Selamat Datang

Selamat Berkunjung Kepada Semua Pengunjung Setia Blog Saya.Still Enjoy With Me K.

Kumpulan Nasyid DG-Wa

Persembahan di Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 2009.

Selamat Menyambut Hari Raya AidilAdha

Salam IdulAdha Kepada semua Pengunjung setia Blog saya,Klik gambar Untuk Panduan Solat Idul Adha.

Salam Nuzul Al-Quran

Bersamalah kita mengejar Malam LailatulQadar...Moga Kita Memperolehinya.

Waksjournal2

Still Enjoy With Me.

Monday, October 24

Sekadar Renungan Untuk Dihayati

Suatu hari seorang penceramah terkenal membuka seminarnya dengan cara yang unik.
Sambil memegang wang RM100, dia bertanya kepada hadirin,

“Siapa yang nak duit ini?”.

Kelihatan ramai penonton angkat tangan menunjukkan ramai yang minat.

“Saya akan berikan ini kepada salah seorang dari anda , tapi sebelumnya perkenankanlah saya buat ni dulu.”


Dia berdiri mendekati hadirin. Wang itu diramas-ramas dengan tangannya sehingga renyuk.
Lalu bertanya lagi,

“Siapa yang masih mahu duit ini?”
Jumlah tangan yang mengangkat tak berkurang.

“Baiklah,” jawabnya,

“Apa jadinya bila saya melakukan ini?”

Ujarnya sambil menjatuhkan wang itu ke lantai & melenyek-lenyekkan dgn kasutnya. Meski masih utuh, kini wang itu jadi amat kotor,lusuh dan amat renyuk.

"OK, sekarang masih ada yang berminat?”.
Tangan-tangan yang angkat ke atas masih tetap banyak.

Hadirin sekalian, Anda baru saja menghadapi sebuah pelajaran penting. Apapun yang terjadi dengan wang ini, anda masih berminat kerana apa yang saya lakukan tidak akan mengurangi nilainya.

Biarpun renyuk,lusuh dan kotor, wang ini tetap bernilai RM100 juga..

Dalam kehidupan ini, kita pernah beberapa kali terjatuh, terkoyak, dan dipenuhi kotoran akibat keputusan yang kita buat & situasi yang menerpa kita dalam sesuatu keadaan dahulu.

Dalam keadaan seperti itu, kita merasa tak berharga, tak bererti.
Padahal apapun yang telah & akan terjadi, anda tidak pernah akan kehilangan nilai di mata mereka yang mencintai anda, lebih-lebih lagi di mata Tuhan.

Jadi walau bagaimana kotor pun anda, kita masih mempunyai nilai yang tersendiri. Sayangilah diri anda, bertaubat jika membuat dosa, terus berusaha jika gagal kerana diri kita sebenarnya amat berharga.

Dan jangan terlupa kita adalah makhluk Allah yang di pandang sama, hanya iman dan takwa yang membezakan kita.

Program Cuti Sekolah Di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin,Putrajaya


1. Program Ihtifal Lil Atfal dan Kejohanan Tertutup Ping Pong Putrajaya

- 19 November 2011 (Sabtu)
- Terbuka kepada orang ramai.
- Bayaran penyertaan setiap acara sebanyak RM 5
- Sebanyak 17 acara dipertandingkan.



2. Kejohanan Tertutup Ping Pong Putrajaya

- Tarikh : 19 November 2011 (Sabtu)
- Tempat : Lobi Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin.
- Terbuka kepada orang ramai.
- Yuran penyertaan :
1. Kategori Perseorangan RM5
2. Kategori Beregu RM10



2. Kelas Pemantapan Kefahaman Fardhu Ain (PeKFA)
- 5 hingga 9 Disember 2011 (Isnin – Jumaat)
- Terbuka kepada pelajar sekolah yang berumur 7 hingga 16 tahun

3. Kelas Faham al-Quran (FQ)

- 19 hingga 23 Disember 2011 (Isnin – Jumaat)
- Terbuka kepada pelajar sekolah yang berumur 7 hingga 16 tahun



Keterangan lanjut sila hubungi urus setia program di talian 03-88804300

Karnival Best (Buat Elok Saja Taw) Putrajaya


Karnival Buat Elok Saja Tau (BEST)


