Tuesday, October 11

Al-Fatihah...

SHAH ALAM 11 Okt. – Penyanyi popular era 60-an, Datuk Mohd. Jais Ahmad, atau lebih dikenali sebagai Ahmad Jais, meninggal dunia di hospital pakar DEMC di sini pagi ini.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada pukul 9.20 pagi di hadapan dua daripada lima orang anaknya.

Jenazah Allahyarham telah disembahyangkan di Masjid Negeri Shah Alam sebentar tadi.

Jenazah akan dibawa ke tanah perkuburan Islam Seksyen 21 selepas waktu zuhur.


Menurut anak keempat Allahyarham, Maimunah, 31, ayahnya telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) selama 15 hari.

"Ayah meninggal kerana kompilasi paru-paru," katanya. sumber utusan

admin : Al-Fatihah...Semoga Roh Allahyarham dicucuri rahmat..


0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More