Selamat Datang

Selamat Berkunjung Kepada Semua Pengunjung Setia Blog Saya.Still Enjoy With Me K.

Kumpulan Nasyid DG-Wa

Persembahan di Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 2009.

Selamat Menyambut Hari Raya AidilAdha

Salam IdulAdha Kepada semua Pengunjung setia Blog saya,Klik gambar Untuk Panduan Solat Idul Adha.

Salam Nuzul Al-Quran

Bersamalah kita mengejar Malam LailatulQadar...Moga Kita Memperolehinya.

Waksjournal2

Still Enjoy With Me.

Showing posts with label kehidupan. Show all posts
Showing posts with label kehidupan. Show all posts

Wednesday, July 25

5 Ramadhan 1433H

وعَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِي الله تعالى عنهما، أنّ أعْرَابِيًّا جَاءَ إلَى النبيِّ صلّى الله عَليهِ وسلّم فَقَالَ :"إنِّي رَأيْتُ الهلالَ، فَقَالَ:" أتَشْهَدُ أنْ لا إلَه إلا الله؟ "، قَالَ: نَعَمْ . قَالَ: " أتَشْهَدُ أنّ محمدًا رَسولُ الله؟ "، قَالَ :نَعَمْ. قَالَ: "فَأذِّنْ في النّاسِ يَا بِلالُ! أنْ يَصُومُوا غَداً ". رَوَاهُ الخمسةُ. وَصحّحهُ ابنُ خُزَيْمَةَ، وابْنُ حِبَّان،, وَرَجَحَ النَّسائِيُّ إرْسَالَهُ. 

Bermaksud : “Ada seorang Arab Badawi dating kepada Nabi saw lalu berkata, “Aku melihat anak bulan”. Nabi saw bertanya, “Adakah kamu sudah bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah?”. Dia menjawab, “Ya”. Nabi saw bertanya lagi, “Dan apakah kamu sudah bersaksi bahawa Muhammad itu pesuruh Allah?”. Dia menjawab, “Ya”. Lantaran itu, Baginda saw bersabda, “Wahai Bilal, umumkanlah kepada orang ramai agar berpuasa esok hari’.

Berdasarkan hadis-hadis tersebut menjelaskan bahawa bermulanya awal bulan itu hendaklah ditentukan dengan melihat anak bulan, sama ada penentuan awal Ramadhan ataupun juga awal Syawal. Seandainya anak bulan tidak kelihatan dek ditutupi mendung, maka pergenapkanlah hitungan menjadi 30 hari. والله أعلم
(Rujukan : Subul al-Salam, jld : 2, ms : 307-310)


Kredit to: http://nadiirfan.blogspot.com/

Tuesday, July 24

4 Ramadhan 1433H

 وعَنِ ابْنِ عُمَرَ رضِي الله تعالى عنهما، قال: "تَرَاءَى النّاسُ الهِلالَ، فَأخْبَرْتُ النبيَّ صلّى الله عليه وسلّم أنِّي رَأيْتُهُ، فَصَامَ، وَأمَرَ النَّاسَ بِصِيامِهِ". رَوَاهُ أبو داوُد، وصحّحه الحاكِمُ وابن حِبَّان.

Bermaksud : “Orang ramai meninjau-ninjau anak-anak bulan, lalu aku memberitahu Nabi saw bahawa aku benar-benar telah melihatnya. Lantaran itu Nabi saw berpuasa dan menyuruh orang ramai untuk berpuasa”.








Monday, July 23

3 Ramadhan 1433H


3- وعنْ ابنِ عُمَرَ رضِي الله تعالى عنهما، قال:سَمِعْتُ رَسولَ اللهِ صلّى الله علَيه وسلّم يقول : "إذَا رَأيْتُمُوهُ فَصُومُوا، وَإذَا رَأيْتُمُوهُ فَأَفْطِرُوا، فإنْ غُمّ عَليكُم فَاقْدُرُوا لَه." متفق عليه. ولمسلمٍ : "فإنْ أُغْمِيَ عَليكُم فَاقْدُرُوا له ثلاثين". وللبخاري: "فأَكْمِلُوا العِدَّةَ ثلاثين". وله في حديث أبي هريرة : "فأَكْمِلُوا عِدَّةَ شَعْبَان ثلاثين".

Bermaksud : “Jika kalian melihatnya (anak bulan) maka berpuasalah. Dan jika kalian melihatnya (anak bulan) maka berhari rayalah. Seandainya kalian dilindungi awan untuk melihatnya, maka pergenapkanlah”.

Dalam riwayat Muslim : “Jika kalian terhalang oleh mendung, maka percukupkanlah 30 hari”. Dalam riwayat al-Bukhari pula : “Maka sempurnakanlah jumlah hitungan menjadi 30 hari”. Dalam riwayat al-Bukhari melalui Abu Hurairah : “Maka sempurnakanlah hitungan bulan Sya’aban menjadi 30 hari”.

Sunday, July 22

2 Ramadhan 1433H

وعن عَمّارِ بنِ ياسِرٍ رضي الله تعالى عنه قال: "مَنْ صَامَ اليَومَ الذّي يُشَـكُّ فيهِ فَقَدْ عَصَى أبا القَـاسِمِ صلّى الله عليه وَسلّم".
(ذكره البخاري تعليقـا، ووصله الخمسة، وصحّحَه ابن خزيمة وابن حِبّان).

Bermaksud : “Sesiapa yang berpuasa pada hari yang diragukan, bererti dia telah menderhakai Abu al-Qassim (Rasulullah saw)”.

Tujuan diharamkan berpuasa (meskipun terdapat perselisihan dalam kalangan ulama antara haram dan harus, namun bagi mazhab kita Syafie adalah diharamkan) adalah untuk membezakan antara bulan Sya’baan dan masuknya bulan Ramadhan. والله أعلم

Tuesday, June 19

bual kahwin



Seorang bapa bertanya kepada bakal menantunya:


"Mengapa awak nak cepat kahwin dengan anak pakcik? Bagi 7 alasan awak."
1. Apabila dah jumpa pasangan, harus dicepatkan kahwin (hadith)


2. Saya nak jaga mata, hati dan kemaluan


3. Saya Nak ikut sunnah, nikah, ajal bila2 masa sahaja


4. Saya nak ada zuriat yg dapat bahagia dan doakan kami, Kerana mati itu bila2 masa je boleh berlaku.


5. Supaya saya dapat beribadat dengan pahala yang berganda bila sudah punya isteri, sedangkan memandangnya sahaja sudah perolehi pahala


6. Saya dapat merasa tanggungjawab sebagai suami dan menjadi seorang yg lebih berfikir lebih matang serta bijaksana bagaimana nak menyara keluarga.


7. Saya bersedia untuk mengambil amanah ibu,ayah dan jaganya serta didiknya dengan kehidupan agama.


menantu: err.. dah cukup 7 tu kan? sy nk tambah satu lagi boleh??


bapak: uishh.. ade lagi?? apa dia??


no 8. Saya sayang dan cintakan anak pakcik ♥, InsyaAllah saya akan jaganya dengan baik.

31 hari lagii-Ya Ramadhan



Ramadhan bulan Rahmat, Pengampunan dan Pembebasan dari api neraka. Itu adalah janji-janji Tuhan Maha Esa kepada semua umat manusia terhadap amalan mereka semasa hidup. Jadi manfaatkan lah sebaiknya Bulan Ramadan sementara kita masih diberikan kesempatan oleh Allah.

Pejam celik pejam celik, hanya tinggal 30 hari ataupun sebulan sahaja lagi Bulan Ramadan akan tiba. Adakah kita masih lagi menjadi pilihan Nya untuk Ramadan kali ini? Sama-samalah kita berdoa agar kita diberikan peluang untuk bertemu dengan bulan yang penuh barakah ini sekali lagi untuk tahun 2012 ini.

