Wednesday, March 30

AF9 - Aris: Mantapkan Lagi Gerak Tari


Cikgu Aris Mantapkan Lagi Gerak Tari: "Kelas Seni Tari oleh Cikgu Aris diteruskan lagi petang ini, bermula dengan beberapa tips dan nota penting diberikan kepada 12 pelajar Akademi Fantasia 9. Selain berlatih langkah tari Menuju Puncak, mereka juga mengikuti pembelajaran ini secara teori. Menariknya kelas tarian ini, ramai pengunjung Pusat Membeli Belah Aeon AU2 menyaksikan dari luar aktiviti petang mereka."

Pasti ada yang tertanya-tanya bilakah agaknya kelas lakonan yang dikendalikan oleh Cikgu Adlin. Kelas yang sepatutnya diadakan selepas waktu rehat tengah hari itu tidak dapat diadakan kerana Cikgu Adlin yang masih berada di Tanah Suci mengerjakan Umrah. Peluang ini juga digunakan pelajar untuk berlatih lebih lagi untuk menghadapi Konsert Tirai Akademi Fantasia 9 Sabtu ini.

Jangan lupa untuk menyaksikan Konsert Tirai Akademi Fantasia 9 pada hari Sabtu, 2 April 2011, 9 malam di Astro Ria (104). Anda juga dijemput menyaksikan sendiri konsert ini di Ruang Letak Kereta, Aeon AU2, Setiawangsa bermula jam 6 petang dengan aktiviti-aktiviti menarik!

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More