Selamat Datang

Selamat Berkunjung Kepada Semua Pengunjung Setia Blog Saya.Still Enjoy With Me K.

Kumpulan Nasyid DG-Wa

Persembahan di Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 2009.

Selamat Menyambut Hari Raya AidilAdha

Salam IdulAdha Kepada semua Pengunjung setia Blog saya,Klik gambar Untuk Panduan Solat Idul Adha.

Salam Nuzul Al-Quran

Bersamalah kita mengejar Malam LailatulQadar...Moga Kita Memperolehinya.

Waksjournal2

Still Enjoy With Me.

Friday, September 30

Jalan2 Cari makan Lagi....hehe

Harini nak bawak semua gi terbang ke Middle East,Putrajaya...hehe...Let's..


Chicken Shawarma Sandwich RM-6.00

Lamb Kabsah =RM 15.00
Honey Dew Juice =RM 5.00

Taraaa...ni laa tempat die...xyah nak naek flight...selamat berkunjung k....

Amazing Journey!!


sekadar perkogsian...selamat menonton

Suatu Masa Dulu


budak2 yg lahir pd thn 70/80/90an mesti ingat mase skola rendah dulu: -

* kat skola ade salesman jual buku cerita. ari ni bg list, esok mintak duit beli walaupun cerita buku tu

dah tau. salesman susu pon camtu gak.

* kat library, budak2 mmg baca buku tp just tengok gamba je. bile ade program Nilam, sebok

semua nak pinjam buku.

* RMT kat skola mkn x best, tp yg berduit pon join RMT, x phm..
..
* pakai pensel box yg bole bukak dpn blkg, pastu ade sharpener kat tgh2 die.

* main lwn pemadam, syg nak guna utk padam. padahal itu fungsi sbnr, utk padam!

* pakai pembaris yg bergerigi, kat dlm ade air pastu ade bende berkilat dlm air tu.

* cikgu pakai pembaris kuning pjg. Ade pemegang kat tgh2 tp x penah nmpk cikgu pgg pon kat

situ.

* bulu ayam jd ramping krn sering dijadikan rotan.

* time pendidikan seni, lukis sume boleh tp bile time kaler sume hampeh. ade gak buat anyaman

pakai kertas warna, kolaj la, ape la...

* main game 2D. super contra, super mario, street fighter, sume pakai tape.

* jam tgn Boy London jd idaman, sbb bole tuka2 kaler ikut suhu n cuaca.

* takut BCG tp lepas inject poyo la pulak...

* balik skola beli JoJo xpon Dendang. Tora pon best gak. Beli se mata2 nak mainan, coklat die x
mkn pon.

* Kasut berlampu kat tapak, yg iklan die kat tV bole tembak alien tu..
.
* Siri kartun;DRaGON BALL, power rangers, ultraman, ninja turtles, Thundercats, maskman,

Gaban dan mcm lg. jgn lupe sume ni sbb zaman skrg budak2 x smpt lyn bende2 ni..asyik ngadap

tv dan PS 1 or 2.. kite akan sentiasa berubah, cume asal-usul kite yg permanent. huhu~

ni la baru zaman kita kawan2 pas r kt member2 korang.... mesti diorg tersengeh2 bace mende

nih

Wednesday, September 21

Jamuan Raya JPM 2011

Bertemakan 'Kepelbagaian Tradisi Keceriaan di Aidilfitri' Sambutan Hari Raya Jabatan Perdana Menteri yang akan berlangsung harini akan menyaksikan kepelbagaian juadah serta budaya yang dapat dilihat dari pelbagai etnik yang mewarnai di setiap booth yang dihias rapi oleh staf2 agensi di bawah JPM yang bermula dari semalam. Kesungguhan yang ditunjukkan dari setiap kakitangan dapat dilihat melalui hasil hiasan booth yang berlatarkan negeri-negeri di seluruh Malaysia yang sangat indah..berikut merupakan aturcara Majlis tersebut:

ATURCARA

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI

JABATAN PERDANA MENTERI

TAHUN 2011M / 1432H


Masa Aturcara

12.00 Tengahari

:

Ketibaan Ketua-Ketua Jabatan dan warga JPM

12.10 Tengahari

:

Ketibaan Yang Berbahagia

Tan Sri Mohd Sidek bin Haji Hassan, Ketua Setiausaha Negara dan

Yang Berbahagia Puan Sri Dato’ Wan Noorlina bt. Wan Hussin

12.15 Tengahari

:

Ketibaan Tetamu-Tetamu Kehormat

- Timbalan-Timbalan Menteri di JPM

- Menteri- Menteri di JPM

12.25 Tengahari

:

Ketibaan YAB Tan Sri Dato’ Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri dan YABhg. Puan Sri Noorainee bt. Abdul Rahman

12.30 Tengahari

:

Ketibaan YAB Dato’ Seri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia

dan YABhg. Datin Seri Rosmah bt. Mansor

:

Bacaan Doa

:

Perutusan Hari Raya oleh YAB. Perdana Menteri

:

Lawatan ke gerai-gerai jabatan/agensi

:

YAB Perdana Menteri memotong kek menandakan jamuan makan bermula

:

Persembahan oleh band jemputan BANGURIS, Penyanyi Jemputan JPM

dan persembahan anak-anak Tadika JPM

Penyampaian sumbangan pelajar cemerlang SPM 2010 oleh YAB Perdana Menteri

:

Penyampaian Duit Raya kepada Kanak-kanak Tadika JPM oleh YABhg. Datin Sri Rosmah bt. Mansor

:

Penyampaian Hadiah Kepada Pemenang Pertandingan Gerai Terbaik

2.00 Petang

:

Majlis Bersurai

Suasana sesi menyiapkan booth..

Layout utk rujukan


Friday, September 16

“KESETIAAN RAKYAT, KEMAKMURAN NEGARA”

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

“KESETIAAN RAKYAT, KEMAKMURAN NEGARA

(16 SEPTEMBER 2011 / 18 SYAWAL 1432H)


Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Pada hari Jumaat yang diberkati ini, saya berpesan kepada diri saya dan sidang jemaah sekalian, marilah kita sama-sama bertakwa kepada Allah SWT dengan bersungguh-sungguh melaksanakan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita menikmati kesejahteraan dan keberkatan hidup serta berbahagia di dunia dan di akhirat. Mimbar yang mulia ini akan membincangkan tajuk: Kesetiaan rakyat, kemakmuran negara”.

Muslimin Yang Dirahmati Allah,

Pada hari ini kita menyambut perayaan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia. Hari Malaysia ialah hari yang memperingatkan kita tentang penubuhan Persekutuan Malaysia dan menandakan penyertaan bersama Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak bagi membentuk negara Malaysia. Malaysia adalah negara berdaulat dan rakyatnya yang berbilang kaum amat bertuah. Oleh itu, menjadi kewajipan kita sebagai rakyat memelihara kedaulatan dan kemakmuran negara ini. Sedarlah, kita tidak mempunyai tempat lain selain tanah air dan tanah tumpah darah kita yang menjadi tempat tinggal, punca rezeki, dan nadi kehidupan kita. Janganlah ada di kalangan rakyat bersikap mementingkan diri sendiri sehingga keharmonian di negara kita terancam, retak dan hancur. Allah SWT telah memberi peringatan kepada kita melalui firman-Nya dalam surah Saba’ ayat 15:

Maksudnya: Demi sesungguhnya, adalah bagi penduduk negeri Saba', satu tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) yang terdapat di tempat tinggal mereka, iaitu: dua kumpulan kebun (yang luas lagi subur), yang terletak di sebelah kanan dan di sebelah kiri (kampung mereka), (lalu dikatakan kepada mereka): "Makanlah dari rezeki pemberian Tuhan kamu dan bersyukurlah kepadanya; (negeri kamu ini adalah) negeri yang baik (aman dan makmur), dan (Tuhan kamu adalah) Tuhan yang Maha Pengampun!.