"Ya Allah, temukanlah kami dengan bulan Ramadan Mu..." Aminnnn...

Kelebihan Bulan Ramadan

  • Daripada Anas (r.a), Katanya: Bersabda Nabi (s.a.w) : Tiada daripada seorang hamba apabila melihat ia sehari bulan Ramadan lantas dia memuji Allah  ( kerana kedatangan bulan rahmat dengan kelebihan dan keistimewaanya) kemudian dibacanya Al-Fatihah tujuh kali, melainkan diafiatkan Allah daripada sakit matanya pada bulan ini.
  • Kelebihan bulan Ramadan dan keagungannya dengan adanya malam Lailatul Qadar yang dirahsiakan, sehingga mendapat keampunan dan pahala serta darjat dan darjah tertinggi bagi orang yang berjaya mendapatkan malam Lailatul Qadar dengan dipenuhi amal ibadah dan bertaqwa kepada Allah, disamping sembahyangnya yang sunat , istiqfar, tasbih dan berzikir sepenuhnya.
  • Berkata Saidina Ali, Nabi (s.a.w) telah bersabda apabila engkau melihat sehari bulan maka bacalah olehmu "AllahuAkbar" 3 kali, kemudian bacalah:
    (Segala kepujian bagi Allah yang telah menjadikan aku dan telah menjadikan engkau, dan telah menentukan bagi engkau pangkat-pangkat (darjah) dan telah menjadikan engkau tanda (kekuasaan) bagi sekalian alam) nescaya bermegah Allah akan Dia dengan malaikat dan firmanNya: Hai malaikat! saksikanlah kamu, bahwa Aku telah merdekakan daripada api neraka, atau dibacakan :

    (Ya Allah, zahirlah Ramadan atas kami dengan keamanan dan keimanan dan dengan keselamatan dan keIslaman, Tuhanku dan Tuhan engkau Allah.)
  • Bersabda Nabi (s.a.w) : Bahawa syurga berlenggang-lenggang ia dan berhias dari setahun ke setahun kerana masuknya bulan Ramadan. Pada awal malam bulan Ramadan bertiup angin di bawah Arasy bergeraklah daun kayu lemah-longlainya di dalam syurga. Terdengarlah desiran daun-daun kayu, hembusan sang bayu syurga yang teramat indahnya.Seni rentak lagunya menawan seluruh perasaan nurani. Maka berhiaslah bidadari sekaliannya lalu berdirilah di atas puncak mercu syurga itu. Lantas bersuaralah bidadari : Adakah orang yang hendak meminang kami kepada Allah, kata bidadari pula: Apakah malam ini namanya? jawab Malek Ridwan (malaikat), Hai bidadari yang cantik manis, inilah malam awal Ramadhan, Lalu Allah berfirman: Hai Ramadan bukalah pintu syurga Bab AlJanan untuk orang-orang yang berpuasa daripada umat Muhammad (s.a.w). Hai Malek Ridwan tutuplah pintu neraka Al-Jahim daripada umat Muhammad (s.a.w), hai Jibrail belenggukan syaitan, lontarkannya ke dalam lautan supaya tidak membinasakan umat Muhammad akan puasanya. Maka berfirman Allah pada tiap-tiap malam Ramadan tiga kali : Adakah orang yang meminta ampun? Akan Aku ampunkan!
  • Pada malam Lailatul Qadar menyuruh Allah Ta'ala akan Jibrail Alaihisalam turun ke bumi, lalu turunlah Jibrail ke dalam perhimpunan malaikat ke bumi bersamanya bendera hijau lalu dipacakkan ke atas Kaabah, baginya 600 sayapnya , setengahnya tiada dibuka keduanya, melainkan pada malam Lailatul Qadar baharulah dibukakan keduanya, hingga sampai dari timur ke barat ( Musyriq Ke Maghrib ). Untuk menyelamatkan umat Muhammad, Lalu memberi salam kepada tiap orang yang berjaga pada malam Lailatul Qadar beribadah kerana mencari keredaan Allah, dan orang-orang yang duduk beribadah, orang yang sembahyang dan berzikir dan berjabat tangan sesama mereka mukmin dan mengucap amin doa orang-orang mukmin hingga terbit fajar subuh....... berkata para malaikat kepada Jibrail , apakah Allah berikan pada hajat orang mukmin dari umat Muhammad (s.a.w)  pada bulan Ramadan ini? Berkata Jibrail bahawasanya Allah menilik kepada  umat Muhammad yang berpuasa dan beribadah padanya dan dimaafkan mereka, diampunkan dosa-dosa mereka, melainkan empat orang yang tiada diampunkan dosanya: yaitu orang yang kekal minum arak, orang yang derhakakan ibubapanya, orang yang memutuskan sillaturrahim dan orang yang tidak bercakap dengan saudaranya lebih dari 3 hari.
  • Apabila pada malam akhir Ramadan dinamakan malam persalinan. Pada malam hari raya Aidilfitri didatangkan Allah malaikat kepada tiap-tiap negeri turunlah mereka ke bumi, berdiri pada permukaan jalan menyeru dengan suara yang kuat, semua mendengarnya kecuali jin dan manusia berkata mereka, hai umat Muhammad keluarlah kamu menghadap tuhan yang amat mulia (sembahyang raya di pagi raya) yang memberi pemberian yang berpanjangan dan mengampun akan dosa-dosa yang besar. Apabila tibalah umat Muhammad ke tempat sembahyang, firman Allah kepada maliakat : Hai malaikatKu, apakah balasan orang yang mengambil upah apabila selesai kerjanya ? Jawab malaikat , hai Tuhan kami, sempurnakanlah upahnya! Firman Allah bahawa Aku saksikan kamu hai malaikatku, telah aku jadikan pahala mereka dari puasa mereka pada bulan Ramadan mereka mendirikan sembahyang, ialah keredaanKu dan keampunanKu kepada mereka! Maka firmannya lagi : Hai segala hambaku, pohonlah kamu kepada ku, maka demi ketinggianku dan kebesaranku, tiada memohon kepadaku hari ini akak sesuatu bagi agamamu dan duniamu, melainkan Aku kurniakan kepadamu! (Al-Hadith).
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Diberi kepada umatku lima perkara yang belum pernah diberi kepada umat-umat dahulu sebelumnya :

  1. a) Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada kasturi di sisi Allah
  2. b) Segala perbelanjaan dan derita lapar selama puasanya adalah syurga balasannya.
  3. c) Diampunkan dosa-dosa mereka pada malam Lailatul Qadar.
  4. d) Amalan yang dilakukan pada bulan Ramadan digandakan kepada 10 hingga 700 kali ganda, melainkan puasa maka ianya bagiKu, Aku balas kepadanya yang berkuasa menahan syahwatnya, makan minumnnya kerana Aku.
  5. e) Dan mereka dikurniakan nikmat kepada mereka keseronokkan ketika berbuka dan ketika menemui tuhan di akhirat.(Al-Hadith)

