Selamat Datang

Selamat Berkunjung Kepada Semua Pengunjung Setia Blog Saya.Still Enjoy With Me K.

Kumpulan Nasyid DG-Wa

Persembahan di Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 2009.

Selamat Menyambut Hari Raya AidilAdha

Salam IdulAdha Kepada semua Pengunjung setia Blog saya,Klik gambar Untuk Panduan Solat Idul Adha.

Salam Nuzul Al-Quran

Bersamalah kita mengejar Malam LailatulQadar...Moga Kita Memperolehinya.

Waksjournal2

Still Enjoy With Me.

Saturday, January 29

Presiden Hosni Mubarak meletak jawatan


KAHERAH - Pemerintah Mesir semalam memutuskan talian telefon bimbit dan perkhidmatan Internet selain menghantar puluhan trak polis antirusuhan sebagai percubaan untuk menyekat beribu-ribu aktivis daripada menyertai protes antipemerintah yang diadakan selepas solat Jumaat.

Bekas Ketua Agensi Tenaga Atom Antarabangsa, Mohamed Elbaradei dan Persaudaraan Muslim turut menyertai protes tersebut walaupun terdapat amaran bahawa pihak berkuasa akan mengambil tindakan tegas untuk mematahkan gelombang kebangkitan itu.

Ketiadaan perkhidmatan Internet menghalang akses ke laman rangkaian sosial seperti Facebook dan Twitter yang menjadi alat komunikasi utama para penganjur protes.

Polis Mesir mengalami kesukaran untuk berdepan dengan penunjuk perasaan yang telah bertempur selama tiga hari. Mereka menuntut supaya Presiden Hosni Mubarak meletak jawatan selepas memerintah selama 30 tahun.berita lanjut

p/s...pe nak jadi ngan pemerintah sekarang ni...yang jadi mangsa RAKYAT laa..kalo negara yang demokrasi lagi la kesian....kesian sebab ape....sebab rakyat yang pilih...rakyat yang merana...sepatutnya kalo rakyat yg memilih..die laa jadi bos..so Wakil RAKYAT tue kene laa dgr cakap rakyat yang memilih dieowg...tapi zaman skang ni xde daa jadi camtu...so sama2 la fikir2kan k....

Hari Sabtu


Ermm...Bangun je tido xtaw nak watpe..so bukak blog tulis laa pe yang patut...pe ek aktiviti nak buat harini....any ideas....but not MLM k...AWAS!!....anda tersilap orang....terima kasih kerana memahami..ermm..any idea post laa k...

Friday, January 28

Khutbah Jumaat (28 JANUARI 2011 /23 SAFAR 1432H)


Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

MENANTI DI ALAM KUBUR

(28 JANUARI 2011 /23 SAFAR 1432H)


Sidang Jumaat Yang di Rahmati Allah,

Saya berpesan kepada diri saya dan menyeru kepada sidang Jumaat yang dikasihi sekalian, marilah sama-sama kita bertakwa kepada Allah SWT dengan sebenar-benar takwa serta melaksanakan segala perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya. Semoga ketakwaan yang ditambah nilai itu, membentuk kita menjadi insan soleh dan mulia. Oleh itu, mimbar pada hari ini akan membincangkan khutbah bertajuk: MENANTI DI ALAM KUBUR.

Sidang Jumaat Yang di Rahmati Allah,

Setiap yang bernyawa pasti akan mati, begitu jugalah dengan manusia tiada seorang pun boleh lari dari ajalnya yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Apabila ajal seseorang itu telah sampai malaikat Izrail tetap akan mencabut nyawanya tidak kira di mana seseorang itu berada. Sebagaimana firman Allah SWT dalam surah al-Jumu’ah ayat 8:


Begitulah apabila nyawa seseorang telah terpisah daripada jasadnya, maka tinggallah segala apa yang dimilik sama ada ahli keluarga,anak-anak, saudara mara, pangkat,harta benda dan sebagainya. Jasad yang terbujur kaku akan diurus dan dihantar ke kubur untuk dikebumikan. Pada saat itu, terpisahlah ia ke alam lain iaitu alam kubur atau alam barzakh sementara menunggu hari hisab dan pembalasan di akhirat.