Ayat ini menceritakan kepada kita tentang kisah Ratu Balqis dan kaum Saba’ di negeri Yaman. Mereka mencapai tahap ketamadunan hidup sehingga mampu mengurus masalah air di selatan dan timur negeri tersebut. Kejayaan ini mengakibatkan hasil pertanian dan perladangan bertambah baik. Namun disebabkan kaum Saba’ enggan bersyukur terhadap segala nikmat itu, maka Allah SWT menurunkan ujian ke atas mereka. Segala nikmat-nikmat tadi dirampas dengan mendatangkan bencana banjir besar sehingga menenggelamkan harta benda, rumah, kampung halaman dan mengorbankan banyak nyawa. Akhirnya negeri yang dahulunya subur telah berubah menjadi kering kontang.

Muslimin Yang Dirahmati Allah,

Sesungguhnya kemakmuran sesebuah negara berkait rapat dengan perasaan cinta, kesetiaan dan pengorbanan rakyat terhadap negara dan pemimpin secara menyeluruh. Rasa cinta itu terkumpul dalam erti kata dasar iaitu taat setia yang tidak berbelah bahagi. Rasulullah SAW bersabda:

Mafhumnya:Barangsiapa yang mentaatiku, maka sesungguhnya dia telah mentaati Allah. Dan sesiapa yang mengingkariku, maka sesungguhnya dia telah mengingkari Allah. Juga sesiapa mentaati pemerintahku, maka sesungguhnya dia juga mentaatiku, dan sesiapa yang mengingkari pemerintahku, maka sesungguhnya dia telah mengingkariku.” (Hadith al- Bukhari)

Pemerintah yang bertanggungjawab dan adil sangat diperlukan bagi memimpin rakyat. Rakyat tiada kuasa untuk ingkar atau keluar daripada garisan taat setia kepada mereka. Jika terdapat segelintir yang menentang, maka mereka harus didisiplinkan menurut prinsip-prinsip Islam. Begitu juga halnya dengan pemimpin, selagi mereka berpegang dengan tali Allah, rakyat wajib menunjukkan taat setia dan kepatuhan yang tidak berbelah bahagi kepada mereka. Al-Imam Abu Bakar al-Turtusyi menyatakan: Taat kepada pemerintah adalah petunjuk bagi orang yang menjadikan cahayanya sebagai penyuluh, tempat berlindung bagi mereka yang memeliharanya. Orang yang terkeluar dari sempadan taat, tersingkir ia daripada perlindungan Allah, terlepas daripada jaminannya. Taat kepada pemerintah adalah tali Allah yang kukuh, agamanya yang lurus, perisai yang melindungi dan pemeliharaan yang tinggi.

Justeru, marilah kita memikul tanggungjawab bersama mempertahan, memelihara dan menjaga maruah agama dan tanah air dengan menanam rasa kasih dan setia antara yang dipimpin dengan pemimpin. Ingatlah bahawa agama Islam sentiasa menuntut umatnya agar bersifat kasih kepada pemimpin dan negara kerana ia sebahagian daripada cabang keimanan. Namun berdasarkan kepada pemerhatian mimbar akhir-akhir ini terdapat segelintir rakyat yang cuba menimbulkan isu-isu yang boleh menggugat ketenteraman awam dan keselamatan negara, mengubah fakta sejarah negara, mengagung-agungkan kumpulan yang mengkhianati tanahair dan mengiktiraf petualang sebagai pejuang. Mimbar ingin mengingatkan bahawa Rasulullah SAW mendidik umatnya supaya sentiasa bercakap benar, tidak menyeleweng daripada kebenaran dan fakta, berlaku adil dan menghiasi diri dengan sifat-sifat terpuji seperti amanah serta tidak mengenepikan tanggungjawab dan fitrah kehidupan sebagai khalifah Allah SWT di muka bumi. Firman Allah SWT dalam surah An-Nisa’ ayat 58:

Maksudnya: Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala amanah kepada ahlinya, dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, supaya kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat. ”