  • Sabda Nabi (s.a.w) : Menunaikan yang sunat diberi balasan pahala fardhu, dan amal fardhu diberi balasan 70 kali ganda. Bulan puasa adalah bulan sabar (sabar dalam berbuat taat kepadaNya.), dan sabar itu adalah syurga balasannya bulan ini dilebihkan rezeki kepada hambanya orang mukmin, diampunkan baginya dosa-dosa. Barang siapa memberi makan kepada orang berpuasa pahalanya seperti memerdekakan hamba dan diampunkan dosanya, berkata sahabat : Bagaimana kami tak sanggup memberi makan orang yang berpuasa (berbuka puasa) ya Rasullullah - Allah memberi pahala ini kepada orang yang memberi seteguk susu atau sebiji kurma atau segelas air, barang siapa kenyangkan orang berpuasa diampunkan Tuhan dosanya, diminumkan Tuhan dari kolam Hudh sejenis minuman yang tiada dahaga lagi kemudiannya hingga masuk ia ke syurga dan pahalanya seperti pahala orang berpuasa. (Al-Hadith)
  • Puasa menurut segala yang disuruh dan menjauh segala pantang larangannya, diampunkan dosanya, dan bertasbih, bertahlil dibinakan rumah indah dalam syurga.
  • Barang siapa hadir ke dalam majlis zikir pada bulan Ramadan, ditulis tiap langkahnya ibadat setahun, dan pada hari Qiamat bersamaku di bawah Arasy. Siapa tetap berjemaah dalam bulan puasa didirikan kota bercahaya indah, cemerlangnya , dan yang berbakti kepada ibubapanya Allah memandang rahmat kepadanya, dan isteri yang berbuat sesuatu mencari keredaan suaminya, maka pahala yang besar Allah kurniakan kepadanya , seperti Siti Maryam dan siapa yang menyampaikan hajat orang mukmin, Allah menunaikan seribu hajatnya, dan siapa bersedekah kepada fakir miskin (yang ada anak isteri) tiap langkah dikurniakan kepadanya seribu kebajikan, dihapuskan seribu kejahatan dan diangkatkan seribu darjat baginya. (Al-Hadith).
  • Orang yang sembahyang bulan Ramadan tiap sekali sujud, dikurniakan kepadanya 1700 kebajikan, dan dibinakan rumah didalam syurga daripada permata bagi orang yang berpuasa dan beribadat, 75000 malaikat meminta ampun baginya dari pagi hingga tenggelam matahari, dan dibina sebuah mahligai baginya . (Al-Hadith)
  • Pada hari Qiamat, Allah memerintah Malek Ridwan supaya dikeluarkan orang-orang berpuasa daripada kuburnya dengan keadaan lapar dan dahaga, lalu disuruh Malek Ridwan berikan segala keinginan mereka dari segala macam makanan dan minuman syurga. Maka Malek Ridwan memerintah kepada anak-anak membawa talam-talam makanan , minuman dan buah-buahan. Sebagai balasan berlapar di bulan Ramadan. (A-Hadith)
  • Orang mukmin yang tidur dalam bulan puasa kerana puasa Ramadan, dia membalikkan badannya sambil meyebut Allah! maka kata malaikat kepadanya : Rahimakallah (Allah Mencucuri Rahmat kepada kamu.)
  • - Apabila  dia berdiri maka berdoalah hamparannya :  (Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadanya hamparan permaidani  tebal kepadanya di dalam syurga)
  • - Apabila memakai pakaian , berdoalah pakaian (Wahai Tuhanku, kurniakan kepadanya pakaian syurga)
  • - Apabila memakai kasut, berdoalah kasut  (Wahai Tuhanku, tetapkanlah atas titian Siratul Mustaqim!)
  • - Apabila memegang timba berdoalah pula timba : (Wahai Tuhanku kurniakan kepadanya gelas syurga!)
  • - Apabila mengambil air sembahyang , berdoalah air itu : (Wahai Tuhanku sucikannya daripada segala dosa dan kesalahan!)
  • - Apabila berdiri sembahyang , berdoalah rumahnya:  ( Wahai Tuhanku cahayakanlah kuburnya dan luaskanlah , lapangkanlah kuburnya!)
  • Serta menilik Allah kepadanya , maksudnya : HambaKu berdoa dan Aku menerima! (Al-Hadith)
  • Malaikat yang banyak muka bersujud kepada Allah pada hari Qiamat, satu muka sujud , satu muka melihat syurga, satu muka melihat neraka, satu muka melihat Arasy , lalu berkata malaikat itu : Wahai Tuhanku , ampunlah umat Muhammad, kasihanilah mereka! janganlah disiksa orang yang berpuasa Ramadan dari umat Muhammad! (Al-Hadith)
  • Keredaan Allah (bagi orang yang taat)
  • Keampuan Allah (bagi orang yang maksiat)
  • Jaminan Allah (bagi orang yang taat)
  • Kejinakan Allah (bagi orang yang tawakkal)
  • Anugerah Allah (bagi orang yang benar).
  • Ramadan, Ramada, ertinya : membakar - yakni menghapuskan dosa dosa orang yang berpuasa dan beribadat bulan Ramadan.
  • Ramadan ertinya bulan mendapatkan keredhaan Allah dan keampunan bagi hambaNya. Orang yang mendapat keredhaan dan keampunan Allah bererti memberi jaminan (kerana ibadatnya pada bulan mulia dengan penuh taat) mendapat syurga anugerah Allah bagi hambaNya yang benar benar melakukan ibadat kerana Nya pada bulan Ramadan termulia ini dengan ganjaran pahala sehingga seribu kali ganda dan keampunan yang banyak sekali, teristimewa pada malam Lailatul Qadar.
  • "Bahawa di dalam syurga terdapat bilik bilik, dilihat dari luar nampak di dalamnya dan dilihat dari dalam kelihatan di luarnya, berkata sahabat : untuk siapakah ya Rasulullah? Lantas Baginda menjawab : Ialah bagi orang yang baik percakapannya, bagi orang yang memberi makan makanan, bagi orang yang sentiasa berpuasa, bagi orang yang sembahyang di tengah malam sedang manusia banyak tidur." (Al Hadith)
  • "Semulia mulia sedeqah ialah sedeqah pada bulan Ramadhan." (Al Hadith)
  • "Puasa itu perisai dan sedeqah itu memadam kesalahan dosa sepertimana air memadamkan api." (Al Hadith)
  • "Siapa memberi makan ( berbuka puasa) kepada orang puasa makan baginya seumpama balasan pahala orang yang berpuasa dengan tidak kurang sedikitpun ." (Al Hadith)
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Tiada daripada seorang hamba berpuasa Ramadan, diam tiada berkata yang sia sia dan daripada yang haram dan yang makruh, dan sentiasa menyebut Allah (berzikrullah), menghalalkan yang dihalalkan Allah, mengharamkan akan yang diharamkan Allah, tiada mengerjakan kejahatan, melainkan sehingga berakhir Ramadan, telah diampunkan baginya segala dosanya, dan tiap tasbih, tiap tahlil, dibinakan sebuah rumah yang terindah di dalam syurga daripada permata zamrud, di dalamnya daripada yaqut merah indah, di dalam rangka permata itu (yaqut) terdapat sebuah khemah, di dalamnya terdapat bidadari ( hurul ain isteri syurga). Terhias dengan permata bercahaya indah yang menerangkan bumi seluruhnya.(Al Hadith)
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Bahawasanya bagi Allah beberapa kejadianNya, dijadikan mereka supaya menyampaikan segala hajat orang dan supaya orang meminta tolong kepada Nya, pada menyempurnakan segala hajat yang diperlukan, mereka itulah orang yang aman daripada siksa Allah (Riwayat At Tibrani) (Al-Hadith)
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Bahawa pintu langit dan pintu syurga dibuka pada awal Ramadan hingga akhir malam Ramadan, tiap orang yang bersembahyang pada malamnya dituliskan baginya tiap satu sujud 1700 kebajikan, dibina rumah baginya di dalam  syurga daripada yaqut merah indah, baginya 70 pintu daripada emas yang bertatah yaqut permata yang merah, orang yang berpuasa pada awal Ramadan diampunkan segala dosanya  hingga ke akhir bulan Ramadan, dibinakan baginya tiap tiap hari sebuah mahligai di dalam syurga, mempunya 1000 pintu daripa emas, dan meminta ampun baginya 70 000 malaikat  dari pagi  hingga tenggelam matahari (Al Hadith)
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Kelebihan hari Jumaat pada bulan Ramadan atas segala hari yang lainnya seperti kelebihan Ramadan atas segala bulan (Al Hadith)
  • Barangsiapa mengerjakan ibadat pada bulan Ramadan dengan keimanannya dan ikhlasnya kerana Allah, maka di ampunkan segala dosanya yang telah lalu (Al Hadith)
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Tidur orang yang berpuasa itu adalah ibadat, dan nafasnya itu adalah tasbih, doanya itu mustajab, dosanya diampunkan Allah, dan amal ibadatnya dilipatgandakan . (Al Hadith)
  • Apabila berakhir bulan Ramadan, menangis wali-wali Allah kerana terpisahnya bulan yang paling mulia yang digandakan ibadat berlipatkali ganda daripada bulan bulan yang lainnya, bulan Allah mudah menerima ampun taubat hambaNya, bulan yang banyak sekali diturun rahmat ke alam, bulan yang terdapat padanya malam Lailatul Qadar, suatu rahmat dan rahsia yang dikurniakan kepada hamba hamba Nya yang  salihin, yang tidak terdapat pada bulan bulan yang lainnya. Mereka menangis kerana belum tentu akan dapat menemui bulan termulia ini pada tahun tahun hadapan, kiranya dipanjangkan umur.
  • Apabila berakhirlah malam bulan Ramadan, menangislah tujuh petala langit dan tujuh petala bumi, dan segala malaikat, jerana berlalu Ramadan berlalulah kelebihan, sebab musibah bagi umatku, dan duduk segala malaikat bagi musibah, orang bertanya : Ya Rasullullah, apa itu musibah ? Jawab rasullullah (s.a.w), Kerana segala doa padaNya itu mustajab, sedakah makbul, segala kebajikan digandakan dan siksa kubur diangkat, maka apakah musibah yang terlebih besar daripada ini bagi umatku?! (Al-Hadith)
  • Malam Lailatul Qadar adalah malam rahsia, yang turunnya padanya malaikat Jibrail dan beberapa malaikat dengan perintah Allah. Orang yang berjaga dengan malam ibadatnya untuk mendapatkan malam Lailatul Qadar yang terahsia itu yang tidak diketahui oleh manusia, hanya orang-orang solihin yang hampir, orang berusaha mendapatkan malam mulia itu dengan berjaga malam pada sepuloh malam Ramadan yang terakhir maka diampunkan tuhan segala dosanya. Di pahalakannya dengan banyak , dirahmatkannya dengan limpah kurnia. Dan orang-orang solihin yang dikurniakan Allah mendapat malam Lailatul Qadar itu satu keberuntungan kebahagiaan bagi akhirat, mendapat keampunan dan rahmat terbesar, mendapat pimpinan Allah dalam hatinya, mendapat keredaan Allah dalam hidupnya dunia dan akhirat.
  • Malam Aidilfitri, malam raya, disunatkan kepada kita berjaga malam, beribadah, bertakbir "AllahuAkbar" sepanjang malamnya. Akan mendapat keampunan yang banyak, pahala yang besar, rahmat Allah tercurah kepadanya. Siapa yang menghidupkan dua malam raya (AidilFitri & AidilAdha) dengan ibadatnya dan takbirnya , tiada dimatikan hatinya pada hari yang dimatikan segala hati. (Al-Hadith).