Tarikh: 28, 29 & 30 Oktober 2011
Masa: 10.00 pg
Tempat: Laman 1 Malaysia, Putrajaya


Objektif
  1. Antara pengisian Karnival ini adalah slot Konsert BEST!. Konsert ini akan mempratikkan Garis Panduan Hiburan Islam.
  2. Garis Panduan Hiburan akan menjadi panduan kepada artis dan juga mendidik mana-mana yang dikatakan bercanggah dengan syariat agar selaras dengan tuntutan syarak dan mampu mendidik jiwa manusia
  3. Karnival dan Konsert BEST! ini akan menyediakan satu mekanisme baru dengan perancangan yang telititi untuk menaikkan martabat hiburan kearah yang lebih baik dan memberi kesan yang positif.
  4. Para pengunjung semasa konsert berlangsung akan diasingkan mengikut kategori lelaki, perempuan dan keluarga. Secara tidak langsung akan mengurangkan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan dan membendung gejala sosial.
  5. Para pengunjung akan mendapat informasi mengenai permasalahan sosial kerana terdapat gerai pameran dari agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan semasa program tersebut berlangsung.
  6. Disamping itu juga untuk merialisasikan Putrajaya bebas dari maksiat.
  7. Dengan terlaksana program ini, diharap akan memberi satu alternatif baru kepada umat Islam untuk menikmati dan berhadapan dengan dunia muzik moden.

Aturcara Program

TarikhMasaAcaraTempat
28 Oktober 2011 (Jumaat)9.00 MalamRakaman Forum Perdana Ehwal Islam Tajuk - “Cinta BEST!” Pentas Utama
29 Oktober 2011 (Sabtu)
10.00 pagi
Pertandingan Juara Nasyid BEST!Pentas Utama

3.00 ptgRakaman Program Adik-Adik KuPentas Utama

9.00 malam
Perasmian Karnival BEST dan
Konsert BEST (Yang Elok Saja Tau)
Pentas Utama
30 Oktober 2011 (Ahad)7.30 pagiJom Sihat (Senamrobik BEST)Pentas Utama

10.00 pagiPertandingan Mewarna (PERTIM)
Pentas Kecil

12.00 TghSpell It Right (ASUH)Pentas Kecil

2.30 ptgPertandingan Battle BEST of the BendPentas Utama


Majlis Penutup Karnival BEST! (Buat Elok Saja Tau)Pentas Utama


BURGER KOBRA


JIKA Vietnam terkenal dengan makanan pelik seperti nasi goreng kucing, sebuah restoran di Yogyakarta, Indonesia pula tampil aneh menyediakan hidangan burger daging ular tedung.

Burger yang diperbuat daripada daging reptilia itu menjadi menu utama restoran tersebut dan mendapat permintaan tinggi daripada orang ramai.

Ular tedung yang diternak itu merupakan santapan buat penggemar daging reptilia. Kulit ular itu akan disiat terlebih dahulu sebelum dicincang halus-halus dan dibentuk menjadi daging burger.

Rata-rata pengunjung restoran tersebut mengakui tidak yakin untuk mencuba burger kobra itu namun setelah merasainya, mereka sepakat mengatakan daging ular itu cukup enak.

Lebih menarik, daging ular tedung yang dijadikan makanan manusia itu dipercayai mengandungi protein yang tinggi sama seperti daging ayam, lembu dan kambing.

Bagi memenuhi permintaan pelanggan, sekurang-kurangnya 30 ekor ular tedung selar diperlukan sehari dengan kepanjangan purata 2.8 meter seekor.

Daging ular tedung itu pada asalnya dijadikan ubat untuk pelbagai penyakit seperti gatal-gatal, jerawat, strok, asma, tumor dan lain-lain.

Bagaimanapun, fungsi daging ular berbisa terbesar di dunia itu kini tidak lagi tertumpu kepada bidang perubatan sahaja malah ramai yang memakan dagingnya kerana gemarkan rasanya.

Selain dijadikan burger, daging ular itu turut dijadikan sate, dimasak gulai dan digoreng untuk dihidangkan bersama sos lada hitam.