Menurut kamus Lisanul Arab oleh Ibni Manzur, makna alam kubur ialah suatu tempat di antara dunia dan akhirat sebelum dihimpunkan di padang Mahsyar daripada waktu mati hinggalah dibangkitkan atau ia juga bermakna dinding pemisah antara dua alam sejak dari waktu kematian seseorang sehinggalah dia dibangkitkan. Jadi sesiapa yang mati bermakna dia telah memasuki alam barzakh atau alam kubur. Alam kubur juga merupakan tempat permulaan seorang manusia itu dihukum segala amalannya semasa hidup di dunia ini. firman Allah SWT dalam surah al-An’am ayat 62:

Ketika berada di alam kubur seseorang itu dapat menjangkakan sama ada dia akan mendapat kenikmatan atau kesengsaraan di akhirat kelak. Perkara ini disebut dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Imam al-Tirmizi, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya kubur itu ialah penginapan pertama antara penginapan akhirat, maka sekiranya seseorang itu terlepas dari seksaannya, maka apa yang akan datang kemudiannya akan lebih mudah lagi dan seandainya seseorang itu tidak terlepas (kandas) daripada (seksaannya), maka yang akan datang sesudahnya akan lebih sukar (keras)."

Bagi orang yang beriman kehidupan mereka di alam kubur dipenuhi dengan segala macam kenikmatan kurniaan Allah SWT. Sebaliknya bagi orang yang syirik, kufur dan ingkar terhadap suruhan dan perintah Allah sudah pasti seksaan dan azab kubur diterima sebagai tanda hukuman yang akan diterima di hari akhirat. Sahabat Nabi bernama Ubaid bin Umair al-Laitsi berkata, “ setiap mayat yang hendak meninggal, pasti liang lahad di mana mayat itu di kubur memanggilnya, “Akulah rumah yang gelap gelita, sunyi dan sendiri. Jika waktu hidupmu kau taat kepada Allah SWT maka aku hari ini akan menjadi rahmat bagimu. Jika kau derhaka, maka hari ini aku akan menjadi seksa bagimu. Siapa memasukinya dengan taat, akan keluar dengan bahagia. Dan sesiapa masuk dengan derhaka, dia akan keluar dengan penuh penyesalan.

Sidang Jumaat yang di Rahmati Allah.

Sesungguhnya nikmat dan azab kubur adalah sesuatu yang wajib kita percayai dan yakini kewujudannya kerana ia dapat meningkatkan keimanan dan ketakwaan kita kepada Allah SWT. Rasulullah SAW memerintahkan kita agar sentiasa memohon pelindungan daripada Allah SWT dari azab kubur sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang menyuruh para sahabat agar mengamalkan doa seperti berikut:


Kita wajib berlindung diri dari azab kubur, kerana alam kubur merupakan persinggahan sementara untuk kehidupan selanjutnya. Jika di alam kubur kita mendapat kenikmatan, itulah tanda bahawa kita akan mendapat kemudahan dan kebahagiaan di alam akhirat nanti. Sebaliknya, apabila mendapat azab kubur, itulah petanda bahawa orang tersebut akan mendapat kesulitan di akhirat sebagaimana Rasulullah SAW:

Sidang Jumaat yang di Rahmati Allah.