Thursday, December 15

Munink!!

Wednesday, November 16

3M Papan Anjal Lelaki-Emas



Penerjun Malaysia Yeoh Ken Nee (kiri) menang pingat emas
dalam acara 3m papan anjal lelaki di Stadium Akuatik, Kompleks Sukan Jakabaring, Palembang. Ahmad Amsyar meraih gangsa

Tahniah Skuad Malaysia!!

Friday, November 4

Panduan Solat Idul Adha

Monday, October 24

Sekadar Renungan Untuk Dihayati

Suatu hari seorang penceramah terkenal membuka seminarnya dengan cara yang unik.
Sambil memegang wang RM100, dia bertanya kepada hadirin,

“Siapa yang nak duit ini?”.

Kelihatan ramai penonton angkat tangan menunjukkan ramai yang minat.

“Saya akan berikan ini kepada salah seorang dari anda , tapi sebelumnya perkenankanlah saya buat ni dulu.”


Dia berdiri mendekati hadirin. Wang itu diramas-ramas dengan tangannya sehingga renyuk.
Lalu bertanya lagi,

“Siapa yang masih mahu duit ini?”
Jumlah tangan yang mengangkat tak berkurang.

“Baiklah,” jawabnya,

“Apa jadinya bila saya melakukan ini?”

Ujarnya sambil menjatuhkan wang itu ke lantai & melenyek-lenyekkan dgn kasutnya. Meski masih utuh, kini wang itu jadi amat kotor,lusuh dan amat renyuk.

"OK, sekarang masih ada yang berminat?”.
Tangan-tangan yang angkat ke atas masih tetap banyak.

Hadirin sekalian, Anda baru saja menghadapi sebuah pelajaran penting. Apapun yang terjadi dengan wang ini, anda masih berminat kerana apa yang saya lakukan tidak akan mengurangi nilainya.

Biarpun renyuk,lusuh dan kotor, wang ini tetap bernilai RM100 juga..

Dalam kehidupan ini, kita pernah beberapa kali terjatuh, terkoyak, dan dipenuhi kotoran akibat keputusan yang kita buat & situasi yang menerpa kita dalam sesuatu keadaan dahulu.

Dalam keadaan seperti itu, kita merasa tak berharga, tak bererti.
Padahal apapun yang telah & akan terjadi, anda tidak pernah akan kehilangan nilai di mata mereka yang mencintai anda, lebih-lebih lagi di mata Tuhan.

Jadi walau bagaimana kotor pun anda, kita masih mempunyai nilai yang tersendiri. Sayangilah diri anda, bertaubat jika membuat dosa, terus berusaha jika gagal kerana diri kita sebenarnya amat berharga.

Dan jangan terlupa kita adalah makhluk Allah yang di pandang sama, hanya iman dan takwa yang membezakan kita.

Friday, October 21

Kasih Sayang Suami dan Isteri

Allah SWT berfirman yang bermaksud; “Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya, bahawa ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki) isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikannya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan, Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.” (Surah Al-Rum: ayat 21)

Alam rumah tangga ada pasang surutnya. Terpulang kepada kita bagaimana untuk mengemudinya. Jika tersilap langkah, boleh retak atau hancur rumah tangga yang dibina. Ilmu rumah tangga merangkumi setiap ruang lingkup kehidupan. Semoga rumah tangga kita diberkati Allah SWT. Berikut antara tip kebahagiaan rumah tangga.

Akhlak suami isteri

Kehidupan berumah tangga bermula dengan mencari pasangan hidup. Sebelum menerima pasangan, perlu meletakkan ciri-ciri berikut pada pasangan kita iaitu bersifat takwa, kasih sayang dan belas kasihan, bergaul secara baik, bertanggungjawab, bersikap terbuka, bertolak ansur, mengamalkan kebijaksanaan, musyawarah dan memberikan contoh yang baik

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya, “Sesungguhnya lelaki mukmin yang sempurna imannya ialah mereka yang baik tingkahlakunya dan lemah lembut terhadap isteri dan anak-anaknya.” (Riwayat At-Turmizi)

Bukan suami sahaja, isteri juga perlu menyiapkan diri dengan ciri-ciri sempurna seperti bersifat takwa, mentaati suami, menghias diri untuk suami, mencintai dan mengasihi suami, memelihara kehormatan diri dan harta suami, menjaga rahsia rumah tangga, melaksanakan kepimpinan selaku isteri dan mendapat keizinan suami dalam segala urusan.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud; “Kahwinilah wanita kerana empat perkara, kerana harta, keturunan, kecantikan dan kerana agamanya. Pilihlah wanita yang beragama, nescaya akan selamat” (Muttafaqun’ Alaih)

Rumah tangga boleh menjadi pudar sekiranya suami isteri tidak bijak menangani sesuatu kekusutan yang berlaku. Antara punca kekusutan yang perlu dihindari ialah membesarkan masalah yang remeh, mengabaikan perasaan pasangan, tidak ambil berat hal agama, mengabaikan sopan santun, menghina pasangan atau keturunan, cemburu buta dan menyakiti hati pasangan.

