelajar dan rakyat Malaysia keluar dari Kaherah.

"Tiga pesawat iaitu dua Air Asia dan satu pesawat MAS akan terbang terus ke KLIA. Bagaimanapun tiga pesawat Charlie C-130 milik TUDM akan melakukan penerbangan ulang alik dari Kaherah ke Jeddah di Arab Saudi," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Shahlan berkata operasi membawa keluar melalui jalan udara melibatkan pemindahan kira-kira 1,000 orang rakyat Malaysia.

Beliau berkata Sabtu ini pula, sebuah kapal Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM) KD Bunga Mas 5 akan membawa keluar kira-kira 500 orang pelajar dan rakyat Malaysia dan dijangka terus belayar ke Pelabuhan Klang.

Shahlan berkata keseluruhan operasi melibatkan 5,000 orang rakyat Malaysia yang terperangkap di Mesir.

Katanya kerajaan melalui Kementerian Luar dan Majlis Keselamatan Negara sedang melakukan yang terbaik untuk membawa keluar semua 11,000 rakyat Malaysia di Mesir.

"Kita gerakkan pelajar dari semua bandar seperti Kaherah, Iskandariah, Mansoura, Tartar dan Zagazig serta semua bandar-bandar kecil yang lain jadi ia memerlukan perancangan yang teliti.

"Kita berharap semuanya akan berjalan lancar dan operasi pemindahan seterusnya akan dirancang sebaik selesai perancangan pertama misi membawa pulang," katanya.BERNAMA

P/s :semoga semuanya selamat kembali ke tanah air dan berada dalam keadaan sihat hendaknya...expecially my belloved frens Yusri Arif, Siti Rafhanah dan Akmal....May Allah Bless U...

Nicol buka tirai dengan kekalahan


PEMAIN skuasy wanita No. 1 dunia, Datuk Nicol David gagal dalam percubaannya untuk meraih gelaran juara pertama pada kejohanan anjuran Persatuan Pemain Skuasy Wanita Antarabangsa (Wispa) bagi musim 2011.

Nicol (gambar) kalah kepada pemain England, Laura Massaro 9-11, 7-11, 11-9, 8-11 pada perlawa- nan akhir Kejohanan Cleveland Racquet Classic 2011 yang berlangsung di Cleveland Racquet Club, Ohio, Amerika Syarikat kelmarin.

"Inilah permainan terbaik saya," kata Massaro ketika mengulas kemenangannya seperti yang tersiar dalam laman web skuasy www.squashsite.co.uk.

Nicol yang menjadi pemain profesional pada 2000, belum pernah kalah kepada Massaro dalam lapan pertemuan mereka sebelum ini.

Pada peringkat separuh akhir kejohanan itu, Nicol, yang dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Wispa buat kali kelima berturut- turut dua minggu lepas, mengalahkan Annie Au dari Hong Kong 11-5, 11-6, 11-7.

Sebelum berjumpa Nicol pada perlawanan akhir, Massaro selaku pemain no. 9 dunia, menga- lahkan Madeline Perry dari Ireland 11-8, 11-9, 9-11, 11-5.

P/s: Xpelaa...sekurang2nye die leh improve pada perlawanan akan dtg k...semoga bertambah semangat..

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More