Thursday, April 14

Majlis Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan Kali ke 32 di Kuantan, Pahang

Majlis Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsan Kali Ke-32 telah berlangsung di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah Kuantan, Pahang dengan jayanya. Majlis telah diadakan selama 5 hari berturut-turut dalam dua sesi; pagi dan malam setiap hari. Majlis Pembukaan telah dirasmikan oleh Menteri Besar Pahang; YAB Dato’ Sri Diraja Haji Adnan Bin Haji Yaakob manakala Majlis Perasmian Penutup serta Pengurniaan Hadiah telah disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’adzam Shah dan Duli Yang Maha Mulia Sultanah Pahang Sultanah Hajjah Kalsom.

Majlis menghafaz kebangsaan tahun ini menyaksikan penyertaan seramai 68 orang peserta terdiri dari 39 orang peserta lelaki dan 29 peserta perempuan. Seramai 24 orang peserta mengambil bahagian tahap hafazan 10 juzuk serta tarannum, 23 orang peserta dalam tahap hafazan 20 juzuk dan 21 orang dalam tahap hafazan 30 juzuk beserta tafsir.

Pada keseluruhannya, jemaah hakim sangat berpuas hati dengan mutu hafazan para peserta tahun ini. Dari 68 orang peserta yang mengambil bahagian, seramai 42 orang peserta mencapai markah melebihi 90% iaitu 29 orang peserta lelaki dan 13 orang peserta perempuan. Manakala yang mendapat markah dalam lingkungan 80% ialah berjumlah 15 orang, iaitu 6 orang peserta lelaki dan 9 orang peserta perempuan. 11 orang peserta lagi memperoleh markah di bawah 80%.

Bagi tahap 1 – 10 juzu' berserta tarannum bahagian lelaki, keseluruhan penyertaan iaitu seramai 13 orang peserta telah memperoleh markah melebihi 90%. Manakala 7 orang peserta perempuan dari 11 penyertaan dalam tahap yang sama mendapat markah lebih 90%.

Sementara dalam tahap 1 - 20 juzu' pula, seramai 10 orang peserta lelaki dari 14 penyertaan berjaya memperolehi markah 90% ke atas.

Manakala bagi tahap 1 – 30 juzu' berserta tafsir, seramai 10 orang peserta dari 21 penyertaan berjaya memperoleh markah melebihi 90% iaitu 6 orang peserta lelaki dan 4 orang peserta perempuan.

Sehubungan itu, perbezaan markah antara pemenang dan lain-lain peserta adalah sangat tipis dalam semua tahap hafazan. Ia secara tidak langsung menunjukkan peningkatan keseluruhan prestasi dan mutu hafazan para peserta Majlis Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan kali ini.

Kebiasaannya, peserta yang cemerlang dalam Majlis Menghafaz Peringkat Kebangsaan ini akan berpeluang mewakili negara dalam Majlis Menghafaz Peringkat Antarabangsa di luar negara, sebagaimana seramai 29 orang peserta menghafaz tahun lalu telah mewakili Malaysia di peringkat antarabangsa di 8 buah negara. Usaha yang gigih dan berterusan dari semua pihak perlu digandakan bagi melahirkan para huffaz yang berwibawa dan berkualiti.

Keputusan penuh Majlis Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan Kali ke-32:-

A. Kategori 1 - 10 juzuk (lelaki)

(i) Tempat Ketiga:

Markah : 96.30 %
Nama : Mohd Rashid Ridha Bin Mohd Shukri
Negeri : Wilayah Persekutuan


(Ii) Tempat Kedua:

Markah : 97.12 %
Nama : Mohd Azis Badli Bin Azmi
Negeri : Kelantan


(Iii) Tempat Pertama:

Markah : 97.60 %
Nama : Ahmad Zaki Bin Md. Yusof
Negeri : Kedah



B. Kategori 1 - 10 juzuk (perempuan)

(i) Tempat Ketiga:


Markah : 95.37 %
Nama : Farah Faqihah Binti Mohd Iqbal
Negeri : Pahang

(ii) Tempat Kedua:


Markah : 96.49 %
Nama : Putri Nur Nadia Binti Bakri
Negeri : Wilayah Pesekutuan


(Iii) Tempat Pertama:

Markah : 97.21 %
Nama : Radhiah binti Abdul Rahman
Negeri : Kelantan



C. Kategori 1 - 20 juzuk (lelaki)

(i) Tempat Ketiga:

Markah : 95.13 %
Nama : Razlan Bin Ramli
Negeri : Negeri Sembilan


(ii) Tempat Kedua:

Markah : 96.21 %
Nama : Muhammad Syafiee Salihin Bin Hasan
Negeri : Kelantan


(iii) Tempat Pertama:

Markah : 96.45 %
Nama : Muhammad Khairul Razikin B. Abd. Razak
Negeri : Sabah



D. Kategori 1 - 20 juzuk (perempuan)

(i) Tempat Ketiga:

Markah : 87.31 %
Nama : Siti Hajar binti Wan Ibrahim
Negeri : Pahang


(ii) Tempat Kedua:

Markah : 93.15 %
Nama : Nur Amalina Binti Azharuddin
Negeri : Melaka


(iii) Tempat Pertama:

Markah : 96.18 %
Nama : Farihah binti Zulkifli
Negeri : Wilayah Persekutuan



E. Kategori 1 - 30 juzuk (lelaki)

(i) Tempat Ketiga:

Markah : 95.58 %
Nama : Muhammad Ismail Bin Hasanuddin
Negeri : Pahang


(ii) Tempat Kedua:

Markah : 96.03 %
Nama : Khairul Anuar Bin Mohd Dahnan
Negeri : Perak


(iii) Tempat Pertama:
Markah : 97.58
Nama : Muhammad Haris Syazwan Bin Mohd Ariffin
Negeri : Kelantan




F. Kategori 1 - 30 juzuk (perempuan)

(i) Tempat Ketiga:

Markah : 90.88 %
Nama : Nurul Atikah Binti Sharudin
Negeri : Perak


(ii) Tempat Kedua:

Markah : 93.35 %
Nama : Jueziatul Husna Binti Ariffin
Negeri : Terengganu


(iii) Tempat Pertama:

Markah : 95.05 %
Nama : Farah Nabilah Binti Amindin
Negeri : Selangor


Keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’adzam Shah dan Duli Yang Maha Mulia Sultanah Pahang, Sultanah Hajjah Kalsom ke Majlis Penutupan dan Pengurniaan Hadiah Kepada Pemenang.


Titah Ucapan Perasmian Penutup Oleh DYMM Sultan Pahang

Persembahan Peserta Terbaik Lelaki,
Muhammad Haris Syazwan Bin Mohd Ariffin dari Negeri Kelantan

Bacaan Peserta Terbaik Perempuan,
Farah Nabilah Binti Amindin dari Negeri Selangor

Jemaah Hakim bergambar kenangan bersama DYMM Sultan dan Sultanah Pahang

Para Pemenang bergambar kenangan bersama DYMM Sultan dan Sultanah Pahang

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More