Friday, January 7

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Bersara Esok

mStar Online : Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Bersara Esok: "Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Bersara Esok
KUALA LUMPUR: Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja yang begitu sinonim dengan pengumuman tarikh mula berpuasa dan juga tarikh Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha akan bersara, Jumaat.

Engku Ibrahim, 79, yang mengesahkan persaraan beliau, telah berkhidmat sebagai Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja sejak 22tahun lepas.

Selain bertanggungjawab menyimpan dan menjaga Mohor Besar Raja-Raja Melayu, Engku Ibrahim juga menjalankan peranan sebagai Setiausaha Majlis Raja Raja serta bertindak sebagai jurucakap majlis tersebut."berita lanjut...


p/s: Hurm...mesti semua pelikkan motiff aku post berita persaraan Engku Tan Sri ni...bukannya pe lepas ni kita dah tak dengar suara beliau umum Puasa ngan Raya...mase kechik2 dlu xsabo rasa nk tnggu pengumuman Engku ni..huhu..Siapa lah bakal penganti Engku Tan Sri ni ye...

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More