Berdasarkan kepada pemerhatian mimbar, ramai umat manusia pada hari ini melupai tentang hakikat sebenar kehidupan dengan gagal mempersiapkan diri untuk menghadapi kematian dan menyedari bahawa dirinya akan menjadi penghuni kubur. Ramai daripada kita leka dengan kehidupan dunia. Jika ada di kalangan kita yang mengingati kematian, itu pun hanya dilakukan dengan sambil lewa tanpa merasa takut dan gentar akan kedasyatan azab alam kubur ini. Mengapa ini berlaku, hal ini berpunca disebabkan hati kita yang terlalu cinta dan sibuk dengan perkara dunia sehingga menyebabkan hati kita keras dan gelap dari cahaya.

Ingatlah bahawa jalan Allah SWT tidak dapat kita tempuhi dengan telapak kaki tetapi ia dapat ditempuh dengan kekuatan dan kesucian hati. Jika kita merasakan hati kita keras dan beku rawatilah ia dengan melaksanakan beberapa perkara seperti berikut: Pertama: Gunakanlah masa yang berkualiti ini dengan sentiasa membaca al-Quran dan berzikir.Kedua: Bersikap tawaduk dan sentiasa merendah diri di hadapan Allah SWT. Ketiga: Menghadiri majlis-majlis ilmu. Sedarilah, semakin tinggi ilmu agama seseorang semakin takut dia kepada tuhan-Nya. Di samping itu juga elakkan diri dari menghadiri majlis-majlis yang tidak berfaedah dan membuang masa. Keempat: Mengingati mati. Seseorang yang sentiasa ingat akan kematian menyebabkan hatinya tertumpu kepada alam akhirat, sekaligus meremehkan dunia dan tidak panjang angan-angan. Kelima: Menziarahi kubur. Jika hati kita tidak dapat disembuhkan dengan cara sebelum ini maka inilah cara yang paling berkesan dalam mengubati hati yang keras. Rasulullah SAW bersabda:


Mengakhiri khutbah pada minggu ini marilah sama-sama kita menghitung diri kita, bagaimana nasib kita di alam kubur nanti, adakah kita sebahagian dari umat yang akan dirahmati atau akan di azab oleh Allah SWT. Renungilah kehidupan kita selama ini, adakah kita sudah bersedia untuk meninggalkan alam dunia ini, bagaimana dengan amalan kita? adakah sudah mencukupi untuk bertemu dengan Alllah SWT di akhirat kelak. Ingatlah segala amalan kita akan diperhitungkan samada ia berpahala atau berdosa dan semuanya terserah kepada neraca keadilan yang telah ditentukan oleh Allah SWT. lngatlah wahai muslimin sekalian bahawa setiap pergerakan kita sentiasa diawasi oleh dua malaikat iaitu Raqib dan Atid. Elakkan daripada terjerumus ke dalam dosa termasuk melemparkan tuduhan, prasangka buruk serta bercakap bohong. Marilah sama-sama kita merenung firman Allah SWT dalam surah al-Zalzalah ayat 7 dan 8:



Seni Barangan Logam Dunia Islam


BARANGAN logam mempunyai kedudukannya yang tersendiri dalam dunia Islam. Rekaan bentuk barangan logam yang cantik sering digunakan dalam hidangan jamuan yang diadakan di dalam istana atau di kediaman golongan bangsawan yang sekali gus melambangkan taraf pemiliknya.

Barangan logam juga boleh dijadikan sebagai warisan keluarga. Pada zaman dahulu, barangan gangsa menjadi pilihan utama kerana sifatnya yang tahan lasak dan keindahan warnanya.

Kecantikan rekaan barangan logam bergantung kepada warna dan kilatan permukaannya yang dihasilkan dengan penggunaan jenis logam tertentu.

Barangan logam dunia Islam yang awal masih lagi menggunakan rekaan barangan logam zaman sebelum Islam. Kebanyakannya dihasilkan dengan menggunakan acuan dan ia kemudiannya dihiasi dengan turisan dan tombol.

Barangan yang dihasilkan selalunya adalah seimbang daripada segi kesenian dan kegunaan praktikal.

