Friday, November 4

Hukum Wakalah Dan Beberapa Perkara Berbangkit Dalam Ibadat Korban

Hukum Wakalah Dan Beberapa Perkara Berbangkit Dalam Ibadat Korban

Keputusan:

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-66 yang bersidang pada 25 Nov 2004 telah membincangkanHukum Wakalah Dan Beberapa Perkara Berbangkit Dalam Ibadat Korban. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

1. Hukum asal wakalah adalah harus.

2. Harus bagi wakil mewakilkan kepada orang lain dengan keizinan muwakkil.

3. Harus bagi wakil mewakilkan kepada orang lain sekiranya tidak mampu atau tidak layak melakukan sendiri perkara yang diwakilkan tersebut.

4. Harus mengagihkan daging korban ke tempat atau negara lain.

5. Tidak harus mengagih dan memberi makan daging korban kepada orang bukan Islam.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More