Thursday, January 6

Chong Wei gah aksi pertama


PEMAIN nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei mengetepikan isu peletakan jawatan jurulatih, Datuk Misbun Sidek apabila meraih kemenangan pertama Siri Super Final di Taiwan semalam.

Chong Wei yang berada dalam Kumpulan A, mengatasi pemain Vietnam, Nguyen Tien Minh 21-12, 21-17 dalam masa 34 minit.

Hari ini dia akan berdepan pemain Denmark, Jan O Jorgensen sebelum menentang Peter Gade esok bagi melengkapkan saingan satu pusingan. Jika berjaya mengungguli Kumpulan A, Chong Wei semakin hampir untuk mempertahankan gelaran yang dimenanginya sejak dua tahun lalu kerana hanya dua pemain terbaik setiap kumpulan akan mara ke separuh akhir. berita lanjut

p/s : Tahniah La buat Chong Wei...Walaupun berada dalam keadaan yg tertekan maybe..so keep it up man..


0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More