Sebagai contoh, untuk rekaan lampu minyak selain mempunyai satu tangkai ia juga mempunyai empat tempat sumbu yang boleh menghasilkan lebih banyak sumber api dan lebih terang.

Satu lagi teknik seni barangan logam dunia Islam ialah tebukan. Teknik ini berkembang dengan cepat di bahagian timur wilayah Islam seperti di Iran ketika itu.

Teknik ini digunakan dalam pembuatan barangan logam seperti lampu masjid yang digantung dan tempat bara yang digunakan untuk membakar setanggi.

Teknik ini bersesuaian dengan kegunaan kedua-dua jenis barangan yang dihasilkan kerana lampu memerlukan lubang tebukan untuk cahaya keluar dan tempat bara juga memerlukan ruang tebukan untuk wangian yang dihasilkan dari setanggi dapat dinikmati.

Tempat bara sering digunakan oleh golongan berada untuk mengharumkan ruangan kediaman mereka dengan bahan wangian yang mahal dan bermutu yang berasal dari India dan Semenanjung Tanah Arab.

Teknik pembuatan barangan logam terus berkembang dalam dunia Islam. Satu lagi jenis teknik pembuatan barangan logam diperkenalkan oleh salah seorang tokoh pencipta Islam, al-Jazari, ialah teknik tatahan.

Teknik tatahan adalah teknik pembuatan barangan logam yang menggunakan lebih daripada satu jenis logam. Untuk menghasilkan teknik ini, bentuk rekaan hiasan yang hendak digunakan akan dilukis di atas logam utama kemudian ia dipotong dan permukaannya dikasarkan supaya memudahkan logam lain dilekatkan di atasnya. Sejenis damar hitam digunakan oleh tukang besi sebagai gam.

Pilihan kepingan logam seperti tembaga, perak dan emas digunakan sebagai bahan tatahan kerana perbezaan warna dan kilatannya.

Kemahiran tukang barangan logam dunia Islam ini juga turut diminati di wilayah bukan Islam sehingga abad ke 14 Masihi.

Jakim TV

Utusan Malaysia Online - Bicara Agama: "Hakikatnya, industri hiburan dan dunia pendidikan telah lama menggunakan gajet multimedia atau apa sahaja aplikasi terkini untuk mencapai matlamat masing-masing. Mungkin tidak mustahil ia boleh digunakan dengan lebih meluas sehingga kepada satu kaedah atau medium terkini dalam penyampaian mesej dakwah.

Pokoknya, apa juga cara yang dipilih, ia bergantung kepada cara kita memanfaatkan teknologi dan media baru ini. Lantaran itu, tepat dengan masanya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengambil inisiatif memperkenalkan siaran televisyennya ke seluruh dunia melalui saluran Internet yang diberi nama Jakim.TV." berita lanjut

p/s Tahniah Bhg Pengurusan Maklumat,Jakim diatas usaha merealisasikan impian semua warga Jakim expcly Dato' Ketua Pengarah..walaupun ade sedikit ralat di hati...xpe..TV Jakim leh pergi jauh....

update!!

Lama sangat tak update blog nie...minggu lepas seminggu berkampung di Genting...ade bengkel...this week sibuk ngan persiapan2 terakhir Maulidurrasul SAW...hari nmpak longgar sikit...maybe masing2 dh ade dalam mood cuti la katekan..amik 2 hari dapat seminggu cuti...ermm macam besh je kan...aku still cam nie laa..xbercuti pn...bercuti pn di putrajaya je...


p/s..sad becoz hp hilang...erm...~

Kepentingan Menjaga Solat

Tarikh:

Jan 27, 2011

Riwayat:

Riwayat at-Tirmidzi

Kategori:

Ibadah



Hadith:

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: Sesungguhnya amal yang mula-mula sekali dihisab pada hari kiamat ialah sembahyang (solat) seseorang, jika sembahyangnya diterima maka sesungguhnya beruntunglah dan berjayalah ia, dan jika sembahyangnya tidak diterima maka kecewa dan rugilah ia. Sekiranya terkurang dari sembahyang fardhunya sesuatu, Allah berfirman: Periksalah, adakah hamba-Ku itu mempunyai sembahyang-sembahyang sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang dari sembahyang fardunya? Demikianlah keadaan amal-amalnya yang lain. 

