Thursday, January 6

Perjumpaan Shabery Dan Nadzmi


Kosmo! Online - Sukan: "PERTEMUAN di antara Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek bersama Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Mohd. Nadzmi Salleh bagi membincangkan isu berhubung peletakan jawatan jurulatih perseorangan negara, Datuk Misbun Sidek masih belum ada jalan penyelesaian.

Sebaliknya Shabery berkata, pertemuan yang diadakan di pejabatnya di Putrajaya semalam adalah untuk mendengar penjelasan daripada Nadzmi sendiri selaku presiden BAM berhubung isu yang sedang melanda badan induk itu ketika ini.

'Saya masih belum membuat sebarang keputusan berhubung isu ini kerana saya baru mendengar penjelasan daripada presiden BAM sahaja.

'Saya fikir lebih elok saya mendengar penjelasan daripada Misbun pula dan selepas itu nanti barulah sebarang keputusan boleh dibuat,' kata Shabery ketika sesi sidang media selepas mengadakan pertemuan dengan Nadzmi di Putrajaya semalam." berita lanjut





myMetro | Misbun tak hadir: "KEMELUT membabitkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan Datuk Misbun Sidek mungkin tidak akan berakhir dalam tempoh terdekat selepas jurulatih perseorangan negara itu tidak hadir dalam pertemuan dengan Presiden Datuk Mohd Nadzmi Salleh di Bukit Kiara, semalam.

Misbun yang sepatutnya hadir di Pejabat BAM langsung tidak menjawab sistem pesanan ringkas (SMS) serta panggilan daripada Pengurus Besar, Kenny Goh mengenai pertemuan itu. Difahamkan Misbun masih belum bersedia untuk bertemu sesiapa dalam tempoh dua tiga hari ini."
berita lanjut...




TEKANAN MELAMPAU :Pengerusi Eksekutif Yayasan Kebajikan Atlet (Yakeb), Datuk Mumtaz Jaafar




p/s: Tindakan Datuk Seri untuk mendengar penjelasan dari kedua-dua belah pihak adalah wajar sebelum meletakkan sebarang keputusan...Harap2 xde diskriminasi yg berlaku dalam membuat sebarang keputusan...

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More