Sebelum mendirikan rumah tangga, pasangan perlu membuat persediaan secukupnya. Pasangan perlu mendalami ilmu fardhu ain dan kifayah. Selain itu perlu juga persediaan fizikal, mental dan spiritual kerana perkahwian adalah penyatuan dua individu yang berlainan latar belakang, keluarga dan persekitaran. Perkara utama juga ialah persediaan tahap sosio ekonomi kerana alam rumah tangga menuntut sepenuh komitmen ini (ekonomi). Banyak kes perceraian berlaku semata-mata kerana tuntutan ekonomi yang mendesak.

Matlamat perkahwinan

Untuk mencapai kebahagiaan hidup berkeluarga yang berkekalan dan mendapat rahmat serta keredhaan Allah SWT adalah dengan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh syarak. Telah diperturunkan beberapa hikmah menerusi perkahwinan antaranya memelihara diri daripada melakukan perkara yang haram, memelihara kesucian keturunan dan membentuk keluarga serta menyusun masyarakat yang bersih dan harmoni.

Komunikasi memainkan peranan penting dalam rumah tangga. Pasangan perlu mengamalkan komunikasi secara bersopan santun, menggunakan panggilan mesra dan sesuai. Cuba elakkan bercakap secara serentak yang boleh menimbulkan ketegangan dan perbalahan. Cuba mendengar setiap perkataan dari pasangan sehingga dia menghabiskan kata-katanya.

Antara faktor yang merosakkan komunikasi suami isteri ialah:-

· Mempunyai andaian yang salah

· Inginkan pasangan yang serupa dengan diri sendiri

· Mengungkit, menyakiti, bangga diri

· Mencari kesalahan pasangan

· Terlalu cemburu

· Terlalu ingin berkuasa

· Menggunakan bahasa yang boleh memutuskan hubungan suami isteri

· Meremehkan pasangan

· Ego dan sensitif

Apabila kemarahan mula menguasai diri, perlu diingat bahawa ketika itu nafsu mula menguasai diri. Bagi mengelakkan situasi menjadi lebih buruk, segera mengambil wuduk dan elakkan berdiri semasa marah. Banyakkan bersabar dan elakkan daripada mengguna perkataan yang membangkitkan kemarahan atau menyalahkan pasangan. Tidak salah anda memulakan mengalah dengan mengakui kesalahan dan kesilapan diri. Sentiasa bersifat sedia memaafkan pasangan walaupun adakala kita merasa kita di pihak yang benar. Pilih satu masa yang sesuai untuk menerang kembali perkara tersebut.

Adakalanya kita lokek untuk menuturkan kata-kata indah di dalam komunikasi suami isteri. Biasakan mengucapkan salam pada pasangan setiap pagi dan petang. Begitu juga ucapan ’sayang’, ’tolong’, ‘terima kasih, “Insya-Allah ” apabila berjanji, ’maaf’ dan berdoa untuk kesejahteraan bersama. Apabila komunikasi suami isteri baik, maka hubungan akan menjadi lebih baik dan mesra. Ia juga boleh meningkatkan persefahaman, permuafakatan dan membawa kepada keharmonian keluarga.

Perubahan sikap

Tidak dinafikan dalam kehidupan berumah tangga ada pasang surutnya. Kita boleh menilai perubahan sikap pasangan jika dia cepat marah, mudah bosan atau tidak mampu mengendalikan urusan rutin. Pasangan juga mungkin mula mengalihkan kemarahan, hilang rasa lucu dan mula bersikap negatif.

Selain perubahan sikap, fizikal mereka juga mengalami perubahan. Pasangan mungkin jatuh sakit, tubuh badan menjadi terlalu kurus atau gemuk, hilang keceriaan diri, lesu, letih, tidak langsung berhias, agresif, suka mengelamun, sering lupa dan mengasingkan diri. Jika sikap begini ada pasangan kita, maka mulakan dengan perbincangan untuk mengelakkan keadaan menjadi semakin rumit.

Jika tidak ditangani dengan cepat, bimbang ia menjadi semakin kronik dan menganggu emosi. Jika sesuatu masalah tidak diselesaikan dengan cepat, pasangan terutama wanita akan mengalami perubahan emosi seperti terlalu cemburu, sedih dan sensitif, terlalu gembira, mementingkan diri, kemurungan dan kebimbangan yang keterlaluan.

Setiap dari kita harus bijak menangani tekanan. Tekanan boleh berlaku atas beberapa faktor. Tekanan berkait rapat dengan kesihatan fizikal, mental, psikologikal dan spiritual. Elakkan konflik dalaman sama ada dengan suami, isteri, keluarga atau tempat kerja. Menjalani kehidupan yang lebih bermakna akan mendatangkan kebaikan untuk diri, keluarga, masyarakat dan negara.

Jika mengalami tekanan, kita perlu mengenali punca-punca tekanan dan mengambil tindakan tertentu. Jika berlanjutan, dapatkan bantuan pakar. Di dalam situasi kehidupan yang mencabar hari ini tekanan berada di sekeliling kita. Jangan membiarkan tekanan menyebabkan rumah tangga kucar kacir dan hilang kebahagiaan yang pernah dikecapi sebelum ini.

Antara teknik untuk mengurangkan tekanan ialah dengan mengubahsuai amalan harian dengan melakukan senaman. Kita juga perlu menyedari tahap keupayaan diri dengan menyeimbangkan aktiviti kehidupan. Lakukan perancangan yang teratur dan yang paling penting pertingkatkan ibadah dengan bertaqarrub kepada Allah SWT.

Konflik

Konflik merupakan salah satu punca keretakan rumah tangga. Konflik terjadi apabila berkurangannya perasaan kasih sayang dan kemesraan antara pasangan. Rumah tangga yang berkonflik akan kehilangan ketenangan hidup, mengabaikan perlaksanaan tanggungjawab, pergaulan menjadi tidak baik, berlaku halangan komunikasi, tidak telus dan bersikap negatif

Konflik berpunca dari banyak sebab; antaranya kerana sikap tidak menghargai atau menghormati pasangan. Atau mungkin juga pasangan menghadapi masalah kesihatan sehingga gagal mengimbangi kerjaya dan rumah tangga. Ada juga yang berpunca kerana mereka gagal memahami budaya kerja pasangan.

Konflik bertambah gawat seandainya terdapat gangguan oleh faktor luaran yang negatif seperti kehadiran orang ketiga atau campur tangan keluarga mertua. Selain itu masalah kewangan juga boleh menimbulkan konflik yang meruncing. Atau mungkin juga pasangan mengamal akhlak yang buruk walau telah diberi peluang berkali-kali, namun tidak pernah berubah membuatkan pasangan semakin tawar hati. Ada juga pasangan yang berkonflik akibat perkahwinan campur kerana perbezaan budaya.

Konflik mengakibatkan tekanan perasaan yang menyebabkan hubungan tidak mesra dan pengabaian tanggungjawab. Jika berlanjutan ia mengakibatkan kesan semakin teruk iaitu pertengkaran, penganiayaan, kecurangan dan jalan penyelesaian terakhir yang meruntuhkan kebahagiaan yang dibina iaitu perceraian.

Bagi mengelakkan tekanan dan konflik melanda rumah tangga anda, kekalkan kasih sayang antara suami isteri. Elakkan dari perkara ini hadir dalam rumah tangga anda!

Makna CINTA, KASIH, SAYANG & HATI



C-Cinta sebelum berkahwin, biar sederhana, tak melanggar batas agama
I-Impian rumahtangga dirancangkan bersama (bukan praktikal sebelum nikah)
N-Nikah didahulukan pembuka gerbang kebahagiaan
T-Timang cahaya mata sebagai pengikat kasih sayang
A-Amalkan perintah Tuhan, Insyaallah bahagia membawa ke syurga.