Harga bagi sebiji burger kobra dijual pada harga di antara 6,000 rupiah (RM2.10) hingga 9,000 rupiah (RM3.15).

Sumber: berita-harian-online.com/burger-kobra ~audaf

Friday, October 21

Doa Untuk Suami Isteri

Admin say: Sama2 lah mengamalkannye..kita hanya mampu berusaha...tuhan saja yang maha mengetahu segalanya...

Khutbah Jumaat (21 Oktober 2011 bersamaan 23 Zulkaedah 1432H))

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI PEMACU TRANSFORMASI UMMAH

(2I OKTOBER 2011 / 23 ZULKAEDAH 1432H)
______________________________________________________________________


Kasih Sayang Suami dan Isteri

Allah SWT berfirman yang bermaksud; “Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya, bahawa ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki) isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikannya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan, Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.” (Surah Al-Rum: ayat 21)

Alam rumah tangga ada pasang surutnya. Terpulang kepada kita bagaimana untuk mengemudinya. Jika tersilap langkah, boleh retak atau hancur rumah tangga yang dibina. Ilmu rumah tangga merangkumi setiap ruang lingkup kehidupan. Semoga rumah tangga kita diberkati Allah SWT. Berikut antara tip kebahagiaan rumah tangga.

Akhlak suami isteri

Kehidupan berumah tangga bermula dengan mencari pasangan hidup. Sebelum menerima pasangan, perlu meletakkan ciri-ciri berikut pada pasangan kita iaitu bersifat takwa, kasih sayang dan belas kasihan, bergaul secara baik, bertanggungjawab, bersikap terbuka, bertolak ansur, mengamalkan kebijaksanaan, musyawarah dan memberikan contoh yang baik

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya, “Sesungguhnya lelaki mukmin yang sempurna imannya ialah mereka yang baik tingkahlakunya dan lemah lembut terhadap isteri dan anak-anaknya.” (Riwayat At-Turmizi)

Bukan suami sahaja, isteri juga perlu menyiapkan diri dengan ciri-ciri sempurna seperti bersifat takwa, mentaati suami, menghias diri untuk suami, mencintai dan mengasihi suami, memelihara kehormatan diri dan harta suami, menjaga rahsia rumah tangga, melaksanakan kepimpinan selaku isteri dan mendapat keizinan suami dalam segala urusan.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud; “Kahwinilah wanita kerana empat perkara, kerana harta, keturunan, kecantikan dan kerana agamanya. Pilihlah wanita yang beragama, nescaya akan selamat” (Muttafaqun’ Alaih)

Rumah tangga boleh menjadi pudar sekiranya suami isteri tidak bijak menangani sesuatu kekusutan yang berlaku. Antara punca kekusutan yang perlu dihindari ialah membesarkan masalah yang remeh, mengabaikan perasaan pasangan, tidak ambil berat hal agama, mengabaikan sopan santun, menghina pasangan atau keturunan, cemburu buta dan menyakiti hati pasangan.

Sebelum mendirikan rumah tangga, pasangan perlu membuat persediaan secukupnya. Pasangan perlu mendalami ilmu fardhu ain dan kifayah. Selain itu perlu juga persediaan fizikal, mental dan spiritual kerana perkahwian adalah penyatuan dua individu yang berlainan latar belakang, keluarga dan persekitaran. Perkara utama juga ialah persediaan tahap sosio ekonomi kerana alam rumah tangga menuntut sepenuh komitmen ini (ekonomi). Banyak kes perceraian berlaku semata-mata kerana tuntutan ekonomi yang mendesak.

Matlamat perkahwinan

Untuk mencapai kebahagiaan hidup berkeluarga yang berkekalan dan mendapat rahmat serta keredhaan Allah SWT adalah dengan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh syarak. Telah diperturunkan beberapa hikmah menerusi perkahwinan antaranya memelihara diri daripada melakukan perkara yang haram, memelihara kesucian keturunan dan membentuk keluarga serta menyusun masyarakat yang bersih dan harmoni.

Komunikasi memainkan peranan penting dalam rumah tangga. Pasangan perlu mengamalkan komunikasi secara bersopan santun, menggunakan panggilan mesra dan sesuai. Cuba elakkan bercakap secara serentak yang boleh menimbulkan ketegangan dan perbalahan. Cuba mendengar setiap perkataan dari pasangan sehingga dia menghabiskan kata-katanya.

