Wednesday, September 21

Jamuan Raya JPM 2011

Bertemakan 'Kepelbagaian Tradisi Keceriaan di Aidilfitri' Sambutan Hari Raya Jabatan Perdana Menteri yang akan berlangsung harini akan menyaksikan kepelbagaian juadah serta budaya yang dapat dilihat dari pelbagai etnik yang mewarnai di setiap booth yang dihias rapi oleh staf2 agensi di bawah JPM yang bermula dari semalam. Kesungguhan yang ditunjukkan dari setiap kakitangan dapat dilihat melalui hasil hiasan booth yang berlatarkan negeri-negeri di seluruh Malaysia yang sangat indah..berikut merupakan aturcara Majlis tersebut:

ATURCARA

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI

JABATAN PERDANA MENTERI

TAHUN 2011M / 1432H


Masa Aturcara

12.00 Tengahari

:

Ketibaan Ketua-Ketua Jabatan dan warga JPM

12.10 Tengahari

:

Ketibaan Yang Berbahagia

Tan Sri Mohd Sidek bin Haji Hassan, Ketua Setiausaha Negara dan

Yang Berbahagia Puan Sri Dato’ Wan Noorlina bt. Wan Hussin

12.15 Tengahari

:

Ketibaan Tetamu-Tetamu Kehormat

- Timbalan-Timbalan Menteri di JPM

- Menteri- Menteri di JPM

12.25 Tengahari

:

Ketibaan YAB Tan Sri Dato’ Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri dan YABhg. Puan Sri Noorainee bt. Abdul Rahman

12.30 Tengahari

:

Ketibaan YAB Dato’ Seri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia

dan YABhg. Datin Seri Rosmah bt. Mansor

:

Bacaan Doa

:

Perutusan Hari Raya oleh YAB. Perdana Menteri

:

Lawatan ke gerai-gerai jabatan/agensi

:

YAB Perdana Menteri memotong kek menandakan jamuan makan bermula

:

Persembahan oleh band jemputan BANGURIS, Penyanyi Jemputan JPM

dan persembahan anak-anak Tadika JPM

Penyampaian sumbangan pelajar cemerlang SPM 2010 oleh YAB Perdana Menteri

:

Penyampaian Duit Raya kepada Kanak-kanak Tadika JPM oleh YABhg. Datin Sri Rosmah bt. Mansor

:

Penyampaian Hadiah Kepada Pemenang Pertandingan Gerai Terbaik

2.00 Petang

:

Majlis Bersurai

Suasana sesi menyiapkan booth..

Layout utk rujukan


0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More