Selamat Datang

Selamat Berkunjung Kepada Semua Pengunjung Setia Blog Saya.Still Enjoy With Me K.

Kumpulan Nasyid DG-Wa

Persembahan di Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 2009.

Selamat Menyambut Hari Raya AidilAdha

Salam IdulAdha Kepada semua Pengunjung setia Blog saya,Klik gambar Untuk Panduan Solat Idul Adha.

Salam Nuzul Al-Quran

Bersamalah kita mengejar Malam LailatulQadar...Moga Kita Memperolehinya.

Waksjournal2

Still Enjoy With Me.

Friday, September 20

Salam Jumaat

Asalamualikum W.T.B & Salam jumaat

Cerita Pokok dan Mancis.
Sebatang pokok dapat membuat jutaan batang mancis, tetapi satu batang mancis juga dapat membakar jutaan pokok.

Jadi, satu fikiran negatif dapat membakar semua fikiran positif. Mancis mempunyai kepala, tetapi tidak mempunyai otak, oleh kerana itu, setiap kali ada gesekan kecil, Sang mancis terus terbakar.

Kita mempunyai kepala, dan juga otak, jadi kita tidaklah perlu terbakar dgn perasaan marah hanya kerena gesekan kecil. Ketika burung hidup, ia makan ulat, ketika burung mati, ulat pula makan burung.

Waktu terus berputar sepanjang zaman sama seperti kitaran kehidupan terus berlaku. Jangan merendahkan siapapun dalam hidup, bukan kerana siapa mereka, tetapi kerana siapa diri kita.

Kita mungkin berkuasa hari ini tetapi WAKTU lebih berkuasa daripada kita. Waktu kita sedang berjaya, kita merasa banyak teman di sekeliling kita.

Waktu kita sakit, kita baru tahu bahawa sihat itu sangat penting, jauh melebihi HARTA.

Ketika kita tua, kita baru tahu bahawa masih banyak perkara yang belum kita kerjakan dan, setelah di ambang ajal, kita baru tahu begitu banyak waktu yang terbuang sia-sia.

Hidup tidaklah lama, sudah saatnya kita bersama-sama membuat HIDUP LEBIH BERHARGA. Saling menghargai, saling membantu dan memberi, juga saling menyokong.

Jadilah teman perjalanan hidup yg tanpa banyak soal dan syarat. Believe in "Cause & Effect" Apa yang ditabur, itulah yang akan kita tuai...

Friday, July 19

Ramadhan Kareem!!

Pejam celik...pejam celik sekejap je dah masuk hari ke 10 Ramadhan harini...rase sekejap je mase berlalu...begitulaa juga betapa bersawangnya blog aku ni...nak kate bz..memang bz laa kan...tp kalo xde mood nak menaip nak buat cmne...huhu..Sepanjang bulan ramadhan sehingga 10hb ni aku xdela bz sgt..update keje2 sikit...tu jelaa...buka posa kali ni aku banyak berbuka dirumah...sebab kat masjid sesak yg amat dengan manusia....serabut pulak kepala...bazar ramadhan jgn ckp laa...ramainye manusia...nk tgk makanan pn susah...tengok aku dh rasa boring dh nak menulis ni...bagi aku seronok lg kalo bercakap dari menulis ni...yelaa...sikit2 typo...arghh stress nk kene delete bagai perkataan yang salah...ermm..k laa..aku dh xtaw nak tulis ape..padahal banyak je bnde nak storykan..tp aku lebih gemar bercakap dari menaip..huuhu..kepada follower aku yg sudi follow tu thanks banyak2 k...sori aku ni xgemar sgt nk menulis or menaip ni...hehe..pape lagi kalo sempat and ada mood aku update story aku kat korang k...

Salam Ramadhan al-Mubarak buat semua...


Monday, April 1

Ayah...Semoga Dikau Tenang Disana.......

Ketika berjauhan
Masihku rasa hangat kasihmu ayah
Betapaku rindukan redup wajahmu
Hadir menemaniku
Terbayang ketenangan
Yang selalu kau pamerkan
Bagaikan tiada keresahan

Walau hatimu sering terluka
Tika diriku terlanjur kata
Tak pernah sekali kau tinggalkan
Diriku sendirian
Ketika ku dalam kedukaan
Kau mendakap penuh pengertian
Di saat diriku kehampaan
Kau setia mengajarku
Erti kekuatan
Terpancar kebanggaan
Dalam senyummu
Melihatku berjaya
Bilaku kegagalan
Tak kau biarkan
Aku terus kecewa
Dengan kata azimat
Engkau nyalakan semangat
Restu dan doa kau iringkan

Terbayang ketenangan
Yang selalu kau pamerkan
Bagaikan tiada keresahan

Tak dapatku bayangkan
Hidupku ayah
Tanpa engkau di sisi
Semua kasih sayang
Yang kau curahkan
Tersemat di hati

 Assalamualaikum wbt dan selamat pagi semuaa.....lama dah rasanya tak update blog....dah bersawang rasa blog ni...huhu...sori semua...bz + malas nk update =D..

Hari ni Tanggal 1 April 2013....Maka genaplah sudah 5 Tahun Pemergian Ayahanda Tercinta Hj. Md Nor bin Hj. Md Jadi menghadap yang Maha Pencipta....terasa macam baru semalam kita bersua...tapi apa kan daya Allah SWT lebih menyayangi dirimu...semoga dikau tenang disana bersama-sama org-org yang beriman dan beramal soleh... 

"Ya Allah, Ya Tuhanku, ampunilah dosa-dosanya, kasihanilah ia, lindungilah ia dan maafkanlah ia, muliakanlah tempat kembalinya, lapangkan kuburnya, bersihkanlah ia dengan air salju dan air yang sejuk. Bersihkanlah ia dari segala kesalahan, sebagaimana Engkau telah membersihkan pakaian putih dari kotoran, dan gantilah rumahnya di dunia dengan rumah yang lebih baik di akhirat serta gantilah keluarganya -di dunia- dengan keluarga yang lebih baik, dan pasangan di dunia dengan yang lebih baik. Masukkanlah ia ke dalam surga-Mu dan lindungilah ia dari siksa kubur atau siksa api neraka)."

AL-FATIHAH

 

Tuesday, January 1

Tahun Baru Masehi 2013

Salam tahun baru Masehi 2013..mesti semua sibuk dgn azam tahun baru masing2 kan...tapi bg saya azam tahun baru saya telah pun di buat masa tahun baru hijri lg..papepn semua tu adalah salah satu KPI utk perancangan tahunan kita....yelaaa bukannya apa..agar perjalanan kita ada laa arah dan tujuan supaya tidak tersesat di pertengahan jalan atau berjalan tanpa arah tuju...taak gituu..hehehee...esok dh bermula hari pertama kerja di tahun 2013..hope ape yg dirancang brjln dgn lancar..semoga Allah merahmati serta memberkatiNya...dijauhkan dari segala malapetaka atau bencana...ameen...


***mood excited+nerbes nk exam bulan 1 ni...doakan saya ye kwn2 semuaaa...<3 ..=".." p="p">

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More