Antara faktor yang merosakkan komunikasi suami isteri ialah:-

· Mempunyai andaian yang salah

· Inginkan pasangan yang serupa dengan diri sendiri

· Mengungkit, menyakiti, bangga diri

· Mencari kesalahan pasangan

· Terlalu cemburu

· Terlalu ingin berkuasa

· Menggunakan bahasa yang boleh memutuskan hubungan suami isteri

· Meremehkan pasangan

· Ego dan sensitif

Apabila kemarahan mula menguasai diri, perlu diingat bahawa ketika itu nafsu mula menguasai diri. Bagi mengelakkan situasi menjadi lebih buruk, segera mengambil wuduk dan elakkan berdiri semasa marah. Banyakkan bersabar dan elakkan daripada mengguna perkataan yang membangkitkan kemarahan atau menyalahkan pasangan. Tidak salah anda memulakan mengalah dengan mengakui kesalahan dan kesilapan diri. Sentiasa bersifat sedia memaafkan pasangan walaupun adakala kita merasa kita di pihak yang benar. Pilih satu masa yang sesuai untuk menerang kembali perkara tersebut.

Adakalanya kita lokek untuk menuturkan kata-kata indah di dalam komunikasi suami isteri. Biasakan mengucapkan salam pada pasangan setiap pagi dan petang. Begitu juga ucapan ’sayang’, ’tolong’, ‘terima kasih, “Insya-Allah ” apabila berjanji, ’maaf’ dan berdoa untuk kesejahteraan bersama. Apabila komunikasi suami isteri baik, maka hubungan akan menjadi lebih baik dan mesra. Ia juga boleh meningkatkan persefahaman, permuafakatan dan membawa kepada keharmonian keluarga.

Perubahan sikap

Tidak dinafikan dalam kehidupan berumah tangga ada pasang surutnya. Kita boleh menilai perubahan sikap pasangan jika dia cepat marah, mudah bosan atau tidak mampu mengendalikan urusan rutin. Pasangan juga mungkin mula mengalihkan kemarahan, hilang rasa lucu dan mula bersikap negatif.

Selain perubahan sikap, fizikal mereka juga mengalami perubahan. Pasangan mungkin jatuh sakit, tubuh badan menjadi terlalu kurus atau gemuk, hilang keceriaan diri, lesu, letih, tidak langsung berhias, agresif, suka mengelamun, sering lupa dan mengasingkan diri. Jika sikap begini ada pasangan kita, maka mulakan dengan perbincangan untuk mengelakkan keadaan menjadi semakin rumit.

Jika tidak ditangani dengan cepat, bimbang ia menjadi semakin kronik dan menganggu emosi. Jika sesuatu masalah tidak diselesaikan dengan cepat, pasangan terutama wanita akan mengalami perubahan emosi seperti terlalu cemburu, sedih dan sensitif, terlalu gembira, mementingkan diri, kemurungan dan kebimbangan yang keterlaluan.

Setiap dari kita harus bijak menangani tekanan. Tekanan boleh berlaku atas beberapa faktor. Tekanan berkait rapat dengan kesihatan fizikal, mental, psikologikal dan spiritual. Elakkan konflik dalaman sama ada dengan suami, isteri, keluarga atau tempat kerja. Menjalani kehidupan yang lebih bermakna akan mendatangkan kebaikan untuk diri, keluarga, masyarakat dan negara.

Jika mengalami tekanan, kita perlu mengenali punca-punca tekanan dan mengambil tindakan tertentu. Jika berlanjutan, dapatkan bantuan pakar. Di dalam situasi kehidupan yang mencabar hari ini tekanan berada di sekeliling kita. Jangan membiarkan tekanan menyebabkan rumah tangga kucar kacir dan hilang kebahagiaan yang pernah dikecapi sebelum ini.

Antara teknik untuk mengurangkan tekanan ialah dengan mengubahsuai amalan harian dengan melakukan senaman. Kita juga perlu menyedari tahap keupayaan diri dengan menyeimbangkan aktiviti kehidupan. Lakukan perancangan yang teratur dan yang paling penting pertingkatkan ibadah dengan bertaqarrub kepada Allah SWT.

