Monday, September 7

nUZuL qUraN...

NuZul QurAn



Apa yang dimaksudkan dengan Nuzul al-Quran?

Nuzul yang diambil daripada perkataan bahasa Arab diertikan sebagai penurunan, sementara Al-Quran pula merupakan kitab Allah yang telah dikurniakan kepada Nabi akhir zaman iaitu Nabi Muhammad s.a.w.

Jadi istilah Nuzul al-Quran boleh diertikan sebagai penurunan al-Quran ke atas baginda Rasulullah sebagai petunjuk kepada umat manusia sejagat.



Muslim dan al-Quran

Sesungguhnya dengan turunnya al-Quran pada bulan Ramadan sejak lebih 1,400 tahun lalu, telah menyelamatkan manusia daripada melakukan tabiat serta tingkah laku yang tidak selari dengan fitrah mereka sendiri

Ia menjadi inspirasi ke arah kebaikan kerana di dalamnya penuh dengan mutiara ilmu yang berguna serta mampu merubah sikap manusia kepada sesuatu yang positif dalam hidup mereka.

Sayidina Omar bin al-Khattab yang dulunya dikenali sebagai seorang yang bengis dan amat membenci Rasulullah s.a.w. telah menemui jalan terbaik dalam hidupnya apabila dipertemukan dengan al-Quran yang akhirnya memeluk Islam.

Yang menariknya, Omar telah memeluk Islam hanya kerana membaca dan menatap beberapa potong ayat Quran daripada surah Taha dan setelah mengucap dua kalimah syahadah. Omar menjadi seorang Muslim yang amat komited dan yakin dengan Islam. Omar, setelah mengucap, terus mengisytiharkan keislamannya kepada seteru tradisi Rasulullah termasuk Abu Jahal.


Sekadar renungan bersama……..

Kekurangan kita ialah banyak membaca Al-Quran tanpa mengetahui maknanya..

Kelemahan kita ialah mengetahui maknanya tetapi tidak tahu tafsirannya…

Kelemahan kita yang bertimpa-timpa ialah tahu tafsiran tetapi tidak tahu rahsianya…

Kelemahan kita yang tertinggi ialah kita tahu rahsianya tetapi tidak mempercayainya..

Kelemahan kita yang paling tinggi ialah tidak mempercayainya lalu meninggalkannya..


wassalam..

~~out..


0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More