Muslimin Yang Dirahmati Allah,

Hujatul Islam Imam al-Ghazali pernah berpesan bahawa sesuatu umat itu perlu mantap pegangan agamanya. Tidak sempurna agama melainkan seiring dengan dunia. Agama itu tiang utama, sementara kekuasaan itu adalah penjagaannya. Sesuatu yang tidak bertiang, pasti akan runtuh dan sesuatu yang tiada penjaga, pasti akan musnah dan hilang. Oleh itu, marilah kita sama-sama menyusuri sirah Rasulullah SAW sebagai contoh yang terbaik. Baginda terkenal sebagai seorang negarawan yang sangat sayang dan setia kepada tanahairnya. Sudah pasti perbuatan ini adalah satu sunnah. Rasulullah SAW sendiri pernah mengungkapkan perasaan kasihnya sewaktu tiba di Madinah dalam peristiwa hijrah dengan sabdanya:Ya Allah, berikanlah kecintaan kami kepada Madinah sebagaimana Engkau berikan kecintaan kepada Makkah atau lebih dari itu; dan bersihkanlah ia serta berkatilah kepada kami dalam makanan dan bekalnya dan gantikan wabak penyakitnya dengan juhfah (bebas penyakit). (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Sidang Jumaat Yang Dihormati,

Sempena sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia pada tahun ini, marilah kita sama-sama memperkukuh perasaan kasih dan sayang kepada negara dengan memupuk kesetiaan kita kepada pemimpin demi mengekalkan keamanan serta menjaga kestabilan negara ini daripada sebarang bentuk ancaman. Insafilah bahawa keamanan negara ini bukan datang bergolek tetapi adalah datang daripada pengorbanan semua pihak samada rakyat atau pemimpin. Sebagai contoh, negara kita pernah diancam oleh pihak komunis sehingga terpaksa mengistiharkan darurat. Dalam tempoh tersebut beribu-ribu mangsa yang terdiri anggota polis, tentera dan orang awam mati serta cedera akibat kekejaman komunis. Justeru, mimbar mengingatkan janganlah kita menjadi seorang muslim yang gemar menghuru-hara keadaan, mengadu-domba sesama kita malah memutarbelitkan fakta sejarah perjuangan untuk mencapai kemerdekaan dan penubuhan negara Malaysia. Cintailah keamanan yang wujud di negara kita ini dan peliharalah dengan sebaik mungkin. Ingatlah bahawa kesetiaan rakyat kepada pemerintah merupakan sebahagian daripada tuntutan Islam. Pendekatan ini wajar diteruskan kerana kita menyakini gesaan Allah SWT yang meletakkan persoalan iman sebagai syarat utama kejayaan umat Islam di dunia ini dan di akhirat kelak. Semoga Malaysia yang tercinta ini terus maju, aman dan damai, dan menjadi payung serta pelindung kepada Islam dan umatnya. Marilah sama-sama kita merenung firman Allah SWT dalam surah al-A’raf ayat 96:

Maksudnya: Dan sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertakwa, tentulah Kami bukakan kepada mereka keberkatan dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan(Rasul Kami) lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan.


Keadaan Seseorang Ketika Dalam Kubur

Tarikh:
Sep 16, 2011
Riwayat:
Anas bin Malik r.a
Kategori:
Akidah

Hadith:
Rasulullah s.a.w bersabda: "Tiga perkara akan menurut orang mati ke kuburnya, kemudian dua daripadanya akan balik dan tinggal satu bersama-samanya - ia akan diturut oleh keluarganya, hartanya dan amalnya, kemudian keluarganya dan hartanya akan balik, dan tinggallah amalnya bersama-sama dengannya."

Huraian Hadith:
Rasulullah s.a.w bersabda: "Tiga perkara akan menurut orang mati ke kuburnya, kemudian dua daripadanya akan balik dan tinggal satu bersama-samanya - ia akan diturut oleh keluarganya, hartanya dan amalnya, kemudian keluarganya dan hartanya akan balik, dan tinggallah amalnya bersama-sama dengannya."

sumber: Jakim

Thursday, September 15

AIM 2011

Sebanyak lima calon terbaik untuk 18 kategori yang dipertandingkan di edisi ke 18 Anugerah Industri Muzik (AIM18) telah diumumkan hari ini oleh Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM).

Dalam pencalonan tersebut Aizat Amdan, Yuna, Anuar Zain dan Najwa antara yang paling banyak tercalon untuk beberapa kategori seperti Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu, Rakaman Album Terbaik, Lagu Pop Terbaik, Lagu Inggeris Tempatan Terbaik, Album Terbaik.

"Semua yang tercalon sudah melalui proses kriteria yang ditetapkan dan mereka dikira sah untuk bertanding dalam AIM 18.

