Saturday, January 29

Presiden Hosni Mubarak meletak jawatan


KAHERAH - Pemerintah Mesir semalam memutuskan talian telefon bimbit dan perkhidmatan Internet selain menghantar puluhan trak polis antirusuhan sebagai percubaan untuk menyekat beribu-ribu aktivis daripada menyertai protes antipemerintah yang diadakan selepas solat Jumaat.

Bekas Ketua Agensi Tenaga Atom Antarabangsa, Mohamed Elbaradei dan Persaudaraan Muslim turut menyertai protes tersebut walaupun terdapat amaran bahawa pihak berkuasa akan mengambil tindakan tegas untuk mematahkan gelombang kebangkitan itu.

Ketiadaan perkhidmatan Internet menghalang akses ke laman rangkaian sosial seperti Facebook dan Twitter yang menjadi alat komunikasi utama para penganjur protes.

Polis Mesir mengalami kesukaran untuk berdepan dengan penunjuk perasaan yang telah bertempur selama tiga hari. Mereka menuntut supaya Presiden Hosni Mubarak meletak jawatan selepas memerintah selama 30 tahun.berita lanjut

p/s...pe nak jadi ngan pemerintah sekarang ni...yang jadi mangsa RAKYAT laa..kalo negara yang demokrasi lagi la kesian....kesian sebab ape....sebab rakyat yang pilih...rakyat yang merana...sepatutnya kalo rakyat yg memilih..die laa jadi bos..so Wakil RAKYAT tue kene laa dgr cakap rakyat yang memilih dieowg...tapi zaman skang ni xde daa jadi camtu...so sama2 la fikir2kan k....

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More