Huraian Hadith:

i) Seorang mukmin yang sebenar sudah tentu tidak akan mencuaikan ibadat sembahyang fardhu yang diwajibkan ke atasnya termasuklah menjaga waktu sembahyang, mematuhi tertib sembahyang dan sebagainya di samping mengerjakan ibadat sunat seperti sembahyang sunat, puasa sunat dan lain-lain setakat yang termampu olehnya.

ii) Sesungguhnya sembahyang itu jika dikerjakan dengan sempurna dapat mencegah seseorang daripada perbuatan keji dan mungkar sebaliknya orang yang mengerjakan ibadat sambil lewa tidak akan dapat merasai nikmat ketenangan dan ketakwaan yang sebenar kepada Allah S.W.T. Dia akan menganggap bahawa ibadat itu adalah suatu yang memberatkan. Lantaran itulah kita mendapati ramai orang yang tidak segan silu melakukan dosa dan maksiat sekalipun dia mengerjakan sembahyang, puasa dan sebagainya.

iii) Rebutlah segala peluang yang ada semasa hidup di dunia ini untuk mengerjakan kebaikan, hayatilah kata-kata (athar): Berusahalah untuk duniamu seolah-olah engkau hidup selama-lamanya, dan beramallah untuk akhiratmu seolah-olah engkau akan mati esok hari.

Saturday, January 15

Kemelut BAM

MENGENALI Datuk Misbun Sidek, beliau bukanlah individu yang gemar menimbulkan kontroversi. Setiap keputusan yang diambil- nya sama ada ketika bergelar pemain atau jurulatih, beliau ada sebab tersendiri dan bukan dibuat sesuka hati.

Boleh dikatakan, beliau memang sudah 'masak' dengan segala perjalanan sukan badminton termasuk pentadbiran dan atas alasan itu, sukan tersebut tetap mengalir kuat dalam dirinya.

Misbun bukan tidak pernah berhadapan dengan situasi seperti ini sebelum ini.

Pelbagai kerenah dan masalah pernah dilaluinya tetapi beliau tetap tabah kerana badminton sudah menjadi sebahagian daripada darah dagingnya.

Selepas 30 tahun mengabdikan diri dalam sukan kegemarannya itu, tidak mungkin beliau boleh se- wenang-wenangnya membuat keputusan untuk meninggalkan sukan yang telah diceburinya sejak berusia 7 tahun lagi.

'Air dicincang tidak akan putus' dan ia peribahasa paling tepat untuk menggambarkan gelora yang melanda jurulatih perseorangan badminton negara itu ketika ini yang membuat keputusan mengejut meletak jawatan sebagai jurulatih perseorangan pada 31 Disember lalu.

Tindakan yang diambilnya bukan sengaja mahu menimbulkan kontroversi tetapi ada sebab yang lebih besar disebaliknya.

Namun, hakikatnya Misbun kini tidak ada kena mengena lagi dengan pembangunan sukan badminton negara selepas beliau membuat keputusan untuk meletak jawatan.

Perbezaan pendapat terhadap sistem kejurulatihan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) yang baru dikatakan menjadi punca utama Misbun membuat keputusan mengejut itu.

Bagaimanapun, jauh disudut hatinya, Misbun sebenarnya masih sayang untuk meninggalkan pemain-pemain yang pernah berada di bawah kendaliannya terutama jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei.

Apa tidaknya, berkat bimbingan Misbun, Chong Wei sudah boleh tersenyum lebar apabila bergelar pemain No. 1 dunia sejak tahun 2008 selain meraih pelbagai kejua- raan dalam kejohanan-kejohanan bertaraf lima bintang di pentas antarabangsa.

