Wednesday, January 12

TV3 Serah 20 Pita Drama 'Sakti Delima' Kepada LPFM


mStar Online : TV3 Serah 20 Pita Drama 'Sakti Delima' Kepada LPFM: "PETALING JAYA: Pihak TV3 telah menyerahkan 20 episod pita rakaman drama bersiri Sakti Delima kepada Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPFM) selepas agensi tersebut melarang penyiaran drama berkenaan di stesen televisyen itu berkuat kuasa Isnin selepas empat episod penyiarannya.

TV3 dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Isnin berkata, pihaknya mematuhi arahan LPFM dan terpaksa memberhentikan tayangan drama terbitan J.S Pictures itu yang dikatakan mempunyai unsur-unsur syirik dan tahyul." Berita Lanjut...



GARIS PANDUAN PENERBITAN JAKIM

Kriteria-Kriteria Utama Dalam Menentukan Kedudukan Bahan-Bahan Penerbitan Berunsur Islam :

· Tidak Mengandungi Perkara-perkara Yang

Menyentuh Kesucian Islam.


· Tidak Mempropagandakan Akidah, Hukum dan

Ajaran Yang Bercanggah Dengan Mazhab Ahli Sunnah Wal-Jamaah.


· Tidak Mempersendakan Dan Mempersoalkan

Kewibawaan Sumber-sumber Hukum Islam Yang Utama

Iaitu Al-Quran, Sunnah, Ijma’ dan Qias.


· Tidak Bercanggah Dengan Pegangan Mazhab Ahli Sunah Wal-Jamaah.


· Tidak Bertentangan Dengan Fatwa Atau Pendapat Jumhur Ulama’.


· Tidak Mengandungi Unsur-unsur Israiliat, Khurafat Dan Kebudayaan Karut.


· Tidak Menimbulkan Keraguan Dan Kegelisahan Awam.


· Tidak Mengandungi Penulisan Ayat-ayat Al-Quran Dengan

Tulisan Selain Daripada Bahasa Arab.


· Tidak Menyalahi Fakta-Fakta Sejarah.


· Tidak Mengilustrasikan Gambar-gambar Para Nabi, Sahabat Yang Empat,

Malaikat Serta Memperwatakkan Gambar-gambar Tersebut.


p/s : untuk panduan lebih lanjut mengenai Garis Panduan Penerbitan Jakim..semoga kita dapat manfaat bersama..insyaAllah..

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More