Saturday, January 15

Kemelut BAM

MENGENALI Datuk Misbun Sidek, beliau bukanlah individu yang gemar menimbulkan kontroversi. Setiap keputusan yang diambil- nya sama ada ketika bergelar pemain atau jurulatih, beliau ada sebab tersendiri dan bukan dibuat sesuka hati.

Boleh dikatakan, beliau memang sudah 'masak' dengan segala perjalanan sukan badminton termasuk pentadbiran dan atas alasan itu, sukan tersebut tetap mengalir kuat dalam dirinya.

Misbun bukan tidak pernah berhadapan dengan situasi seperti ini sebelum ini.

Pelbagai kerenah dan masalah pernah dilaluinya tetapi beliau tetap tabah kerana badminton sudah menjadi sebahagian daripada darah dagingnya.

Selepas 30 tahun mengabdikan diri dalam sukan kegemarannya itu, tidak mungkin beliau boleh se- wenang-wenangnya membuat keputusan untuk meninggalkan sukan yang telah diceburinya sejak berusia 7 tahun lagi.

'Air dicincang tidak akan putus' dan ia peribahasa paling tepat untuk menggambarkan gelora yang melanda jurulatih perseorangan badminton negara itu ketika ini yang membuat keputusan mengejut meletak jawatan sebagai jurulatih perseorangan pada 31 Disember lalu.

Tindakan yang diambilnya bukan sengaja mahu menimbulkan kontroversi tetapi ada sebab yang lebih besar disebaliknya.

Namun, hakikatnya Misbun kini tidak ada kena mengena lagi dengan pembangunan sukan badminton negara selepas beliau membuat keputusan untuk meletak jawatan.

Perbezaan pendapat terhadap sistem kejurulatihan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) yang baru dikatakan menjadi punca utama Misbun membuat keputusan mengejut itu.

Bagaimanapun, jauh disudut hatinya, Misbun sebenarnya masih sayang untuk meninggalkan pemain-pemain yang pernah berada di bawah kendaliannya terutama jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei.

Apa tidaknya, berkat bimbingan Misbun, Chong Wei sudah boleh tersenyum lebar apabila bergelar pemain No. 1 dunia sejak tahun 2008 selain meraih pelbagai kejua- raan dalam kejohanan-kejohanan bertaraf lima bintang di pentas antarabangsa.

Begitu juga dengan Misbun, beliau pastinya bangga dengan dengan kejayaan yang dikecapi Chong Wei itu apabila melihat sendiri sentuhannya telah membuahkan hasil yang boleh dibanggakan seluruh rakyat Malaysia....berita lanjut....

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More