Begitu juga dengan Misbun, beliau pastinya bangga dengan dengan kejayaan yang dikecapi Chong Wei itu apabila melihat sendiri sentuhannya telah membuahkan hasil yang boleh dibanggakan seluruh rakyat Malaysia....berita lanjut....

MUHIBBAH 1 MALAYSIA....CayaLah~~


MUHIBBAH... Perayaan 'Ponggal' diraikan dengan semangat 1Malaysia oleh keluarga Pengerusi Kuil Sri Mariamman, T. Separamaniam dengan menjemput jiran masyarakat Melayu dan Cina bagi memeriahkan serta berkongsi kegembiraan menyambut ketibaaan pesta "Ponggal" di sini, Jumaat. Perayaan itu diraikan pada hari pertama bulan (Thai) mengikut kalendar hindu. Pesta "Ponggal" yang akan disambut esok merupakan tanda kesyukuran kepada dewa matahari kerana memberi rezeki yang melimpah ruah.


p/s baguslaa kalo gitu...xmo gaduh k...kitakan Rakyat Malaysia

Thursday, January 13

mStar Online : 'Sakti Delima' : Watak Tahyul Iqram Jadi Punca - Pengerusi LPFM

mStar Online : 'Sakti Delima' : Watak Tahyul Iqram Jadi Punca - Pengerusi LPFM: "Katanya persoalan mula timbul apabila Iqram membawa watak yang bertentangan dengan hukum-hakam agama sedangkan dia digambarkan sebagai seorang Islam dalam drama tersebut.

'Saya agak terkejut apabila menonton drama itu pada episod keempat di televisyen apabila melihat Iqram berlakon menjadi burung pada waktu siang dan malam pula menjadi manusia."Berita Selanjutnya........

p/s: Ow macam tue rupanya sebab dihentikan siaran cerita tu...macam yang saya penah post sebelum nie ada rujukan dari Jakim...kat situ jelas menyatakan pe yang dimaksudkan oleh LPFM adalah benar...berdasarkan Garis Panduan Bahan Bercetak Audio dan Visual Berhubung Dengan Unsur-unsur Yang Bercanggah Dengan Akidah Dan Amalan Ahli Sunnah Wal Jamaah...So, Kepada semua penerbit2 filem dan drama..sebelom buat sesuatu filem dan drama tu buatlah research dulu k...kalo x sia2 jela filem or drama yang hang duk buat tu...habis ribu3...tp pulangannya nan ado..so fikir2kanlah k...untuk kemaslahatan ummah juga k...

Rashid Kongsi Pesanan Terakhir Misbun


mStar Online : Rashid Kongsi Pesanan Terakhir Misbun: "Kini, tugas yang ditinggalkan Misbun diambil-alih oleh Rashid dan Teh Seu Bock buat sementara waktu sejak awal minggu ini sehingga pengumuman dari BAM diketahui dalam tempoh terdekat.

Sehingga hari ini, punca sebenar di sebalik kemelut itu masih mengundang seribu satu persoalan.

Bagaimanapun, kontroversi itu menunjukkan tanda-tanda akan selesai secepat mungkin selepas Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mengumumkan akan mengatur pertemuan tiga pihak bersama-sama dengan Misbun dan Presiden BAM, Datuk Seri Mohd Nadzmi Salleh sekembalinya dari lawatan ke Sarawak." Berita selanjutnya...

p/s erm harap2 adalah keputusan yang wajar dikeluarkan oleh menteri nanti agar kedua2 pihak puas hati....

Wednesday, January 12

Novel Interlok Tidak Rasis - Anwar


mStar Online : Novel Interlok Tidak Rasis - Anwar: "PETALING JAYA: Novel Interlok merupakan sebuah karya yang baik dan tidak menyentuh sensitiviti mana-mana kaum.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kontroversi berhubung novel berkenaan tidak perlu dipolitkkan untuk kepentingan mana-mana pihak.

