Selamat Datang

Selamat Berkunjung Kepada Semua Pengunjung Setia Blog Saya.Still Enjoy With Me K.

Kumpulan Nasyid DG-Wa

Persembahan di Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 2009.

Selamat Menyambut Hari Raya AidilAdha

Salam IdulAdha Kepada semua Pengunjung setia Blog saya,Klik gambar Untuk Panduan Solat Idul Adha.

Salam Nuzul Al-Quran

Bersamalah kita mengejar Malam LailatulQadar...Moga Kita Memperolehinya.

Waksjournal2

Still Enjoy With Me.

Thursday, April 14

Majlis Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan Kali ke 32 di Kuantan, Pahang

Majlis Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsan Kali Ke-32 telah berlangsung di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah Kuantan, Pahang dengan jayanya. Majlis telah diadakan selama 5 hari berturut-turut dalam dua sesi; pagi dan malam setiap hari. Majlis Pembukaan telah dirasmikan oleh Menteri Besar Pahang; YAB Dato’ Sri Diraja Haji Adnan Bin Haji Yaakob manakala Majlis Perasmian Penutup serta Pengurniaan Hadiah telah disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’adzam Shah dan Duli Yang Maha Mulia Sultanah Pahang Sultanah Hajjah Kalsom.

Majlis menghafaz kebangsaan tahun ini menyaksikan penyertaan seramai 68 orang peserta terdiri dari 39 orang peserta lelaki dan 29 peserta perempuan. Seramai 24 orang peserta mengambil bahagian tahap hafazan 10 juzuk serta tarannum, 23 orang peserta dalam tahap hafazan 20 juzuk dan 21 orang dalam tahap hafazan 30 juzuk beserta tafsir.

Pada keseluruhannya, jemaah hakim sangat berpuas hati dengan mutu hafazan para peserta tahun ini. Dari 68 orang peserta yang mengambil bahagian, seramai 42 orang peserta mencapai markah melebihi 90% iaitu 29 orang peserta lelaki dan 13 orang peserta perempuan. Manakala yang mendapat markah dalam lingkungan 80% ialah berjumlah 15 orang, iaitu 6 orang peserta lelaki dan 9 orang peserta perempuan. 11 orang peserta lagi memperoleh markah di bawah 80%.

Bagi tahap 1 – 10 juzu' berserta tarannum bahagian lelaki, keseluruhan penyertaan iaitu seramai 13 orang peserta telah memperoleh markah melebihi 90%. Manakala 7 orang peserta perempuan dari 11 penyertaan dalam tahap yang sama mendapat markah lebih 90%.

Sementara dalam tahap 1 - 20 juzu' pula, seramai 10 orang peserta lelaki dari 14 penyertaan berjaya memperolehi markah 90% ke atas.

Manakala bagi tahap 1 – 30 juzu' berserta tafsir, seramai 10 orang peserta dari 21 penyertaan berjaya memperoleh markah melebihi 90% iaitu 6 orang peserta lelaki dan 4 orang peserta perempuan.

Sehubungan itu, perbezaan markah antara pemenang dan lain-lain peserta adalah sangat tipis dalam semua tahap hafazan. Ia secara tidak langsung menunjukkan peningkatan keseluruhan prestasi dan mutu hafazan para peserta Majlis Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan kali ini.

Kebiasaannya, peserta yang cemerlang dalam Majlis Menghafaz Peringkat Kebangsaan ini akan berpeluang mewakili negara dalam Majlis Menghafaz Peringkat Antarabangsa di luar negara, sebagaimana seramai 29 orang peserta menghafaz tahun lalu telah mewakili Malaysia di peringkat antarabangsa di 8 buah negara. Usaha yang gigih dan berterusan dari semua pihak perlu digandakan bagi melahirkan para huffaz yang berwibawa dan berkualiti.

Keputusan penuh Majlis Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan Kali ke-32:-

A. Kategori 1 - 10 juzuk (lelaki)

(i) Tempat Ketiga:

Markah : 96.30 %
Nama : Mohd Rashid Ridha Bin Mohd Shukri
Negeri : Wilayah Persekutuan


(Ii) Tempat Kedua:

Markah : 97.12 %
Nama : Mohd Azis Badli Bin Azmi
Negeri : Kelantan


(Iii) Tempat Pertama:

Markah : 97.60 %
Nama : Ahmad Zaki Bin Md. Yusof
Negeri : Kedah



B. Kategori 1 - 10 juzuk (perempuan)

(i) Tempat Ketiga:


