Monday, October 24, 2011
waksjournal2

Karnival Buat Elok Saja Tau (BEST)
| Tarikh | : 28, 29 & 30 Oktober 2011 |
| Masa | : 10.00 pg |
| Tempat | : Laman 1 Malaysia, Putrajaya |
|
|
| Objektif | - Antara pengisian Karnival ini adalah slot Konsert BEST!. Konsert ini akan mempratikkan Garis Panduan Hiburan Islam.
Garis Panduan Hiburan akan menjadi panduan kepada artis dan juga mendidik mana-mana yang dikatakan bercanggah dengan syariat agar selaras dengan tuntutan syarak dan mampu mendidik jiwa manusia Karnival dan Konsert BEST! ini akan menyediakan satu mekanisme baru dengan perancangan yang telititi untuk menaikkan martabat hiburan kearah yang lebih baik dan memberi kesan yang positif. Para pengunjung semasa konsert berlangsung akan diasingkan mengikut kategori lelaki, perempuan dan keluarga. Secara tidak langsung akan mengurangkan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan dan membendung gejala sosial. Para pengunjung akan mendapat informasi mengenai permasalahan sosial kerana terdapat gerai pameran dari agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan semasa program tersebut berlangsung. Disamping itu juga untuk merialisasikan Putrajaya bebas dari maksiat. Dengan terlaksana program ini, diharap akan memberi satu alternatif baru kepada umat Islam untuk menikmati dan berhadapan dengan dunia muzik moden.
|
Aturcara Program
| Tarikh | Masa | Acara | Tempat |
|---|
| 28 Oktober 2011 (Jumaat) | 9.00 Malam | Rakaman Forum Perdana Ehwal Islam Tajuk - “Cinta BEST!” | Pentas Utama |
| 29 Oktober 2011 (Sabtu) | 10.00 pagi | Pertandingan Juara Nasyid BEST! | Pentas Utama |
| 3.00 ptg | Rakaman Program Adik-Adik Ku | Pentas Utama |
| 9.00 malam | Perasmian Karnival BEST dan Konsert BEST (Yang Elok Saja Tau) | Pentas Utama |
| 30 Oktober 2011 (Ahad) | 7.30 pagi | Jom Sihat (Senamrobik BEST) | Pentas Utama |
| 10.00 pagi | Pertandingan Mewarna (PERTIM) | Pentas Kecil |
| 12.00 Tgh | Spell It Right (ASUH) | Pentas Kecil |
| 2.30 ptg | Pertandingan Battle BEST of the Bend | Pentas Utama |
|
| Majlis Penutup Karnival BEST! (Buat Elok Saja Tau) | Pentas Utama |