Acara kemuncak AIM18 akan diadakan di Stadium Putra Bukit Jalil pada 12 November 2011. Bermula dengan siaran langsung Blue Carpet pada jam 8.30 malam diikuti dengan siaran langsung AIM18 pada pukul 9 malam esklusif di Astro Ria (saluran 104).

Berikut merupakan lima calon bagi setiap kategori yang disenarai pendekkan:

Artis Baru Terbaik
1) James Baum
2) Kyoto Protocol
3) Najwa
4) Project Pistol
5) Reza Salleh

Persembahan Vokal Terbaik di dalam Lagu (Artis Lelaki)
1) Anuar Zain - Sedetik Lebih
2) Azlan & The Typewriter - Jeritan Batinku
3) Reza Salleh - What The Hell Just Happened I'm Not Really Sure
4) Black - Sofea Jane
5) Tam Spider - Kitasatu

Persembahan Vokal Terbaik di dalam Lagu (Artis Wanita)
1) Anita Sarawak - Asmara
2) Jaclyn Victor - Noel
3) Najwa - How Long Must I Wait
4) Yuna - Penakut
5) Yuna - Gelora Jiwa

Persembahan Vokal Berkumpuan Terbaik di dalam Lagu
1) Jaclyn Victor, Ning Baizura & Shila Amzah- Beribu Sesalan
2) A.P.I - Pelita
3) Caipifruta - Mencecah Bujang Lapuk
4) Dayang Nurfaizah & Marcell - Sayang
5) In-Team - Salamun Salam 2

Kulit Album Terbaik - Pereka
1) Kasi Gegar Entertainment Sdn Bhd - Urusan Aizat Amdan (album) - Aizat Amdan
2) Aidi Idham - Lonely Boy Soldier (album) - Hujan
3) Subky Hj Bebit & Hafiz Mohtar Rasali - Bumi Akhir Usia (album) - Mirwana
4) Martojaks - Cherry Blossom Love (album) - Pop Shuvit
5) Zel Atif - Decorate (album) - Yuna

Rakaman Album Terbaik- Jururakam
1) Keith Yong & Nick Lee - Urusan Aizat Amdan (album) - Aizat Amdan
2) Adam Sofian - Indah (album) - Atilia
3) Ully Muhammad, Huzai, AG Coco - Lonely Soldier Boy (album) - Hujan
4) Audi Mok - Dewa (album) - Ning Baizura
5) Keith Yong - Realiza (album) - Reza Salleh

Video Muzik Terbaik - Pengarah (video muzik)
1) Ahmad Farish - Susun Silang Kata - Aizat Amdan
2) DJ CZA - Kotarayaku - Altimet feat Noh Hujan
3) Yusry Abdul Halim - Sedetik Lebih
4) Tan Chee Meng - Karma - Faizal Tahir
5) Ahmad Faris - Inspektor Remos - Hujan

Lagu Pop Etnik Terbaik - Komposer/Penulis Lirik
1) Joget Tak Senang Hati - Mihariz Yaakup/Azalea - Adibah Nor
2) Katakanlah - Amirah Ali/Amirah Ali - Amirah Ali
3) Santun Berpesan - Adi Akmal/Muhammad Devotees - Castury Feat Ayati Tasrip
4) Hambamu - Edry Abdul Halim/Edry Abdul Halim - Mawi & Akhil Hayy
5) Falsafah Laksmana - Zalee Redang/Zalee Redang - Zalee Redang

Lagu Nasyid Terbaik - Komposer/Penulis Lirik
1) Hadirnya Cahaya S.A.W - Abdul Halim Ahmad/Abdul Halim Ahmad - Devotees
2) Permata Hati - Syah Inteam/Syah Inteam - Nazrey Johani
3) Pedoman (V.O.U) - Johan Nawawi/Johan Nawawi, Shah Mohamed, Hafiz Tarmizi - Nora Feat VOU
4) Bebas Palestin - Nazrey Johani/Nazrey Johani, Fridzan - Rabbani, Inteam, Saujana, Nowseeheart
5) Pahlawan Gaza - Fridzan/Ahmad Fedtri Yahya - Saujana