Markah : 95.37 %
Nama : Farah Faqihah Binti Mohd Iqbal
Negeri : Pahang

(ii) Tempat Kedua:


Markah : 96.49 %
Nama : Putri Nur Nadia Binti Bakri
Negeri : Wilayah Pesekutuan


(Iii) Tempat Pertama:

Markah : 97.21 %
Nama : Radhiah binti Abdul Rahman
Negeri : Kelantan



C. Kategori 1 - 20 juzuk (lelaki)

(i) Tempat Ketiga:

Markah : 95.13 %
Nama : Razlan Bin Ramli
Negeri : Negeri Sembilan


(ii) Tempat Kedua:

Markah : 96.21 %
Nama : Muhammad Syafiee Salihin Bin Hasan
Negeri : Kelantan


(iii) Tempat Pertama:

Markah : 96.45 %
Nama : Muhammad Khairul Razikin B. Abd. Razak
Negeri : Sabah



D. Kategori 1 - 20 juzuk (perempuan)

(i) Tempat Ketiga:

Markah : 87.31 %
Nama : Siti Hajar binti Wan Ibrahim
Negeri : Pahang


(ii) Tempat Kedua:

Markah : 93.15 %
Nama : Nur Amalina Binti Azharuddin
Negeri : Melaka


(iii) Tempat Pertama:

Markah : 96.18 %
Nama : Farihah binti Zulkifli
Negeri : Wilayah Persekutuan



E. Kategori 1 - 30 juzuk (lelaki)

(i) Tempat Ketiga:

Markah : 95.58 %
Nama : Muhammad Ismail Bin Hasanuddin
Negeri : Pahang


(ii) Tempat Kedua:

Markah : 96.03 %
Nama : Khairul Anuar Bin Mohd Dahnan
Negeri : Perak


(iii) Tempat Pertama:
Markah : 97.58
Nama : Muhammad Haris Syazwan Bin Mohd Ariffin
Negeri : Kelantan




F. Kategori 1 - 30 juzuk (perempuan)

(i) Tempat Ketiga:

Markah : 90.88 %
Nama : Nurul Atikah Binti Sharudin
Negeri : Perak


(ii) Tempat Kedua:

Markah : 93.35 %
Nama : Jueziatul Husna Binti Ariffin
Negeri : Terengganu


(iii) Tempat Pertama:

Markah : 95.05 %
Nama : Farah Nabilah Binti Amindin
Negeri : Selangor


Keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’adzam Shah dan Duli Yang Maha Mulia Sultanah Pahang, Sultanah Hajjah Kalsom ke Majlis Penutupan dan Pengurniaan Hadiah Kepada Pemenang.


Titah Ucapan Perasmian Penutup Oleh DYMM Sultan Pahang

Persembahan Peserta Terbaik Lelaki,
Muhammad Haris Syazwan Bin Mohd Ariffin dari Negeri Kelantan

Bacaan Peserta Terbaik Perempuan,
Farah Nabilah Binti Amindin dari Negeri Selangor

Jemaah Hakim bergambar kenangan bersama DYMM Sultan dan Sultanah Pahang

Para Pemenang bergambar kenangan bersama DYMM Sultan dan Sultanah Pahang

Wednesday, April 13

Dunia-Mak nyah Malaysia tinggalkan suami mat salih kerana disisih

Kosmo! Online - Dunia

Mak nyah Malaysia tinggalkan suami mat salih kerana disisih


GAMBAR perkahwinan Ian Young dan Fatine pada 2009.


LONDON – Sikap dingin suaminya, Ian Young menjadi punca mak nyah dari Malaysia, Fatine meninggalkan dia dua minggu selepas lelaki Inggeris berkenaan, Ian Young membantunya mendapatkan hak untuk menetap di Britain, lapor sebuah akhbar Daily Mail semalam.

Fatine, 38, akhirnya memutuskan untuk memberi penjelasan tentang punca perpisahan mereka selepas suaminya yang berusia 32 tahun itu mendakwa, dia ditinggalkan tanpa alasan setelah membelanjakan £12,000 (RM59,061) bagi membantu mendapatkan visa isterinya.

Fatine berkata, dia melakukan pengorbanan besar dengan berhijrah ke Britain dan tinggal dengan Young tetapi akhirnya, dia disisihkan lelaki itu.

Suami Fatine sebelum ini berkerja sebagai penyelenggara bangunan sekolah di Derby, England.