'Saya sudah baca Interlok agak lama dahulu, saya baca sebagai novel yang baik tapi tidak istimewa namun tidak terkesan bahawa ada unsur penghinaan mana-mana kaum." berita lanjut....

Macam2 skang nie...Novel sastera utk tingkatan 5 yang telah diperkenalkan di negeri Selangor, Negeri Sembilan,WP Kuala Lumpur dan Putrajaya dipertikaikan penerbitannya..kalo aku baca sinopsisnye macam Pelajaran Sejarah je...erm ntahlaa..aku ni xbape minat sangat membaca..

p/s: Kalo nak baca sinopsis die Klik sini... k..

TV3 Serah 20 Pita Drama 'Sakti Delima' Kepada LPFM


mStar Online : TV3 Serah 20 Pita Drama 'Sakti Delima' Kepada LPFM: "PETALING JAYA: Pihak TV3 telah menyerahkan 20 episod pita rakaman drama bersiri Sakti Delima kepada Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPFM) selepas agensi tersebut melarang penyiaran drama berkenaan di stesen televisyen itu berkuat kuasa Isnin selepas empat episod penyiarannya.

TV3 dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Isnin berkata, pihaknya mematuhi arahan LPFM dan terpaksa memberhentikan tayangan drama terbitan J.S Pictures itu yang dikatakan mempunyai unsur-unsur syirik dan tahyul." Berita Lanjut...


GARIS PANDUAN PENERBITAN JAKIM

Kriteria-Kriteria Utama Dalam Menentukan Kedudukan Bahan-Bahan Penerbitan Berunsur Islam :

· Tidak Mengandungi Perkara-perkara Yang

Menyentuh Kesucian Islam.


· Tidak Mempropagandakan Akidah, Hukum dan

Ajaran Yang Bercanggah Dengan Mazhab Ahli Sunnah Wal-Jamaah.


· Tidak Mempersendakan Dan Mempersoalkan

Kewibawaan Sumber-sumber Hukum Islam Yang Utama

Iaitu Al-Quran, Sunnah, Ijma’ dan Qias.


· Tidak Bercanggah Dengan Pegangan Mazhab Ahli Sunah Wal-Jamaah.


· Tidak Bertentangan Dengan Fatwa Atau Pendapat Jumhur Ulama’.


· Tidak Mengandungi Unsur-unsur Israiliat, Khurafat Dan Kebudayaan Karut.


· Tidak Menimbulkan Keraguan Dan Kegelisahan Awam.


· Tidak Mengandungi Penulisan Ayat-ayat Al-Quran Dengan

Tulisan Selain Daripada Bahasa Arab.


· Tidak Menyalahi Fakta-Fakta Sejarah.


· Tidak Mengilustrasikan Gambar-gambar Para Nabi, Sahabat Yang Empat,

Malaikat Serta Memperwatakkan Gambar-gambar Tersebut.


p/s : untuk panduan lebih lanjut mengenai Garis Panduan Penerbitan Jakim..semoga kita dapat manfaat bersama..insyaAllah..

Tuesday, January 11

Pelancaran Jakim TV..


Selesai sudah pelancaran Jakim.TV yang ditunggu2 begitu lama..akhirnya selamat dirasmikan oleh YB. Senator Mejar Jeneral Dato' Seri Haji jamil Khir bin Haji Baharom, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Turut diperhatikan oleh Timbalannya...

So Semua pengunjung bley la melayari Jakim.TV ni k...untuk menonton semua bahan yang pernah ditpertontonkan melalui saluran RTM 1...Semoga dengan wujudnya Jakim.TV ni boleh mengeratkan Ukhwah serta menjadi sebuah medium penyebaran dakwah yang baru serta dapat Menyatukan Ummah Global...bertepatan dengan trademarknya...

p/s:jangan lupa ye..memeriahkan Jakim.TV...