K-Kasih berputik dikala pertunangan diikat
A-Akad dilafaz cinta berbunga
S-Suami disanjung-tinggi
I-Isteri disayangi
H-Harumlah kasih sepanjang zaman

S-Sayangkan Isteri kasihkan suami
A-Ada masalah, dibincangkan bersama
Y-Yang ringan sama dijinjing, berat sama dipikul
A-Amalkan hidup bertoleransi
N-Nak kekalkan bahagia, itu usaha bersama
G-Gaduh sesekali tu perkara biasa

H-Hati suami mesti dijaga
A-Apatah lagi hati isteri yang mudah tersentuh
T-Tanggung-jawab dipikul bersama
I-Isteri tak makan hati, suamipun tak cari ganti

admin say:renung2kanlah k...

Wednesday, October 19

Hidup Tanpa Pen...


Lost Your Pen = No Pen

No Pen = No Notes

No Notes = No Study

No Study = Fail

Fail = No Diploma

No Diploma = No Work

No Work = No Money

No Money = No Food

No Food = You Get Skinny

You Get Skinny = Then You Get Ugly

Ugly = No Love

No Love = No Marriage

No Marriage = No Children

No Children = Alone

Alone = Depression

Depression = Sickness

Sickness = Death!!

Lesson: Don’t lose your pen, you will die..:P

admin: so jgn lose your pen k...kalo x anda akan mati..hehe..

Tuesday, October 18

Lelaki Diciptakan untuk Wanita...begitulah sebaliknya...


Malam pasangannya siang,
Jaga pasangannya tidur,
Rajin pasangannya malas,
Dan lelaki pasangannya perempuan.

Kerana perempuan adalah
pasangan kepada lelaki,

maka Allah telah menciptakan bentuk badan wanita
itu dapat memikat hati lelaki.

Bila berkata tentang terpikat,
maka ia ada hubung kait dengan nafsu.
Jika ia ada hubungkait dengan nafsu,
ianya ada hubungan pula dengan bisikan syaitan.

Jadi untuk mengawal nafsu, mestilah dikawal dengan iman.
Untuk mendapatkan iman mesti menurut perintah
Allah dan RasulNya dan menjauhi laranganNya.

Pada mata lelaki, perempuan ini adalah simbol.
Simbol apa, semua orang tahu.
Orang lelaki mempunyai imaginasi yang nakal jika
tidak dikawal dengan iman.
Maka mata lelaki ini selalu menjalar
apabila terlihat seorang perempuan.

Setiap bentuk badan seorang
perempuan boleh dihayati oleh seorang lelaki
dengan berbagai-bagai tafsiran nakal nafsu.
Apabila seorang lelaki terlihat seorang
perempuan, maka perkara pertama yang akan
dilihatnya ialah rambut wanita berkenaan.
Maka akan ditafsirlah berbagai2 cara oleh
seorang lelaki akan rambut wanita berkenaan.

Oleh kerana itulah wanita wajib menutup rambutnya.
Apabila rambut wanita itu telah ditutup, maka
mata lelaki itu akan turun ke bawah melihat
bentuk lehernya,
maka wajiblah wanita itu menutup lehernya.
Maka mata lelaki itu akan turun lagi
melihat bentuk payu daranya,
maka wanita itu berkewajipanlah menutup bentuk
payu daranya dengan melabuhkan tudungnya.

Setelah itu mata lelaki akan
turun lagi melihat
bentuk ramping pinggangnya,
maka labuhkanlah pakaian supaya tidak ternampak
bentuk pinggangnya,
maka mata lelaki itu akan melihat pula akan
bentuk punggungnya,
maka wajiblah wanita itu membesarkan pakaiannya
agar bentuk punggung tidak kelihatan, dan
lelaki itu akan pula melihat bentuk pehanya,
maka janganlah sesekali wanita itu memakai kain
yang agak ketat sehingga terlihat bentuk
pehanya walau sedikit,
maka akan dilihat lagi oleh lelaki itu akan
bentuk kakinya pula,
maka janganlah wanita itu berseluar, kerana
terus-terang pihak lelaki bercakap, walau
muslimah itu bertudung labuh, berbaju labuh,
jika beliau memakai seluar,walau nampak besar
sedikit, nafsu kami lelaki akan terusik secara
sepontan, entah tak tahu Kenapa?

Mata lelaki ini nakal, setelah tidak ternampak
akan bentuk kakinya,
maka akan dilihatlah pula akan mata lelaki itu kepada kakinya,
maka wajiblah wanita itu untuk menolong lelaki
itu tidak berdosa, menutup kakinya dengan
melabuhkan kain, atau memakai stokinyg warnanya
jangan sesekali berwarna kulit perempuan,
maka mata lelaki ini akan kembali ke atas,
akan melihat pula bentuk tangan wanita itu,
maka tolonglah wahai muslimah, agar melabuhkan
tudung menutupi bentuk tangannya yang indah pada pandangan lelaki.

Maka wahai lelaki,
janganlah pula kamu melihat mukanya,
kerana ia akan menimbulkan fitnah, kecuali jika
kamu wahai lelaki, ingin meminangnya.
Jika wanita itu cukup soleh, takut mukanya yang
cantik akan menimbulkan fitnah,
maka berpurdahlah kamu,
jika itu lebih baik untuk kamu.

Tetapi mata lelaki ini ada satu lagi jenis
penyakit,iaitu mata
lelaki itu akan tertangkap dengan sepontan jika
ia terlihat warna yang menyerlah atau terang
jika ianya berada pada perempuan.

Maka oleh itu wahai perempuan, tolonglah jangan
memakai pakaian yang warnanya terang-terangan sangat.
Jika hendak pakai pun, pakailah untuk suami.
Itulah wahai muslimah, jika anda semua ingin tahu
apakah dia mata lelaki itu, dan perlu
diingatkan, jika semua aurat telah ditutup,
jangan anggap tugas kita telah selesai, perlulah
pula kita menjaga kehormatan diri masing2,
jangan keluar seorang2,keluarlah dengan
mahram, atau keluarlah sekurang2nya 3 wanita agar
tidak diganggu gangguan luar, mata lelaki pula
janganlah menjalar langsung kepada muslimah,
walau muslimah itu telah menutup aurat,
insyaAllah selamat dunia akhirat.

Seperti firman Allah,”Dan tundukkanlah pandanganmu
dan jagalah kemaluanmu”.
Dunia sekarang telah banyak yang cacat celanya,
sehingga ketaraf seseorang yang memakai tudung
masih beliau tidak menutup aurat, dan pada kaum
lelaki, mata kamu itu wajib untuk tidak
mencuri2 melihat wanita muslimah, kerana ia
dilarangi oleh Allah SWT.

Ingat-ingatkanlah wahai muslimin muslimat.
Sekilau-kilau berlian paling menarik untuk dicuri..
Seindah-indah ciptaan adalah yang paling sukar untuk dijaga…


Monday, October 17

Tapi Ayah, Adakah Manusia Tidak Masuk Neraka Jika Hari Hujan?


Pada setiap petang Jumaat, selepas solat Jumaat, selepas melayani para jamaah di Masjid,Imam dan putera lelakinya yang berumur 11 tahun akan keluar ke bandar untuk mengedarkan risalah bertajuk “Jalan Ke Syurga” dan juga menyampaikan ceramah agama.

Pada petang Jumaat itu, seperti biasa Imam dan putera lelakinya akan keluar untuk mengedarkan risalah. Bagaimanapun pada petang tersebut keadaan di luar rumah sangat sejuk dan hujan pula turun dengan sangat lebat.