“Dia (Young) meminggirkan saya. Amat sengsara apabila lelaki yang anda cinta dingin terhadap anda. Saya berkorban segalanya demi dia,” kata Fatine.

Menurutnya, pada malam sebelum dia meninggalkan suaminya, mereka bergaduh besar.

Young kemudian bergegas meninggalkan kediaman mereka di Pear Tree, Derby.

“Dia meninggalkan saya tanpa memberikan saya sesen pun,” kata Fatine.

Suaminya sebelum ini memberitahu, dia terpaksa menganggur selepas diberhentikan dari tiga buah sekolah di Derby kerana tekanan ibu bapa yang marah dengan gaya hidup homoseks mereka.

Young turut kehilangan rumahnya dan pernah cuba membunuh diri dengan menelan sejumlah pil.

Bibit-bibit cinta pasangan itu bermula apabila Young berkenalan dengan Fatine semasa dia bekerja sebagai pengawal keselamatan di Malaysia. Pasangan itu pertama kali berbual di sebuah kedai kopi dan ketika itu, Young tidak tahu bahawa Fatine ialah seorang mak nyah.

Selepas mak nyah itu mendedahkan siapa dirinya yang sebenar, hubungan mereka terus mekar.

Young pernah menjalin hubungan cinta selama lapan tahun dengan seorang wanita tetapi memutuskan untuk menukar selera seksnya selepas bertemu Fatine.

Fatine kemudian berhijrah ke Derby dan pasangan tersebut berkahwin dalam satu majlis sivil di Pejabat Pendaftar Derby pada 2009.

Masalah mereka bermula apabila permohonan visa Fatine ditolak oleh Pejabat Dalam Negeri Britain.

Mereka terpaksa mengemukakan rayuan beberapa kali dengan menyatakan, Fatine boleh dipenjarakan jika dia kembali ke Malaysia kerana negara berkenaan melarang hubungan homoseks.

Bagi mengukuhkan alasan mereka, Fatine turut menyatakan, nyawanya terancam sekiranya dia pulang ke Malaysia kerana terdapat ugutan bunuh yang dibuat terhadapnya di sebuah laman web di negara itu.

“Kami terpaksa memohon visa sebanyak lima kali dan kosnya mencecah ribuan pound sterling. Saya pula berkerja sebagai penyelenggara sebuah sekolah kecil dengan gaji cuma £640 (RM3,160) sebulan,” kata Young sebelum ini.

Mengulas mengenai kenyataan suaminya itu, Fatine yang kini tinggal berasingan bersama seorang rakannya memberitahu, dia bukan berkahwin dengan Young semata-mata untuk mendapatkan visa.

“Saya menyintainya bukan kerana visa. Saya tiada rakan, tiada keluarga di Britain, saya terpaksa bergantung hidup sepenuhnya kepada suami saya. Namun, bagaimana kami boleh berbaik semula sedangkan dia (Young) pernah berkata perkara buruk terhadap saya,” kata Fatine.

Menurut mak nyah itu, dia sedang mencari pekerjaan untuk memulakan hidup baru di Britain.

Dia kini menyara hidup dengan menerima elaun pengangguran di negara Eropah itu. Nama lelaki Fatine ialah Mohammed Fazdil Min Bahari.

Ketika ditanya sama ada dia mengabaikan isterinya, Young mengakui perkara tersebut pernah berlaku.

“Saya mengaku saya mengabaikan Fatine apabila saya tertekan. Saya juga ingin memberitahunya bahawa kami boleh menempuh segala kesusahan bersama-sama tetapi dia tidak berminat untuk mendengarnya,” ujar Young.

“Saya kini cuba memulakan perniagaan sendiri. Ya, saya masih banyak berhutang tetapi saya cuba untuk bangun semula,” tambahnya. – Agensi

Sukan-Dibelasah Perak 4-0, Kelantan turun takhta

Utusan Malaysia Online - Sukan

Dibelasah Perak 4-0, Kelantan turun takhta


Pemain Perak, Akmal Rizal (kiri) dihalang pemain Kelantan, Mohd. Farisham Ismail pada perlawanan Liga Super di Stadium Perak, semalam. – UTUSAN/Mohd. Najib Mohd. Nor


KUALA LUMPUR – Perak membuktikan bisa di gelanggang sendiri apabila membelasah Kelantan 4-0 pada perlawanan Liga Super di Stadium Perak, Ipoh.

Kekalahan tersebut menyebabkan skuad Datuk M. Karathu terpaksa menyerahkan takhta liga kepada Selangor, yang menang 1- 0 ke atas Felda United di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur.

