Selamat Datang

Selamat Berkunjung Kepada Semua Pengunjung Setia Blog Saya.Still Enjoy With Me K.

Kumpulan Nasyid DG-Wa

Persembahan di Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 2009.

Selamat Menyambut Hari Raya AidilAdha

Salam IdulAdha Kepada semua Pengunjung setia Blog saya,Klik gambar Untuk Panduan Solat Idul Adha.

Salam Nuzul Al-Quran

Bersamalah kita mengejar Malam LailatulQadar...Moga Kita Memperolehinya.

Waksjournal2

Still Enjoy With Me.

Monday, November 21

Gud Luck

Gud Luck pada semua Player Harimau Muda..
buat yang lebih daripada Biasa...
kekalkan kejuaraan...


Wednesday, November 16

Kedudukan Pingat Sukan Sea 2011








kedudukan pingat sukan sea setakat 16/11/2011 jam 5.00ptg dan details pingat dan acara
sumber : MSN

3M Papan Anjal Lelaki-Emas



Penerjun Malaysia Yeoh Ken Nee (kiri) menang pingat emas
dalam acara 3m papan anjal lelaki di Stadium Akuatik, Kompleks Sukan Jakabaring, Palembang. Ahmad Amsyar meraih gangsa

Tahniah Skuad Malaysia!!

Mana Nak Sorok!!!

ngantuk la pulok....
nak tido katne ni..
besh kn kalo dpt landing cam kt atas tu...
suke suki jee tido...
arghh...ngantuknyee...
zzZZzzzzzZZZzzzz

suasana Fardhu Haji 2011 Part 1




Labaikallahumalabaik...
Rasa Rindu ngan Tanah Suci Mekah..
InsyaAllah ingin jadi lagi Tetamu Allah..
Moga ku diberi kesempatan itu...
sebenarnya gambar ni di snap mase aku tgh layan live tv mekah kt sini..
dptlah tgk pergerakkan haji dari dekat...
Alhamdulillah....
Semoga aku akan menjadi tetamuMu suatu hri nanti..ameen..


malas yeee!!

baru hari Rabu kan...
tapi rasa cam malas je kan..
xmo malas2 k...
kena jalankan tanggungjawab masing-masing..
tak kira dalam bidang ape pn..hatta sbg pelajar sekalipun..
so kte renung2kanlah...Ape kah sumbangan kita kepada Jabatan hari ni...

Pastikan Hari Ini Lebih Baik dari semalam k...

Tuesday, November 15

Aktiviti Masa Lapang!!

kalo rasa buhsan duk kat umah..
buhsan ngadap fesbuk..
korang leh cuba laa wat aksi kat atas tu yee...
pastikan lepas dh maen kemas k...
kalo x mau gegaw umah kene jerit nnti..hehe
'Selamat Mencuba'

Monday, November 14

Gud Luck Semua..

selamat menduduki peperiksaan semua..
xkira laa yang amik SPM ke Final Exam ke yg penting All Da BEsh k..
Rabbi Yassir Wala Tuassir..
semoga kalian dipermudahkan menjawab..

salam!!

Friday, November 11

Friday, November 4

HIKMAH KORBAN & DEFINASI KORBAN

HIKMAH KORBAN
Menyembelih qurban juga merupakan amalan yang disukai oleh Allah Subahanhu wa Ta‘ala dan sebagai bukti serta keikhlasan kita dalam menghidupkan syi‘ar agama Islam. Ini jelas difahami dari firman Allah Ta‘ala yang maksudnya: “Daging dan darah binatang qurban atau hadyi itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan taqwa daripada kamu”. (Surah Al-Hajj:37)

Orang yang berkorban itu akan dikurniakan kebajikan (hasanah) sebanyak bulu binatang yang dikorban. Titisan darah korban yang pertama adalah pengampunan bagi dosa-dosa yang telah lalu. Darah korban itu jika tumpah ke bumi, maka ia akan mengambil tempat yang mulia di sisi Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Dan banyak lagilah. Bila dapat hayati sejarah korban Habil & Qabil serta kisah Nabi Ibrahim & Ismail … kitakan dapat menghayati/menyelami hikmahnya.