Budak itu memakai baju sejuk dan baju hujan dan berkata “OK ayah, saya sudah bersedia”. Ayahnya berkata “Bersedia untuk apa?”. Budak itu menjawab “Ayah, masa telah tiba untuk kita keluar mengedarkan buku-buku tentang Islam ini”. Ayahnya membalas “Anakku, di luar sana sangat sejuk dan hujan lebat pulak”.

Dengan muka yang kehairanan, budak itu bertanya ayahnya, “Tetapi ayah, adakah manusia tidak masuk neraka jika hari hujan?” Ayahnya menjawab, “Anakku, Ayah tak akan keluar dengan cuaca begini..”. Dengan nada sedih, budak itu bertanya, “Ayah, boleh tak benarkan saya pergi?”. Ayahnya teragak-agak seketika, kemudian berkata, “Anakku, awak boleh pergi. Bawalah buku ini semua dan berhati-hati” .

Kemudian, budak itu telah keluar dan meredah hujan. Budak sebelas tahun ini berjalan dari pintu ke pintu dan lorong-lorong sekitar bandar. Dia memberikan risalah dan buku kepada setiap orang yang ditemuinya. Setelah dua jam berjalan dalam hujan, akhirnya tinggal hanya satu naskhah padanya. Ketika itu dia telah basah kuyup dan berasa sejuk hingga ke tulang. Budak itu berhenti di satu penjuru jalan sambil mencari seseorang untuk diberikan buku tersebut. Namun keadaan di situ lengang. Kemudian dia berpatah balik ke rumah pertama yang dia lalu di lorong itu.

Dia berjalan di kaki lima menuju ke rumah tersebut. Bila sampai di pintu hadapan, dia menekan suis loceng namun tiada sesiapa yang membuka pintu. Dia tekan lagi dan lagi, tetapi masih tiada jawapan. Dia tunggu lagi tetapi masih tiada jawapan. Akhirnya dia berpaling untuk meninggalkan rumah tersebut, tetapi seperti ada sesuatu yang menghalangnya. Dia kembali ke pintu itu dan menekan lagi suis loceng dan buat pertama kalinya mengetuk pintu dengan kuat. Dia tunggu, kemudian seperti sesuatu di anjung rumah itu menghalangnya supaya jangan pergi.

Dia menekan suis loceng sekali lagi dan kali ini dengan perlahan pintu dibuka. Berdiri di hadapan pintu itu seorang perempuan tua yang berwajah kesedihan. Dengan perlahan perempuan tua itu bertanya, “Apa yang boleh saya bantu awak, wahai budak?”. Dengan senyuman serta mata yang bersinar yang boleh menyinarkan bumi, budak itu berkata, “Makcik, saya mohon maaf kalau saya telah mengganggu makcik.

Saya hanya ingin memberitahu bahawa Allah sangat sayang dan sentiasa melindungi makcik. Saya datang ini hendak memberikan sebuah buku yang terakhir ada pada saya ini. Buku ini menerangkan semua tentang Tuhan, tujuan sebenar Tuhan menjadikan kita dan bagaimana untuk mencapai kebahagiaan daripada-Nya” .. Kemudian, budak itu menyerahkan buku terakhir itu dan berpaling untuk balik.

Sebelum berjalan balik, perempuan itu berkata, “Terima kasih ya anak dan semoga Tuhan memberkatimu” . Selepas solat Jumaat pada minggu berikutnya, Imam menyampaikan ceramah agama seperti biasa. Dia menamatkan ceramahnya dengan bertanya, ” Ada sesiapa yang ingin bertanya soalan atau ingin berkata sesuatu?”.

Dengan perlahan, di barisan belakang di kalangan tempat duduk muslimat, suara seorang perempuan tua kedengaran di speaker, “Tiada di kalangan jemaah yang berkumpul ini mengenali saya. Saya tidak pernah hadir sebelum ini. Sebelum hari Jumaat yang lepas, saya belum lagi memeluk agama Islam bahkan tidak terfikir langsung untuk memeluknya.

Suami saya telah meninggal dunia beberapa tahun yang lalu, meninggalkan saya sebatang kara, saya benar-benar keseorangan di dunia ini.” Pada petang Jumaat yang lepas, ketika cuaca sejuk dan hujan lebat, saya telah bertekad untuk membunuh diri kerana sudah putus harapan untuk hidup.

Jadi saya mengambil seutas tali dan sebuah kerusi lalu menaiki loteng di rumah saya. Saya ikat tali tersebut dengan kuat pada kayu palang di bumbung rumah kemudian berdiri di atas kerusi, hujung tali satu lagi saya ikat di sekeliling leher saya. Sambil berdiri di atas kerusi, saya berasa benar-benar keseorangan, patah hati.

Saya hampir-hampir hendak melompat tiba-tiba loceng pintu berbunyi di tingkat bawah dan saya tersentak. Saya berfikir untuk menunggu sebentar, dan pasti orang itu akan pergi. Saya tunggu dan tunggu, tetapi bunyi loceng semakin kuat dan bertubi-tubi. Kemudian orang yang menekan suis loceng itu, mengetuk pintu pula dengan kuat.

Saya berfikir sendirian lagi “Siapalah di muka bumi ini yang boleh buat begini? Tiada siapa pernah tekan suis loceng itu atau nak berjumpa dengan saya”. Saya longgarkan tali ikatan di leher dan kemudian pergi ke pintu hadapan. Ketika itu bunyi loceng kuat dan semakin kuat.

Bila saya buka pintu dan lihat, sukar untuk dipercayai oleh mata saya, di anjung rumah saya itu berdiri seorang budak yang sangat comel yang bersinar wajahnya seperti malaikat, tidak pernah saya jumpa sebelum ini di dalam hidup saya.

Budak itu tersenyum. Oh! Saya tidak dapat hendak gambarkan kepada anda semua. Perkataan yang keluar daripada mulutnya menyebabkan hati saya yang telah lama mati tiba-tiba hidup semula, seruan budak itu seperti suara bayi yang sangat comel. “Makcik, saya datang hendak memberitahu bahawa Allah sangat menyayangi dan sentiasa melindungi makcik”.

Kemudian dia memberikan kepada saya sebuah buku bertajuk ” Jalan Ke Syurga” yang saya sedang pegang ini. Bila “malaikat kecil” itu telah pulang meredah sejuk dan hujan, saya menutup pintu dan membaca dengan perlahan setiap perkataan yang tertulis di dalam buku tersebut.

Kemudian saya naik semula ke loteng untuk mendapatkan semula tali dan kerusi. Saya tak perlukannya lagi. Oleh sebab di belakang buku ini ada tertera alamat tempat ini, saya sendiri datang ke masjid ini ingin mengucapkan syukur kepada Tuhan.

Tuhan kepada budak kecil yang telah datang tepat pada waktunya, yang dengan demikian telah terhindar jiwa saya daripada keabadian di dalam neraka. Ramai yang berada di dalam masjid ketika itu menitiskan air mata. Mereka melaungkan TAKBIR.ALLAH HU AKBAR. gemaan takbir bergema di udara.

Imam iaitu ayah kepada budak itu turun dari mimbar pergi ke barisan hadapan di mana “malaikat kecil” itu sedang duduk. Dia mendakap puteranya dengan air mata keluar tanpa disedarinya. Mungkin tidak ada jemaah yang memiliki saat yang lebih mulia ini dan mungkin di alam semesta ini belum pernah melihat seorang ayah yang penuh kasih sayang dan penghormatan terhadap anaknya. Inilah satu peristiwa..

Berbahagialah anda kerana membaca kisah ini. Jangan biarkan kisah ini di sini sahaja. Bacalah lagi dan sampaikan kepada yang lain. Syurga adalah untuk umat-Nya. Ingatlah, dengan menyebarkan firman Allah boleh mengubah hidup seseorang yang hampir dengan anda. Sila kongsi kisah menarik ini. Sebarkanlah kalimah Allah, kalau kita bantu Allah, Allah akan membantu kita dalam semua perkara yang kita buat.