Lebih malang kekalahan tersebut menyebabkan Kelantan tercicir ke tangga keempat di belakang Selangor, Perak dan Terengganu.

Pada pertembungan hangat di Ipoh, anak buah Norizan Bakar garang apabila meraih gol pembukaan seawal minit kelima menerusi gerakan solo Mohd. Fazrul Hazli Kadri.

Gol awal itu menyemarakkan pasukan tuan rumah sehingga menghasilkan jaringan kedua pada minit ke-29 menerusi kerja keras Akmal Rizal Ahmad Rakhli, yang melakukan hantaran dari sebelah kiri sebelum disambar Mohd. Shafiq Jamal yang menewaskan penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat.

Perak memadam semangat Kelantan melalui gol ketiga menerusi rembatan jarak jauh Akmal Rizal pada minit ke-80.

Pemain kontroversi, Razali Umar Kandasamy yang masuk selaku pemain gantian, menambahkan derita Red Warriors menerusi jaringan terakhir Perak, dua minit kemudian.

Fadzli Saari menjaringkan gol tunggal Selangor pada minit ke-31 bagi membolehkan Red Giant melakar kemenangan tipis ke atas Felda United, 1-0.

Di Stadium Sultan Ismail Nasirrudin Shah, T-Team kalah 0-1 kepada Terengganu menerusi Jaringan Abdul Hadi Yahya pada minit ke-47.

Luar Negara-Perancis bolehkan dedah payu dara, purdah haram

Utusan Malaysia Online - Luar Negara


Nayet (tengah) dan Kenza Drider (kiri), keluar dari balai polis selepas ditahan kerana memakai purdah di Paris, semalam. – REUTERS

PARIS 12 April – Undang-undang pertama di dunia yang mengharamkan pemakaian purdah mula berkuat kuasa di Perancis semalam, bermakna wanita boleh mendedahkan payu dara di Cannes tetapi tidak boleh menutup muka di Champs-Elysees.

Dua wanita berpurdah ditangkap semasa menyertai satu protes di bandar raya ini hanya beberapa jam selepas pengharaman itu berkuat kuasa semalam, tetapi tidak jelas sama ada mereka turut didenda sebanyak AS$125 (RM645) di bawah undang-undang tersebut.

Demonstrasi yang diharamkan itu, di dataran berbatu menghadap gereja Notre Dame, penuh simbolik dengan sejarah zaman pertengahan Perancis dan semangat memberontak yang biasa ditunjukkan oleh warganya pada zaman moden.

Sesetengah pihak melihat pengharaman itu sebagai menandakan sentimen Islamofobia yang semakin menular.

Namun, kerajaan Presiden Nicolas Sarkozy mempertahankan undang-undang itu sebagai benteng yang melindungi identiti Perancis daripada ketidaksamaan dan fahaman pelampau.


Pengarah filem porno, Rocco Siffredi bersama pelakon porno di Cannes, Perancis, baru-baru ini. – REUTERS


Polis pula merungut, undang-undang baru itu sukar dikuatkuasakan.

“Undang-undang itu sangat jelas. Menyembunyikan muka anda di tempat awam menjadi sebab untuk dikenakan tindakan,” kata Menteri Dalam Negeri, Claude Gueant pada mesyuarat Kesatuan Eropah (EU) di Luxembourg, semalam.

Beliau berkata, pengharaman tersebut melindungi dua prinsip asas iaitu sekularisme dan prinsip kesamarataan antara lelaki dan wanita.

Undang-undang itu hanya akan menjejaskan kehidupan kira-kira 2,000 wanita Islam di Perancis yang memakai purdah (dikenali sebagai niqab di sini) dan burqa, tetapi ramai penduduk Islam melihatnya sebagai penghinaan terhadap agama mereka.

Walaupun mendapat sokongan meluas rakyat Perancis semasa diluluskan pada tahun lepas, undang-undang tersebut membimbangkan sekutu Paris, mencetuskan protes di luar negara dan melambangkan kesukaran negara ini untuk mengintegrasikan penduduk Islam yang berasal daripada kaum pendatang. – Agensi

Bicara Agama-Cara Melupuskan Harta Haram


Utusan Malaysia Online - Bicara Agama

Memang tidak dapat dinafikan ada ketikanya kita terleka dan terlalai dalam kehidupan di dunia. Ini termasuk pernah terlibat sama ada secara sengaja atau tidak sengaja dalam aktiviti atau pekerjaan yang tidak bertepatan dengan syariah sebelum ini. Penglibatan ini akhirnya menyebabkan kita memperolehi pendapatan sama ada dalam bentuk gaji, komisen, dividen, keuntungan dan sebagainya secara yang tidak halal.

