Saturday, January 1

Gigi Oh Gigi....



Aduh....Sakit nya...dah nak dekat 3 hari aku makan tanpa mengunyah....dok kemam2 n then telan...xmakan lapo...erm....nie la penangan dek gigi bongsu yang nak tumbuh ni...rata2 masyarakat yang mengalami masalah ni berkata...sakit gilaaaa...aku dah mula cuak..setakat ni aku lom rasa sakit yang teramat lagi...duk risau gak nie...haisshh....Mintak2 La xde pape...nak story sikit pasal gigi bongsu ni..thanks mamy google search coz sponsor gambo ni...huhu


Latar Belakang

Gigi bongsu ialah gigi geraham ketiga yang tumbuh pada peringkat remaja atau awal dua puluhan..Ia kerap terhimpit (terimpak) kerana ruang rahang mulut tidak cukup untuk gigi tersebut tumbuh dengan baik...


Apakah Komplikasi gigi bongsu Terimpak?



Gigi bongsu yang terimpak boleh menyebabkan:
  • Kesakitan
  • Jangkitan
  • Kebengkakan
  • Penyakit Gusi
  • Nafas Berbau
  • Kerosakan Gigi (Karies) pada gigi bersebelahan
  • Kesukaran membuka mulut


Bila Anda perlu berjumpa doktor pergigian






Jumpa doktor pergigian jika berlaku keadaan seperti berikut:
  • Kebengkakan gusi di sekeliling gigi bongsu
  • Kebengkakan muka
  • Kesukaran untuk membuka mulut
  • Demam


Bagaimana anda boleh melegakan kesakitan



Dapatkan rawatan secepat mungkin..Anda boleh juga mencuba petua berikut bagi melegakan kesakitan buat sementara waktu sebelum ke klinik:

  • Makan ubat penahan sakit
  • Berkumur dengan air suam yang dicampur sedikit garam
  • Gunakan flos untuk mengeluarkan sisa makanan di celah gigi
  • Hisap ketulan ais batu supaya gusi menjadi kebas

Rawatan oleh Doktor Pergigian



Rawatan berikut mungkin diberikan oleh doktor pergigian:

  • Gigi dan gusi dibersihkan dan dicuci dengan air saline (air garam)
  • Antibiotik diberi jika ada tanda-tanda jangkitan (infeksi)
  • Jika gigi bongsu tidak terimpak gusi yang berlebihan perlu dibuang
  • Jika gigi bongsu terimpak dan masalah berulang, gigi perlu dicabut melalui pembedahan
  • x-ray gigi yang berkaitan mungkin perlu diambil untuk menentukan kedudukan gigi tersebut


So setakat ni aku lom rase sakit yang amat laa...dan berdoa agar dijauhkan dari sakit yang amat ini...ameen..

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More