Maksud firman Allah dalam Surah al-Maidah ayat 3; “.pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa (daripada memesongkan kamu) dari agama kamu (setelah mereka melihat perkembangan Islam dan umatnya), sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepadaKu.

Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu, maka sesiapa yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda yang diharamkan) sedang ia tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah ia memakannya), kerana Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”

Thursday, October 13

Sesudu....

Alkisah tersebutlah kisah….

Di sebuah klinik yang terletak berhampiran sebuah kampung…

Doktor : Awak nampak tak sihat? (sambil mengambil stetoskop)

Pak Pandir : Pening kepala, sakit dada….. doktor.

Doktor : Aaa…. suhu badan awak tinggi, ambil ubat ni… makan 2 sudu, 3 kali sehari.

Pak Pandir : Terima kasih.

Seminggu kemudian…..

Doktor : Eh, kamu lagi? Apa pulak masalah awak?

Pak Pandir : pening kepala,…. sakit dada hilang dah…. TAPI sakit perut pulak….(sambil mengerang…)

Doktor : Ubat yang saya bagi hari itu dah habis makan? Pahit ke?

Pak Pandir : Saya makan habis dah ubat tu, tak ada masalah…… cuma, SUDDDU doktor…….

Doktor : Kenapa dengan sudu?

Pak Pandir : (dengan selamba) …. keras sikit ….. doktor!

Doktor : ???????

admin says: ade ke yg buat mcm nie..memang lurus bendul la...huahuahua...

Kedutaan Malaysia di Indonesia, Parah??

JAKARTA: Isu sempadan Malaysia-Indonesia di Kalimantan Barat yang dihangatkan oleh media tempatan telah menyebabkan sekumpulan rakyat Indonesia mengadakan demonstrasi dan bertindak liar depan Kedutaan Besar Malaysia di sini hari ini sehingga merosakkan cermin pos pengawal.

Kumpulan dari Forum Betawi Rempug (FBR) yang berjumlah kira-kira 650 orang berdemonstrasi di Kedutaan Besar Malaysia selama satu setengah jam mulai pukul 1 petang, melempar benda keras seperti batu, kayu dan buluh serta telur ke dalam kawasan kedutaan. Ini menyebabkan cermin pos pengawal dan beberapa lampu pagar kedutaan pecah hingga melukakan sembilan anggota polis yang berkawal di situ.

Penunjuk perasaan itu dikatakan membantah tindakan Malaysia yang didakwa kononnya mengambil tanah seluas lebih 1,000 hektar secara haram di Kalimantan Barat. Kumpulan itu dipimpin Pengarah FBR Edwan Hamidy.

Pejabat Kedutaan Besar Malaysia tidak melayani sebarang nota bantahan dari kumpulan itu kerana dakwaan mereka itu tidak benar. Penunjuk perasaan menjadi marah apabila dihalang oleh pihak polis daripada memasang bendera FBR di pintu pagar bangunan pejabat kedutaan itu sehingga mereka bertindak liar merempuh anggota polis. Pasukan polis terpaksa melepaskan gas pemedih mata ke arah mereka bagi mengawal keadaan daripada menjadi bertambah buruk.

Isu pertikaian sempadan itu berlaku apabila Timbalan Ketua Suruhanjaya 1, Dewan Perwakilan Rakyat Tb Hasanuddin hujung minggu lalu mendakwa Indonesia kehilangan 1,400 hektar di Camar Bulan serta 800 meter garis pantai di Tanjung Datu, yang didakwa telah diambil oleh Malaysia. Dakwaan beliau bagaimanapun segera disangkal beberapa menteri kabinet Indonesia kerana ia tidak berasas. Mereka ialah Menteri Penyelaras Kementerian Politik, Undang-Undang dan Keselamatan Djoko Suyanto; Menteri Luar Marty Natalegawa; Menteri Dalam Negeri Gamawan Fauzi; dan Menteri Pertahanan Purnomo Yusgiantoro. “Tidak timbul sebarang pertikaian sempadan antara Indonesia dan Malaysia kerana kedua-dua negara merujuk pada perjanjian persefahaman yang dibuat semasa era pemerintahan Belanda dan British pada 1891, 1915 dan 1928,” kata Marty. Perjanjian yang ditandatangani antara Belanda dan Inggeris itu telah menetapkan garis sempadan kedua-dua negara itu dan sejak sekian lama tidak ada sebarang pertikaian mengenainya. — BERNAMA

Monday, October 3

Erti Sebenar Persahabatan.....


1. 1. Saling memberi kebebasan
Persahabatan memberi kita ruang untuk berkongsi suka dan duka bersama, bukannya untuk saling menyakiti dan membenci di antara satu sama lain. Tetapi menjadi sahabat baik juga tidak bermakna kamu harus memiliki seluruh ruang hidupnya. Misalnya, melarang temanmu membuat itu dan ini. Malah kamu juga sibuk mengatur perjalanan hidupnya. Ini jelas menunjukkan kamu terlalu mementingkan perasaan sendiri tanpa memperdulikan perasaan orang lain. Apalah salahnya jika kamu saling menghormati hak kebebasan dirinya dan apa yang penting, si dia jujur dalam persahabatannya.

2. 2. Saling menahan rasa cemburu
Ramai yang berkata cemburu itu bunganya cinta. Tanpa cemburu persahabatan yang di bina tak adalah THRILL nya. Tetapi cemburu yang membabi buta boleh menjejaskan hubungan. Ada baiknya sebelum api cemburumu memuncak, coba selidiki kebenarannya. Jika ada yang tak kena, tanyalah temanmu itu dengan baik tanpa bersikap marah dan menuduh. Usahakan untuk berbicara dengan fikiran yang matang dan tenang. Sebenarnya perasaan cemburu ini tidak perlu terlalu ditonjolkan kerana ini boleh membuatkan temanmu itu naik angin. Dia akan mempergunakan kelemahan kamu itu untuk membuat kamu berasa cemburu dengan
berulang kali. Tentu sangat menyakitkan....

3. 3. Saling memahami
Untuk menjadi sahabat yang baik, kamu harus berusaha memahami dan mengenali diri sendiri serta permasalahannya dengan lebih mendalam. Misalnya temanmu itu menolak ajakanmu untuk keluar menonton wayang bersama, kamu tidak boleh membuat tanggapan yang bukan bukan tentang dirinya. Mungkin dia mempunyai urusan yang mesti dia selesaikan terlebih dahulu. Adalah lebih baik kamu mencari hiburan sendiri lagipun esok masih ada masa untuk kamu bertemu dia.

4. 4. Saling mengalah
Demi menyelamatkan hubungan, tidak ada ruginya sekali sekala kamu bersikap mengalah. Kamu dan si dia sering bercanggah pendapat. Seperti menonton wayang, kamu sukakan filem romantic tetapi dia pula suka filem aksi. Oleh kerana sayangkan tali persahabatan yang telah terbina sekian lama, maka si dia sentiasa menuruti segala kemahuanmu semata mata mahu menjaga hati dan perasaanmu. Tetapi bila di fikirkan semula, apalah salahnya sekali sekala kamu pula yang beralah dan coba belajar memahami minatnya. Situasi ini tentu akan membuat si dia berasa bahagia dan lebih menyayangi dirimu.

5. 5. Saling memberi kemaafan
Memaafkan perlu tetapi tidak mudah selagi perasaaan kesal dan keciwa menguasai diri. Tetapi sebagai insan biasa, kita tidak dapat lari daripada melakukan kesalahan dan kesilapan. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula kita sesama sendiri. Belajar menjadi seorang teman yang sudi memberi kemaafan kepada orang lain biarpun kamu sendiri tahu perkara itu bukanlah berpunca dari kesalahan atau kesilapan dirimu.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More