Penglibatan ini bukan sahaja menyebabkan orang yang terlibat melakukannya mendapat dosa, bahkan pendapatan serta hartanya pula menjadi haram.

Harta haram yang dimaksudkan di sini ialah yang diperolehi melalui jalan atau kaedah yang bercanggah dengan syarak. Ini termasuk faedah yang diperolehi dari akaun simpanan di bank-bank konvensional.

Justeru, mereka yang menyedari akan hakikat ini akan segera bertaubat kepada Allah SWT dan kembali ke pangkal jalan. Bahkan, wajib bagi mereka untuk bersegera dalam bertaubat dengan tidak bertangguh.

Ini berdasarkan firman Allah SWT yang bermaksud: Sesungguhnya taubat di sisi Allah hanyalah taubat bagi orang-orang yang mengerjakan kejahatan lantaran kejahilan, yang kemudian mereka bertaubat dengan segera, maka mereka itulah yang diterima Allah taubatnya; dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. (an-Nisaa': 17)

Imam Al-Ghazali turut mengulas isu yang sama dengan berkata: Wajibnya taubat itu adalah dengan segera tanpa sebarang keraguan dan tangguh, kerana sifat maksiat itu pemusnah iman seseorang. (Ihya 'Ulumiddin, 4/7)

Antara syarat bertaubat kepada Allah kerana mendapat harta haram adalah dengan cara melupuskannya. Perkataan 'melupuskan' sengaja digunakan kerana orang yang terlibat tidak boleh memanfaatkan harta tersebut untuk dirinya sama ada untuk membuat pembelian dan urusniaga-urusniaga yang lain.

Bahkan, Allah tidak memberikan pahala sekiranya dia menggunakan harta tersebut untuk menunaikan haji dan umrah, membayar zakat dan menderma kepada golongan fakir miskin.

Ini berdasarkan sabda Nabi SAW: "Barang siapa yang mengumpulkan harta yang haram kemudian mendermakannya, tiadalah baginya sebarang pahala dan tanggungan dosanya tersebut adalah kekal (sehingga dia bertaubat kepada Allah SWT)". (riwayat al-Hakim)

Nabi SAW juga bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya Allah itu baik dan tidak menerima kecuali sesuatu yang baik. (riwayat Muslim).

Demikianlah betapa beratnya bahana dari pengambilan harta haram sehingga Allah SWT tidak menerima amalan yang berkaitan dengan harta tersebut. Maka, para fuqaha telah mendatangkan beberapa penyelesaian untuk menyelesaikan dilema pemilik harta haram yang ingin bertaubat.

Bicara Agama-Hindari Sifat Marah


Utusan Malaysia Online - Bicara Agama

SEMEMANGNYA hidup ini banyak cabaran, banyak dugaan dan penuh dengan liku-liku dan ranjau yang harus dilalui dan dihadapi dengan penuh kesabaran dan ketenangan.

Cabaran dan dugaan itu bermacam-macam bentuk, ada berbentuk kesusahan, kesengsaraan dan ada pula berbentuk kesenangan dan kegembiraan.

Jika kesenangan yang diperolehi, gembiralah hati kita dan jika kesusahan yang menimpa, maka akan kecewalah dan marahlah kita.

Sifat marah adalah suatu sifat yang tetap ada pada diri seseorang, tinggal lagi hendaklah kena pada tempatnya, bukan mengikut perasaan dan hawa nafsu.

Bagi orang Islam yang beriman, sifat sabar adalah menjadi perisai dalam menghadapi segala cabaran dan dugaan dan sentiasa reda dengan takdir Allah SWT bahkan insaf terhadap-Nya.

Ini kerana mereka sedar sifat marah itu amat dibenci oleh Allah SWT dan Rasul-Nya sehingga Rasulullah SAW banyak berpesan supaya jangan bersifat marah.

Ia sebagaimana sabda baginda yang maksudnya: Dari Abu Hurairah r.a bahawa ada seorang lelaki telah berkata kepada Nabi Muhammad SAW: Berpesanlah kepadaku, lalu baginda bersabda : Jangan marah. Orang itu mengulangi lagi beberapa kali minta dipesani, maka baginda masih tetap bersabda : Jangan marah. (riwayat Bukhari).