DEFINASI KORBAN
Korban bermaksud haiwan yang disembelih kerana ibadah pada Hari Raya Adha (10 Dzulhijjah) dan hari-hari tasyriq iaitu pada 11, 12 dan 13 Dzulhijjah dengan tujuan untuk mendampingkan diri kepada Allah Ta’ala (Syeikh Daud al-Fathoni, Furu’ al-Masail, Juz 1: 259).

SEJARAH KORBAN

SEJARAH KORBAN


Sejarah Korban anak-anak Nabi Adam a.s - Habil dan Qabil Firman Allah Ta’ala bermaksud: Bacakanlah (Yaa Muhammad) kepada mereka akan cerita yang sebenarnya tentang dua orang anak Nabi Adam (yang bernama Habil dan Qabil) iaitu ketika keduanya mempersembahkan korban (kepada Allah, maka yang seorang dari keduanya (Habil) diterima korbannya sedang yang lain (Qabil) tidak diterima korbannya - sebab itulah Qabil marah kepada Habil seraya berkata: “Nescaya kubunuh engkau!” Sejarah Nabi Ibrahim a.s mengorbankan anaknya Nabi Ismail a.s Firman Allah Ta’ala bermaksud: “Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku (anak) daripada golongan orang-orang yang soleh. Maka kami (Allah) gembirakan dia dengan (mendapat) anak yang penyantun. Tatkala sampai (umur) sianak boleh berusaha, berkata Ibrahim: “Hai anakku! Sesungguhnya aku melihat dalam tidur (mimpi) bahawasanya aku akan menyembelih engkau, oleh sebab itu lihatlah (fikirlah) apa pendapatmu?” (Sianak yakni Nabi Ismail) menjawab: “Wahai bapaku! Buatlah apa yang diperintahkan kepadamu, nanti engkau akan mendapati aku - insyaAllah daripada golongan orang-orang yang sabar.” (Al-Soffat: 100-102)

Tentang Ibadah Korban


HURAIAN RINGKAS BERKENAAN IBADAH KORBAN DAN HUKUM-HUKUM BERKAITAN DENGANNYA

Firman Allah Ta’ala bermaksud:

‘Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu dan berqurbanlah”
(Al-Kautsar: 2)

"Dan kami jadikan unta (yang dihadiahkan kepada fakir miskin Mekkah itu) sebahagian dari syi‘ar agama Allah untuk kamu; pada menyembelih unta yang tersebut ada kebaikan bagi kamu; oleh itu
sebutlah nama Allah (semasa menyembelihnya) ketika berdiri di atastiga kakinya; maka apabila ia tumbang (serta putus nyawanya),makanlah sebahagian daripadanya, dan berilah (bahagian yang lain) kepada orang-orang yang tidak meminta dan yang meminta. Demikianlah Kami mudahkan dia untuk kamu (menguasainya dan menyembelihnya) supaya kamu bersyukur” (Surah Al-Hajj: 36

Panduan Solat Idul Adha

Hukum Wakalah Dan Beberapa Perkara Berbangkit Dalam Ibadat Korban

Hukum Wakalah Dan Beberapa Perkara Berbangkit Dalam Ibadat Korban

Keputusan:

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-66 yang bersidang pada 25 Nov 2004 telah membincangkanHukum Wakalah Dan Beberapa Perkara Berbangkit Dalam Ibadat Korban. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

1. Hukum asal wakalah adalah harus.

2. Harus bagi wakil mewakilkan kepada orang lain dengan keizinan muwakkil.

3. Harus bagi wakil mewakilkan kepada orang lain sekiranya tidak mampu atau tidak layak melakukan sendiri perkara yang diwakilkan tersebut.

4. Harus mengagihkan daging korban ke tempat atau negara lain.

5. Tidak harus mengagih dan memberi makan daging korban kepada orang bukan Islam.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More