Friday, January 7

Lagi Berita Isu Perletakan Jawatan Misbun


Kosmo! Online - Sukan: "MENTERI Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek akan mengadakan pertemuan 'enam mata' untuk memulihkan keadaan berhubung kontroversi perletakan jawatan jurulatih badminton negara, Datuk Misbun Sidek.

Shabery berkata, beliau akan menguruskan pertemuan tersebut di antara bekas jaguh perseorangan negara itu dan Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Seri Mohd. Nadzmi Mohd. Salleh sebaik sahaja beliau pulang dari lawatan rasmi dua hari ke Sarawak.

'Malam tadi (kelmarin) saya telah berjumpa dengan Misbun, yang telah sempat mencurahkan rasa hatinya tentang beberapa perkara yang menjadi perbezaan di antara beliau dan BAM,' katanya kepada pemberita selepas melawat Pusat Akuatik Negeri bernilai RM33 juta di Kompleks Belia dan Sukan di Kuching semalam.

Bagaimanapun, Shabery enggan menyatakan hasil pertemuan beliau dengan Misbun sebelum mengadakan satu sesi dialog dengan bekas jaguh badminton negara itu dan Nadzmi untuk membantu menyelesaikan isu berkenaan.

Beliau juga enggan memberitahu punca keputusan mengejut Misbun meletakkan jawatan pada 31 Disember lalu."berita lanjut...


p/s: baguslah kalo menteri dh ambil tindakan sebegitu...diharap perjumpaan enam mata ni akan membuahkan hasil yg baik,...insyaAllah...sama2 la kita berdoa k...

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More