Thursday, March 31

AF9 - Spot Check!


Spot Check!: "Konsert Tirai semakin hampir, namun masih ada beberapa pelajar yang masih berada dalam zon selesa mereka. Oleh yang demikian, Penerbit Akademi Fantasia telah memanggil seorang demi seorang untuk melakukan persembahan di Bilik Tarian, Rumah Kaca AF semalam. 'Spot Check' ini diadakan selepas tamat semua sesi pembelajaran pada waktu siangnya.

Semua ini dilakukan bagi memastikan kesemua 12 pelajar Akademi Fantasia 9 bersedia untuk menghadapi Konsert Tirai AF9 yang akan diadakan pada Sabtu ini dan memastikan mereka tidak melakukan sebarang kesilapan disebabkan oleh kurang latihan."

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More