Tuesday, January 4

Rojak Ayam

Hurmm..tadi pepagi aku dah ade meeting...pe lagi meeting penyediaan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan laa...YB Menteri yg Chair meeting tu tadi...perbentangan mengenai cadangan pelaksanaan sambutan pada tahun ni...macam menarik...harap2 ia betul best laa....sambutan peringkat negeri leh tahan gak meriah...terutama dari Negeri Johor...sambutannya selama 4 bulam bermula dari 12 Rabiuawal..memang meriah...dengan pengisiannye...bagus utk dicontohi di semua peringkat negeri...(tapi pastikan budjet ade laa yee) so balik dari meeting tadi singgah laa makan Rojak Ayam kat kedai berhampiran dengan Uniten...memang femes laa area ni...sape yang datang putrajaya tak singgah pekena cendol ngan rojak kat sini memang tak lengkap laa....harga die pun berpatutan...cuma tempat je laa..kurang selesa bagi yang rasa macamtu...for me its ok...janji terhindar dari makhluk2 perosak atau berjangkit...memang best sangat..so ingat nak kongsi sikit cara-cara nak wat Rojak Ayam....tenkiu again to uncle Google coz banyak membantu..huhu..


Rojak Ayam Ahaaa~~

Bahan-bahanya
1 bungkus mee kuning ( dalam 300gram)
1/2 biji timun
Tauhu goreng
1 biji kentang ( potong berbaji ( bentuk wedges)
1 keping pehan ayam boneless
2 biji telur

untuk kuah rojak
3/4 cawan kacang tanah ( dikisar kasar)
Bahan Kisar ( 5 tankgai cili kering 1\4 biji bawang besar+1 ulas bawang putih+1 sudu kecil udang kering)
5 keping biskut ritz (blender halus)- boleh diganti dengan biskur cream crackers
1/2 sudu besar gula
garam
sedikit minyak untuk menumis

untuk kueh rojak
2 cawan tepung gandum
1 biji telur
1 sudu kecil baking powder ( kalau nak ganti dengan yis pun bole)
sedikit kunyit serbuk
garam

1. Mula-mula buat kuah rojak, panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga naik bau, kemudian masukkan kacang tanah dan biskut ritz tadi, fungsi masukkan biskut untuk memekatkan kuah nanti. masukkan juga 1 cawan air, sesuaikan rasa ( masukkan garam dan sedikit gula) dan biarkan kuah agak pekat. ok siap.

2. Buat kuih rojak, satukan semua bahan dan goreng dengan minyak panas, kemudian goreng ayam bersama sedikit tepung, selepas itu goreng pula kentang, rebus telur, akhir sekali hiris timun, tauhu dan celur mee kuning.

3. Cara Penyedian, susunkan tahu, kentang, kueh rojak tepung , ayam goreng, timun, telur rebus dan mee kuning di dalam pinggan, dan curahkan kuah rojak tadi, sedia untuk dihidangkan.

Selamat Mencuba.

p/s:kalo ade cadangan tentang konsep persembahan ataupun pape je idea untuk kita menyemarakkan lagi Sambutan Maulidur Rasul peringkat kebangsaan leh la komen ek...buah fikiran anda amat dihargai...dan jgn lupe mencuba resipi kat atas ye..huhu

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More