Memanglah benar bahawa perkara-perkara yang menyebabkan timbulnya kemarahan itu amat banyak khususnya cabaran-cabaran masa kini yang ditambah pula dengan kerenah-kerenah manusia itu sendiri.

Sebenarnya sifat marah itu tidak menjadi kesalahan jika kena pada tempatnya dan dengan tujuan yang baik iaitu untuk menyedarkan orang yang melanggar perintah Allah SWT dan Rasul-Nya.

Tetapi yang sebaik-baiknya, elakkanlah dari berlaku perkara sedemikian, kerana marah boleh menimbulkan keburukan dan permusuhan, bukan saja kepada orang lain tetapi kepada diri sendiri.

Oleh itu agama Islam telah mengajar kita bahawa jika kita marah, maka lekas-lekaslah kita mengambil wuduk supaya kita merasa tenang dan tenteram. Di samping itu, kita hendaklah bersifat sabar dan mudah memberi maaf kepada orang yang melakukan kesalahan.

Firman Allah SWT yang bermaksud: Dan juga lebih baik dan lebih kekal bagi orang-orang yang menjauhi dosa-dosa besar serta perbuatan-perbuatan yang keji dan apabila mereka marah disebabkan perbuatan yang tidak patut terhadap mereka, mereka memaafkannya.(asy-Syuura: 37)

Rasulullah SAW bersabda: "Dari 'Atiah r.a, dia berkata, Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya marah itu daripada syaitan dan syaitan itu diciptakan daripada api dan sesungguhnya api itu terpadam dengan air, maka apabila salah seorang dari kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk (riwayat Abu Daud)."

Menjauhkan diri dari bersifat marah itu mempunyai banyak hikmah antaranya boleh mengelakkan berlakunya sifat dengki, dendam, benci, buruk sangka, memendam perasaan tidak baik terhadap seseorang dan bermacam-macam lagi sifat yang tidak baik.

Kedua, supaya kita akan dapat mencontohi akhlak mulia Rasulullah SAW seperti bersopan santun dan bersedia memaafkan orang yang bersalah. Sikap sedemikian boleh menimbulkan perasaan kasih sayang dan kemesraan.

Oleh itu, kita harus memahami bahawa orang yang dapat mengawal dirinya dari bersifat marah akan mendapat balasan syurga.

Ini dijelaskan seperti mana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Dari Abi Ad-darda dia berkata, wahai Rasulullah, tunjukkanlah saya sesuatu amalan yang boleh menyebabkan saya dapat masuk syurga. Rasulullah SAW bersabda: Jangan marah nescaya engkau akan dapat masuk syurga (riwayat At-Tabrani)."

Islam mahukan umatnya bersatu padu, hidup bersaudara, berkasih sayang, mengelakkan perpecahan dan permusuhan yang boleh membawa kepada kehancuran umat Islam.

Maka bagi mengelakkan semua itu, Islam menganjurkan kita supaya jangan bersifat marah. Mudah-mudahan dengan demikian umat Islam akan bersatu padu dan menjadi umat yang kuat dan berpegang teguh dengan ajaran Islam.

Firman Allah SWT yang bermaksud: Dan segeralah kamu kepada mengerjakan amalan-amalan yang baik untuk mendapat keampunan dari Tuhan kamu dan mendapat syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah dan orang-orang yang menahan kemarahannya dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan ingatlah, Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik. (ali-'Imran: 133-134)

Tiada

Tiada???its mean xde cite menarik la pagi ni...puas bukak Mstar....budiey....berita harian...metro...utusan...tp xde berita yang menarik...memang banyak story dalam tu...tapi xde satu pun yang menarik kalbu...hurmm...

Tuesday, April 12

MAT BELIA VS MAT NAKAL


Sebut sahaja Mat Belia, sudah pasti RAQIB menjadi sasarannya. Dalam konsert minggu lepas, Raqib telah diberikan perubahan penampilan dan muncul tanpa kaca mata. Penampilan baru ini menjadi topik hangat hinggakan ada di antrara mereka yang mengumpat Raqib mengenai penampilannya. Pelajar lelaki tidak suka Raqib memakai kanta lekap kerana Raqib nampak tampan tanpa kaca mata dan mereka sangat cemburu dengan ketampanan Raqib. Apa pula pendapat pelajar wanita? Jangan lupa saksikan Diari Akademi Fantasia 9, malam ini, 9 malam, eksklusif di Astro Ria.


Jangan Lupa Afundi Raqib 3/5/10/20 dan hantarkan ke 32999

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More