Lagu Rock Terbaik - Komposer/Penulis Lirik
1) Pelita - Loque/Loque - A.P.I
2) Ekstravaganza - Sam/Bunkface - Bunkface
3) Pokok - Taja/Tun Teja - Meet Uncle Hussain feat Hazama
4) Wanita Seluruh Dunia - Boy Clifford/Boy Clifford - Project Pistol

Lagu Pop Terbaik - Komposer/Penulis Lirik
1) Beribu Sesalan - Kevin Chin/Tinta
2) Sungai Lui - Aizat & Anas/Aizat & Anas
3) Sedetik Lebih - Edry Abdul Halim/Edry Abdul Halim
4) Dengarkanlah - Acis/Sheila Majid
5) Penakut - Yuna Zarai/Yuna Zarai

Lagu Inggeris Tempatan Terbaik
1) Year From Now - Aizat n Anas - Aizat
2) Innocent Soul - Najwa - Najwa
3) Got To Go - Najwa - Najwa
4) What The Hell Just Happened Im Not Really Sure - Reza Salleh - Reza Salleh
5) Stracciatella - Reza Salleh - Reza Salleh

Lagu Bahasa Melayu Terbaik Yang Dipersembahkan oleh Artis Luar Negara
1) Insya Allah - Maher Zain - Fridzan
2) Indahnya Cinta - Giring Rama - Giring Rama
3) Sahabat Selamanya - Padi - Padi
4) Ku Menunggu - Mery LC - Mery LC
5) Bunga Mimpi - Sandy Sondro - Sandy Sondro

Susunan Muzik Terbaik DI Dalam Lagu - Penggubah
1) Helen Yap - Asmara
2) Edry Abdul Halmi - Sedetik Lebih
3) AG - Jeritan Batinku
4) Syed Sharir Faisal Syed Hussain - Jeritan Batinku
5) Jenny Chin - Ku Mohon

Album Terbaik - Produser
1) Kevin Chin, Aylwin Snatiago, Paul Morrison n Irwan Simajuntak - 3 Suara
2) Kasi Gegar Entertainment Sdn Bhd - Urusan Aizat Amdan
3) Zain Almodzar - Sayang & Cahaya
4) Magada Entertainment Sdn Bhd - The Malaysian Philharmonik Orchestra Celebrater 25 Years of Sheila Majid

Admin Say:"Semoga berjaya k..."

Kalo Berani Bacalah...huhu

Last 2 day jalan2 kat MPH Alamanda...terjumpa lah buku ni...tajuk die je dah gerun kot dengar...tajuk die "Kahwin Sekarang Siapa Takut"..pastu ce tgk kat bhgn atas di sudut kiri buku ni...ha amacam berani x??haha..macam aku terus jadi takut nak baca...boleh lak camtu...bukannya xnak kawen ok...cuma lom masa lagi..(ceh alasan je tu)..hahaha..ni nak cite sikit perihal buku ni...

Pengarang : Muhammad Muhyidin
Penterjemah: Nur Azlina
Penyunting: Dr.Mohd.Puzhi Usop

Muka Surat: 346

Keterangan Buku :

Rasanya tidak ada orang normal yang tidak mahu bernikah. Namun, acapkali saat keinginan bernikah itu membuak-buak, saat itulah pula beribu-ribu alasan untuk menundanya muncul di dalam benak fikiran. Masih perlukan waktu untuk saling mengenali dan memahami sifat masing-masing, belum mantap ekonominya dan berbagai-bagai alasan lain lagi.
Buku ini akan meruntuhkan segala keraguan anda untuk segera bernikah. Buku ini juga sekaligus menjawab persoalan umum bagi pasangan yang tidak mahu menyegerakan pernikahan disebabkan masalah ekonomi yang belum cukup mantap.
Ditulis berdasarkan pengalaman penulisnya sendiri telah menambahkan lag] kemantapan buku ini yang mampu menggetarkan hati pembacanya. Oleh itu, bagi sesiapa yang sedang dilamun cinta tetapi masih ragu untuk menuju gerbang perkahwinan, wajib hukumnya membaca buku penuh inspirasi ini.
Selamat membaca, gapailah kebahagiaan dengan segera untuk berani bernikah!
"Buku ini memang sangat inspiratif. Setelah membacanya saya mempunyai kemantapan hati untuk bernikah meskipun bermula dari kosong dari segi ekonominya. Sekarang, setelah bernikah, saya mendapatkan banyak perubahan itu. baik dari segi ekonomi mahupun kebahagiaan hidup. Dan, kekuatan daripada buku ini amat terasa, kerana ditulis berdasarkan pengalaman penulisnya sendiri yang merujuk kepada ajaran Islam yang mulia. Sebuah buku yang menyuntikkan semangat.”