Monday, January 10

Mencari Ketenangan~~

Ya Allah Ya Tuhanku,
Berikanlah Daku Kekuatan....
Dalam Menempuh Kerja2 Seharian...
Serta TanggungjawabKu Sebagai HambaMu..
Jauhkan Segala Malapetaka
Yang Akan Menimpaku..
Ku Mohon PadaMu Ya Allah...

Keputusan AJL 25

Erm... Malas la aku nak komen banyak2...Keputusan Hakim adalah Muktamad...so kalo nak taw keputusan klik kat sini...k..

~~~~~~~

Sunday, January 9

Komen Raptai AJL 25


Rentetan Dari Raptai AJL Semalam...

YUNA:Persembahan Sangat Memukau...Kemungkinan besar boleh menang malam nie...

Tomok :Persembahan Menarik tapi sayang Tahap Vokal Tomok Masih Seperti dulu...maybe nampak tomok terlalu fokus dengan tarian berbanding nyanyian...

API : Memula Excited aku nak dgr lagu nie...akhirnya hampeh...bercelaru bagai...korang xnampak bersatu...masing-masing berlumba2 nak menonjol....akhirnya hilang rasa tenang nak dengar lagu korang....aku harap malam ni korang xkekalkan lah bende yg berlaku semalam...Lan..jgn lpe gi sound check....

SHAHIR: Biasa2 je...bagi aku ade part dialog tu macam menganggu feel lagu tersebut...maybe setengah org suke tapi bagi aku macam xperlu pn xpe...mcm persembahan hari PIBG sekolah pn ade....

MUH & Black : Ok...kre sedap la didgr...cuma xde ape2 impak yg besar je...so harap malam ni better k..

HAFIZ : Ok la jugak....ngan sketsa di pentas...cuma nasihat agar perjalanan persembahan tue biar lancar la k...

ANA RAFALI: biasa2 je...

FAIZAL TAHIR : Selamat Malam best lagu ni...tp xtaw la ape gimik yg faizal nak buat...sebab semalam tgk cam ade hidden something....jgn terhidden trus dh laa...Hanyut mcm not bad tp faizal bnyk maen sikit...maybe nk suprise...jgn die tersuprise udah laa...

ADIRA : Props yg digunakan mcm nothing...baek die fokus pada vokal...

BUNKFACE: Sepatah Ayat Pn aku tak dengar pe die sebut....ntahlaa...

BLACK : Harap Better Malam nie..

STACY: cam biasa laa persembahan bertenaga....tp lagu mcm xbape strong....tp aku cdangkan kalo stacy xmenari....mesti semua pelik..huhu...

HUJAN: pn sama gak...tak dengar pe yg disebut....

Keseluruhan Raptai semalam bagi aku amat mengecewakan....utk semua finalis....nampak terlalu fokus pada props persembahan sampai abaikan vokal,feel ngan lagu....arrangement muzik orkestra dh cukup bagus dh..abg Ramli MS dh bagi yg terbaik dah...tapi korang cam xleh nak bersatu dengan lagu....nmpak lagu lagi strong pada vokal korang....so harap malam nie xla seteruk semalam la ye....4 meYUNA paling stabil berbanding yang laen...kalo korang rasa betul2 nak wat persembahan ikut contoh persembahan oleh Dato' CT...tu la gred Persembahan AJL yg sebenar....Nasib baek ade 3Diva semalam....kalo x memang bosan laa raptai semalam....papepn pengacara Ally+FBI+Cheryl mmg Terbaek...huhu...Moga2 Malam nie tak teruk laa yee....

p/s: pada semua peminat2 artis kat atas ni sori la ngan komen aku...laen orang laen pandangannya...aku pn bukannye Juri Profesional...so jgn risau..xde effect nye komen aku ni...

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More