Waktu Asar, Isyak Dan Subuh

Kategori : IBADAH Solat  

Tajuk :
Waktu Asar, Isyak Dan Subuh

Hadith :
"Daripada Abu Barzah al-Islami r.a. katanya, "Rasulullah s.a.w telah 
bersembahyang Asar. Kemudian salah seorang daripada kami telah 
kembali ke tempat kediamannya dipinggir bandar ketika matahari 
masih cerah. Baginda Rasulullah suka mentakhirkan sembahyang 
isyak, dan baginda tidak suka tidur sebelumnya serta 
bercakap-cakap selepasnya, Baginda selesai menunaikan 
sembahyang subuh ketika seorang itu boleh mengenali 
orang yang duduk disebelahnya dan Baginda membaca 
60 ayat sehingga 100 ayat al-Quran".

(al-Bukhari dan Muslim)



Huraian
1. Seseorang hendaklah menyegerakan sembahyang Asar 
diawal waktunya 

2. Sunat mentakhirkan sembahyang Isyak kepada 1/3 dari 
malam sekiranya tidakmemberatkan sembahyang secara 
berseorangan atau berjamaah.

3. Makruh bagi seseorang tidur sebelum sembahyang isyak 
kerana takut terlupa atau terlewat daripada waktu.

4. Seseorang hendaklah segera menunaikan sembahyang 
subuh dan keluar dari masjid setelah terang.

5. Setelah selesai sembahyang subuh Rasulullah s.a.w 
membaca 60 ayat sehingga 100 ayat al-Quran.
Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More