Konflik

Konflik merupakan salah satu punca keretakan rumah tangga. Konflik terjadi apabila berkurangannya perasaan kasih sayang dan kemesraan antara pasangan. Rumah tangga yang berkonflik akan kehilangan ketenangan hidup, mengabaikan perlaksanaan tanggungjawab, pergaulan menjadi tidak baik, berlaku halangan komunikasi, tidak telus dan bersikap negatif

Konflik berpunca dari banyak sebab; antaranya kerana sikap tidak menghargai atau menghormati pasangan. Atau mungkin juga pasangan menghadapi masalah kesihatan sehingga gagal mengimbangi kerjaya dan rumah tangga. Ada juga yang berpunca kerana mereka gagal memahami budaya kerja pasangan.

Konflik bertambah gawat seandainya terdapat gangguan oleh faktor luaran yang negatif seperti kehadiran orang ketiga atau campur tangan keluarga mertua. Selain itu masalah kewangan juga boleh menimbulkan konflik yang meruncing. Atau mungkin juga pasangan mengamal akhlak yang buruk walau telah diberi peluang berkali-kali, namun tidak pernah berubah membuatkan pasangan semakin tawar hati. Ada juga pasangan yang berkonflik akibat perkahwinan campur kerana perbezaan budaya.

Konflik mengakibatkan tekanan perasaan yang menyebabkan hubungan tidak mesra dan pengabaian tanggungjawab. Jika berlanjutan ia mengakibatkan kesan semakin teruk iaitu pertengkaran, penganiayaan, kecurangan dan jalan penyelesaian terakhir yang meruntuhkan kebahagiaan yang dibina iaitu perceraian.

Bagi mengelakkan tekanan dan konflik melanda rumah tangga anda, kekalkan kasih sayang antara suami isteri. Elakkan dari perkara ini hadir dalam rumah tangga anda!

Makna CINTA, KASIH, SAYANG & HATI



C-Cinta sebelum berkahwin, biar sederhana, tak melanggar batas agama
I-Impian rumahtangga dirancangkan bersama (bukan praktikal sebelum nikah)
N-Nikah didahulukan pembuka gerbang kebahagiaan
T-Timang cahaya mata sebagai pengikat kasih sayang
A-Amalkan perintah Tuhan, Insyaallah bahagia membawa ke syurga.


K-Kasih berputik dikala pertunangan diikat
A-Akad dilafaz cinta berbunga
S-Suami disanjung-tinggi
I-Isteri disayangi
H-Harumlah kasih sepanjang zaman

S-Sayangkan Isteri kasihkan suami
A-Ada masalah, dibincangkan bersama
Y-Yang ringan sama dijinjing, berat sama dipikul
A-Amalkan hidup bertoleransi
N-Nak kekalkan bahagia, itu usaha bersama
G-Gaduh sesekali tu perkara biasa

H-Hati suami mesti dijaga
A-Apatah lagi hati isteri yang mudah tersentuh
T-Tanggung-jawab dipikul bersama
I-Isteri tak makan hati, suamipun tak cari ganti

admin say:renung2kanlah k...

Thursday, October 20

Keputusan Cabutan Perumahan PR1MA Putrajaya


Keputusan Cabutan Undi Terbuka Perumahan Rakyat 1 Malaysia Presint 11 Putrajaya

Berikut adalah nombor-nombor yang telah dicabut di dalam undian terbuka yang telah diadakan olehUNIT PR1MA, Pejabat Perdana Menteri pada 15hb Oktober 2011 di Dewan Pusat Kejiranan Presint 11 bagi permohonan untuk 560 unit rumah mampu milik di Presint 11, Putrajaya yang dibangunkan oleh Putrajaya Holdings Sdn. Bhd. :
PERINGATAN :
Kelayakan adalah tertakluk kepada syarat-syarat yang telah dinyatakan di dalam borang permohonan :