So amacam???Ada Beran x???hehehe

Wednesday, September 14

Haramkan rancangan satanist 'Criss Angel Mindfreak' di NTV7!!



Lebih kurang pukul 9 malam tadi, penulis menerima sms tentang sebuah rancangan ala silap mata di channel NTV7 berjudul "Criss Angel Mindfreak". Apa yang mengejutkan rancangan ini bukan cerita silap mata biasa tetapi ia adalah sebuah persembahan ilmu sihir yang menjadi amalan golongan satanism (penyembah syaitan) yang menganut faham illuminati @ freemasonry. Jelas pada tubuhnya menggantung simbol salib dan simbolnya sendiri 'angel' yang berasal usul daripada simbol anarchy yang berasal usul pula daripada simbol pentagram yang merupakan occultic symbol bagi penganut freemason.

Perbuatan-perbuatan yang dilakukan pula adalah jelas merupakan perbuatan sihir yang diharamkan oleh Islam dan amat tidak wajar sekali ia dipertontonkan dalam sebuah negara Islam. Antaran persembahannya seperti membuat ramalan nombor ekor dgn tepat, mengubah kedudukan sesuatu benda, terbang ke atas, meneka sesuatu dengan tepat dan lain-lain. Semua ini dilakukan dalam keadaan simbol-simbol keagamaan tadi tergantung pada lehernya. Malah Criss Angel sendiri menjadi kontroversi di kalangan penganut Kristian kerana cuba menggambarkan dirinya sebagai Jesus (Nabi Isa). Ini boleh dilihat dalam beberapa percubaan sihir beliau untuk melakukan apa yang dikatakan sebagai perbuatan mencarik adat Jesus. Sila lihat pembongkaran yang dibuat oleh blogger Kristian di ini.

Oleh itu, dengan tegasnya, penulis memohon seluruh umat Islam supaya mendesak Media Prima menarik balik rancangan yang berpaksikan amalan satanism ini. Bahkan ia sewajarnya diharamkan daripada ditayangkan di negara ini sama sekali dan mana-mana media yang menayangkan rancangan seumpama ini, WAJIB dikenakan tindakan yang tegas! Sesungguhnya membiarkan rancangan begini ditayangkan bermakna kita bersikap dayus dalam memelihara Islam dan umatnya khususnya generasi baru spt kanak-kanak dan remaja serta mereka yang lemah pegangan agama.

Wallahu a'lam. sumber Abu Haseef

Tuesday, September 13

Jangan Tangisi Lagiii.....

Kenangan…

Kau datang tanpa diundang

Berputar-putar semula dikotak minda

Antara manis dan pahit

Masing-masing cuba untuk mengambil tempat tersendiri

Untuk diputar semula

Kenangan…

Manis itu hanyalah sekadar mimpi disiang hari

Bila tersedar lenyaplah ia

Walaupun seketika waktu terbatas

Namun ia sungguh menyenangkan

Kenangan…

Pahit itu yang sering datang

Penuh pergolakkan dan derita

Kesudahannya sangat menyiksakan hati dan minda

Dengan linangan air mata yang sering menemani

Tetapi kenangan itulah

Yang akan mematangkan dan mendewasakan

Tidak perlu menangisi kenangan itu

Ambillah iktibar dengan berfikir

Ada sesuatu Pemberian untuk kita

Yang belum diketahui untuk apa tujuanNYA

Rabb tidak pernah merampas sesuatu berharga dan bernilai

Dari hambaNYA

Malah memberi yang lebih baik dari yang asal

Usahlah menangis…

Sesuatu yang buruk itu

Tidak semestinya buruk dimata Allah

Tetapi boleh jadi yang terbaik disisiNYA

Kehilangan, derita, mahupun kekecewaan

Belum tentu buruk pada hidup kita

Tetapi ia adalah ‘antibiotik’ untuk diri kita

Menjadi lebih kuat dan tabah

Pergilah derita…

Pergilah kesakitan…

Pergilah kekecewaan…

Terbanglah dikau bebas bersama masa dan waktu yang lepas

" Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi yang indah. " ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha...."

