Friday, January 7

Amarah!!

Nafsu Amarah seringkali singgah ke dalam hati setiap manusia...semua angkara syaitan yang berjaya menakluk hati kita dengan api kemarahan...

Marah boleh diumpamakan sebagai api yang sedang marak. Jangan sekali-kali anda cuba mencurahkan minyak kerana pastinya kemarahan akan menyebabkan konflik yang lebih teruk dan sukar dikawal. Oleh kerana itulah ketika mana sahabat Rasulullah datang meminta nasihat daripada baginda, Rasulullah berpesan “Jangan kamu marah! Jangan kamu marah! Jangan kamu marah! Tiga kali baginda mengulangi nasihat yang sama kepada sahabat. Menunjukkan bahawa kemarahan yang melampaui batas juga bahayanya sangat besar.

Akibatnya berlakulah pencagahan di dalam membuat keputusan selain dari terputusnya tali sillaturrahim dan perkahwinan yang telah terbina sekian lama dan jika isu agama pula dikaitkan ia boleh menyebabkan akidah kita tergelincir dari landasannya..so diharapkan kita dapat lah mengawal akidah kita dengan sebaik-baiknya.

Tips Mengawal Marah…

  1. Jauhkan diri anda dengan orang yang nak kita marahi.. awas! jgn dekat!
  2. Istighfar banyak2.... dgn beristighfar dapat melapangkan dada anda yg penuh dengan api amarah.
  3. Ambil wudhu' dan Solat Sunat 2 Rakaat.... Jiwa kita akan menjadi tenang... ibarat api, jika di simbah dengan air... maka terpadam la ia....
  4. Berdoa...mohon kepada Allah minta dijauhkan dari gangguan iblis








p/s Selamat Mencuba

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More