1. Warganegara Malaysia, 21 tahun ke atas;
2. BEKERJA atau MENETAP di Putrajaya;
3. Merupakan seorang PENGUNDI BERDAFTAR di PARLIMEN PUTRAJAYA (P.125);
4. Tidak mempunyai lebih dari SATU (1) rumah di Malaysia; dan
5. Mempunyai pendapatan isi rumah (suami+isteri atau bujang) TIDAK MELEBIHI RM6,000 sebulan.
34026554371640722508619944424753
57995699682627721843577842993093
94338334799456115636397435389
308452334023838540139653591788
3824268100169353213239152364829
37153711586943392389490110575102
25645402642485200156843969622
6798132131557209414658062614694
680747572541831840339849665658
72716053269161315999226971446568
227169364598200914416924982517
29161922594080699594170902129
3459063231221211185257822
62162275263278411558335332002
379735616017866233478018171968
5093275399515056851150327303333
185219714215851491652994810445
45186564414043556652472155706732
464370934662121149588272232243
62543785419164175963319116923899
4450711755425535723932969756707
4918523727264462555369449003249
17983109410424617252445828363266
42913831148472594945969915983
34746528240365513558050884924
18873021451603039952734884146
38072750713931362634142416481917
41034857183572615376184542963160
4446586413856636517948721595225
62675981673641268052587449395
54416763647481265271053416226
6327103410428354501345964102688
13537226517416517114337805046
404843286022500067964534287277
1636443149823665717569995513360
353567856581663259965964964332
35003263390022884676440165554208
373525073408461104258348094033
49113701294049286361155067571502
20803717439117642972104045632754
21902139644329932978122569376188
334828727233536394319521183442
58026643116139474856665063982454
32313166339622112664258471046811
6004843503661624034616343296447
5404369135522059103728055921350
54495710508325495450405768617206
45754036140166331498300423232035
1551598772016593535871022217078
28701889227464379710354586054
296849214087564067723526933889
2026206030652871616699729321765
1846349858881667265818731754300
63176738348415871423885713863
16812351238721574832409350962213
655017242702634781257067785665
16343697613514247305726771883
3441114178430516149185940204476
2574474165332814529357917481423
3764652018224334473430253012260
6012439699046982367310437843760
6579296162101760195553655655374
2629411824432096020390254594127
65984468369449026434974175368
246618292850122483540539571036
66043220435648343957847544629
39054075519739302287398612096275
49524530598131493165496048023970
5883149625901175270426538083202
18953072766623150588537962545

Petunjuk :
Pemohon yang belum memiliki rumah
Pemohon yang sudah memiliki sebuah rumah

Bagi nombor-nombor yang telah dicabut (seperti yang tertera di atas), pemohon* diminta untukmengemukakan alamat e-mel masing-masing melalui borang online yang disediakan berikut: Proses ini bagi membolehkan UNIT PR1MA menghantar surat permintaan rasmi untuk pemohon yang dicabut melalui undi, menghantar dokumen-dokumen yang diperlukan seperti dinyatakan di dalam syarat-syarat borang permohonan. Ini adalah bagi mengenal pasti bahawa mereka-mereka yang telah diundi memenuhi syarat-syarat kelengkapan yang telah ditetapkan iaitu:
1. Warganegara Malaysia, 21 tahun ke atas; 2. BEKERJA atau MENETAP di Putrajaya; 3. Merupakan seorang PENGUNDI BERDAFTAR di PARLIMEN PUTRAJAYA (P.125); 4. Tidak mempunyai lebih dari SATU (1) rumah di Malaysia; dan 5. Mempunyai pendapatan isi rumah (suami+isteri atau bujang) TIDAK MELEBIHI RM6,000 sebulan.
Kesemua pemohon yang telah diundi akan DITAPIS oleh JAWATANKUASA PENAPISAN yang akan dianggotai Agensi-Agensi dan Jabatan-Jabatan Kerajaan seperti yang dinyatakan di bawah, dan akan dipantau oleh Auditor Bertauliah, KPMG :
1. Jabatan Pendaftaran Negara 2. Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia 3. Lembaga Hasil Dalam Negeri 4. Lain-lain agensi yang berkaitan
*Para pemohon boleh menggunakan kemudahan semakan nombor balloting berdasarkan No. Kad Pengenalan masing-masing di : Semakan Nombor Balloting

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More