“Berikan kasih sayang, nescaya kamu akan dikasihi dan berilah keampunan, nescaya akan diberikan keampunan” (Riwayat Imam Ahmad)

Friday, September 9

Penghulu Segala Hari

Rasulullah S.A.W bersabda bermaksud:-
"Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat, bersugi, berwangian jika memilikinya dan memakai pakaian yang terbaik, kemudian keluar rumah hingga sampai ke masjid, dia tidak melangkahi orang yang sudah bersaf, kemudian mengerjakan sembahyang apa saja (sembahyang sunat), dia diam ketika imam keluar (berkhutbah) dan tidak berkata-kata hingga selesai mengerjakan sembahyang, maka jadilah penebus dosa antara Jumaat itu dan Jumaat sebelumnya."
(Riwayat Ahmad).

Tertib Memotong Kuku Tangan

1. Dimulakan dengan jari telunjuk tangan kanan

2. Diikuti dengan jari hantu tangan kanan

3. Jari manis tangan kanan

4. Jari kelingking tangan kanan

5. Seterusnya jari kelingking tangan kiri

6. Jari manis tangan kiri

7. Jari hantu tangan kiri

8. Jari telunjuk tangan kiri

9. Ibu jari tangan kiri

10. Diakhiri dengan ibu jari tangan kanan

Berlainan pula dengan kuku kaki

Tertib Memotong Kuku Kaki

1. Dimukakan jari kelinking kanan

2. Diikuti dengan jari manis kanan

3. Jari hantu kanan

4. Jari manis kanan

5. Ibu jari kanan

6. Seterusnya ke ibu jari kaki kiri

7. Jari telunjuk kiri

8. Jari hantu kiri

9. Jari manis kiri

10. Akhir sekali jari kelinking kaki kiri

Rasulullah S.A.W bersabda yang ertinya:-
Barang siapa yang memotong kukunya pada:

Hari ISNIN : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat

Hari SELASA : Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit.

Hari RABU : Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.

Hari KHAMIS : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.

Hari JUMAAT : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah taala.

((Adapun tentang jari mana yang hendak didahulukan ketika memotong kuku, al-Imam Ibn Hajar al-’Asqalani (10/345) menyebut:

لم يثبت في ترتيب الأصابع عند القص شيء من الأحاديث …. وقد أنكر ابن دقيق العيد الهيئة التي ذكرها الغزالي ومن تبعه وقال : كل ذلك لا أصل له ، وإحداث استحباب لا دليل عليه ، وهو قبيح عندي بالعالم ، ولو تخيل متخيل أن البداءة بمسبحة اليمنى من أجل شرفها فبقية الهيئة لا يتخيل فيه ذلك . نعم ، البداءة بيمنى اليدين ويمنى الرجلين له أصل وهو (كان يعجبه التيامن)

Maksudnya: “Tidak thabit dalam tertib jari-jari ketika memotong kuku sesuatu hadithpun… Ibn Daqiq al-’Ied telah mengingkari bentuk (memotong kuku) yang telah disebut oleh al-Ghazali dan orang yang mengikutnya, dengan berkata: “Semua cara-cara itu tidak ada asalnya, dan untuk mengatakan ia suatu yang digalakkan, ianya suatu yang tidak ada dalilnya, ia merupakan suatu yang tercela di sisiku, sekiranya seseorang menggambarkan, cara memotong kuku dimulakan dengan jari telunjuk tangan kanan disebabkan kemuliaannya, maka jari-jari yang lain, dia tidak akan dapat menentukannya dengan cara itu. Ya! memulakan dengan yang kanan samaada tangan ataupun kaki itu ada asalnya, kerana Nabi S.A.W. suka memulakan sesuatu dengan sebelah kanan.”))


AdminSays: So pe lagi...mari laa kita sama2 mengejar Pahala pada hari jumaat yang mulia ini...


Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More